Monday, November 30, 2009

Cerita KORBAN 09 dan kalimah ALLAH dalam daging..

Alhamdulillah...Sepanjang 3 hari raya korban ni matahari bersinar memancarkan cahayanya seolah-olah musim tengkujuh telahpun berlalu. Bolehlah acara penyembelihan korban dan ziarah dilakukan dengan baik sekali.... tapi hari masuk je hari ke-4 hujan mula menyimbahi bumi..apapun syukur dengan nikmat Allah s.w.t kurniakan .... tanpa Allah siapalah kita, hanya menumpang di bumiNya.

Terasa ingin kongsikan sedikit gambar yang telah dirakam sepanjang acara korban dirumahku:
Gambar 1: bersama ahli keluarga sambil menunggu pengambil bahagian dalam korban sebnyak 7 bahagian, yakni 7 orang utk seekor lembu. Perancangan awal korban akan dilakukan sebaik sahaja selesai sembahyang raya tapi akhirnya lewat juga sbb salah seorang pengambil bahagian lewat datang....hmm adat manusia. Nak kenalkan..duduk 3 dari kiri adalah ibu penulis dan duduk paling kanan adalah ibu Nurul, gold2rich. Kami sebenarnya berjiran..

Gambar2: jarang2 dirakam oleh kebanyakan orang...saat jual-beli. Penjual melafazkan akad jualnya dan disambut dengan lafaz membeli 1 bahagian daripada 7 bahagian lembu dengan jumlah harga yang telah dipersetujui.. sebenarnya penjual dan wakil penyembelih lembu korban ni adalah abang kandung kita sendiri...

Gambar3 : Saat lembu direbahkan...agak susah juga. Memerlukan teknik yang betul dan tenaga lelaki2 perkasa untuk menarik tali yang diikat pada kaki lembu.. sebanyak 2 ekor lembu talahpun direbahkan.

Gambar4 : Dengan lafaz Bismillah...lembu ini selamat dikorbankan. Alhamdulillah..bertuah lembu ini kerana telah terpilih menjadi lembu korban. Di saat melihat darah yang mengalir...sekali lagi niat dilafazkan dalam hati...Mudahan korban ini diterima disisi Allah s.w.t dan moga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah utk menjalani ibadah korban lagi pada tahun depan..

Gambar 5: Sewaktu kami memotong daging untuk digoreng, tetiba kalimah ALLAH muncul. SUBHANALLAH... kalimah ini terbentuk daripada lapisan urat dalam daging dan bukannya dibuat-buat.. Ingatlah ALLAH di mana sahaja kita berada kerana ALLAH berada di mana-mana..

Wallah'alam.... Mudahan perkongsian ini bermanfaat.

Sunday, November 22, 2009

DOKTOR & PATOLOGY...

Bidang kedoktoran merupakan satu bidang yang mempunyai skop yang agak luas. Ramai yang berpendapat DOKTOR perubatan atau'Tabibun' (bahasa arab) pasti kerjanya merawat pesakit. Ya.. tugas hakikinya adalah merawat pesakit dan setiap yang bergelar Doktor seharusnya mampu mengenalpasti penyakit dan memberi rawatan asas kepada pesakit. Namun sekiranya seseorang itu kurang meminati untuk berada di klinik atau di wad bagi merawat pesakit sepenuh masa atau mempunyai masalah untuk bekerja di atas panggilan pada waktu malam (on call), maka bolehlah memilih bidang-bidang perubatan yang tidak melibatkan pesakit secara langsung seperti bidang PATOLOGI, PERUBATAN MASYARAKAT (Public Health), PENDIDIKAN PERUBATAN (medical education) dan ada beberapa bidang lagi yang mungkin tidak disebutkan di sini...



PATOLOGI bermaksud study of diseases atau Kaji penyakit. Bidang PATOLOGI pula akan dibahagikan kepada beberapa unit yang berlainan seperti HISTOPATHOLOY (kaji tisu), HAEMATOLOGY (kaji darah), CHEMICAL PATHOLOGY (kaji kimia), MICROBIOLOGY (kaji kuman) dan IMMUNOLOGY (kaji sistem imun badan). Hmmm banyak betul logi nya...

Kenapa Tuan Rumah memilih bidang HISTOPATHOLOGY?

Bidang ini juga dikenali sebagai Anatomik Pathology ataupun surgical pathology kerana ia amat berkait rapat dengan surgery (pembedahan). Sebarang organ, tisu atau cecair yang dikeluarkan atau diambil daripada badan seseorang pesakit akan dihantar ke makmal kaji tisu untuk diproses dan dianalisis oleh doktor pakar dalam bidang ini. Contohnya pembedahan dijalankan terhadap seseorang untuk mengeluarkan ketumbuhan yang tidak ketahui puncanya. Maka ketumbuhan tersebut akan di hantar ke Makmal Histopatology untuk diproses dan dianalisa oleh pathologist. Pathologist kemudiannya akan report nama penyakit, jenis apa dan tahap /peringkat penyakitnya bagi membolehkan doktor di wad memilih rawatan yang terbaik mengikut diagnosis yang diberikan.

Contoh ke 2..Apabila seseorang didapati mempunyai ketulan misalnya di payudara (breast lump), maka doktor di Patology akan buat FNAC ke atas pesakit tersebut dengan cara memasukkan jarum yang halus pada ketulan tersebut dan sedikit sel akan diambil untuk kajian. Keputusan ujian ini menentukan sama ada pesakit akan dibedah ataupun tidak.



Contoh ke-3, apabila seseorang wanita menjalani ujian pap smear di mana2 klinik, maka sampel tersebut akan di hantar ke makmal patology untuk di analisa oleh patologist.


Pap smear dilakukan dengan memasukkan speculum ke dalam faraj dan sedikit sel akan di ambil di bahagian serviks untuk mengesan tanda2 awal penyakit barah pangkal rahim.

Seterusnya..inilah contoh bentuk atau morphology sel yang dianalisa oleh patologist untuk menentukan penyakit seseorang...


Lihatlah....betapa indahnya ciptaan Allah s.w.t...
Inilah bentuk-bentuk sel yang diperolehi daripada pap smear. Berdasarkan bentuk sel inilah kami akan tentukan samada pesakit ini normal, ASCUS, LGSIL, ASC-H, HGSIL or Cervical CANCER.

Sekadar perkongsian ilmu. Tiada kerjaya yang tidak menarik....semuanya indah-indah belaka. malah tukang sapu sekalipun sekiranya mereka arif dalam bidang mereka dan sentiasa maju ke hadapan untuk perbaiki mutu penyapuan mereka, maka mereka juga patut kita hormati. Tiada istilah siapa yang lebih penting kerana kita masing2 punya peranan tersendiri. Wallahua'lam.


Tuesday, November 17, 2009

Jumpa kawan lama

Tak sangka dapat jumpa kawan lama di alam maya pula...
Banyak jugak kebaikan menjadi blogger ni. Selain berkongsi ilmu dan maklumat dapat juga menyambung hubungan silaturrahim yang telah lama terputus. Alhamdulillah..setiap perkara andai dimanfaatkan sebaiknya pasti membuahkan hasil ke arah kebaikan.

kepada Faten Ainun , terima kasih kerana sudi singgah di sini dan meninggalkan jejak untuk dijejaki semula. Adalah menjadi satu kegembiraan bagi setiap pemilik rumah maya apabila rumahnya diziarahi. Apatah lagi bila diziarahi seorang kawan lama..:) Bertegur sapa, bertanya khabar dan menziarahi satu sama lain adalah amalan mulia yang memang digalakkan dalam Islam.


Tertarik dengan foto sekolah rendah dalam blog Faten...
Dapatla mengimbau kembali zaman kanak-kanak dulu, zaman masih berhingus...Foto ini juga telah ditag oleh kawan lama Yusni Yusof dalam Facebook. Rasanya elok jugak kalau diabadikan kenangan ini dalam blog pula..

Foto 1 ni gambar darjah 4 merah di Sekolah Kebangsaan Machang, Kelantan. aku duduk di sebelah guru yang paling tinggi. Ketara sangat perbezaan kami dan nampak sangatlah aku ni tersangat rendah...:)

Foto 2 pula semasa darjah 6. aku duduk sebelah ngan Faten sebab kami ni golongan yang tak cukup panjang..heheh. Yang paling ujung sebelah kanan tu lah faten. Senang je nak kenal...cari yang paling kecil dan comel..dialah tu..yang punya ramai peminat!


Ada 1001 kenangan di balik gambar2 kat atas nih...ada yang manis, pahit, tragis dan macam2 lagi..pengalaman inilah yang telah membawa aku ke tahap ini...belajar dari kesusahan dulu. Sekiranya ada kelapangan nanti, akanku titipkan setiap kenangan itu dilayar ini... Wassalam. Sehingga berjumpa lagi di entri yang lain..

Monday, November 9, 2009

Mental atau 'Gila'??

Sejak kebelakangan ini rakan2 sekerja berada dalam keadaan agak ketakutan...takut peristiwa berulang lagi. Topik perbualan dalam kalangan staf rata-ratanya berkisar tentang perkara yang sama. Tentang kejadian minggu lepas...

Seorang staf yang mengidap 'schizophrenia' telah mengamuk, meraung-raung dan mengejar salah seorang staf yang lain menyebabkan staf yang dikejar ini berlari sekuat hati sambil berteriak meminta tolong. Alahai kesiannya..Para pelawat yang tak tahu apa2 hanya terlopong kehairanan. Siapa yg mereka perlu tolong..? Orang yang dikejar atau yang mengejar?

Penyakit mental atau 'gila' boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja. Malah golongan profesional pun tidak terkecuali.Apakah tindakan yang harus dibuat? Nak diberhentikan kerja rasanya bukan alasan memandangkan golongan ini masih boleh menggunakan kepakaran yang mereka ada dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari tatkala berada dalam keadaan normal. Mereka ini akan bekerja seperti manusia normal yang lain selagi mana tiada faktor2 yang mengganggu emosi mereka dan juga selagi mereka patuh (compliant) dgn pengambilan 'antipsychotic' yg mampu menolong menstabilkan kecelaruan pemikiran mereka.



Apakah yang menyebabkan golongan ini mengamuk atau bercakap seorang diri? Tanda-tanda ini menunjukkan mereka mengalami 'psychosis'. sedikit info tentang psikosis..

Psikosis:

Mereka yang mengalami penyakit psikosis mengalami perubahan yang amat ketara di dalam pemikiran, perasaan dan tingkah laku mereka. Kewarasan mereka juga terjejas Penderita akan berasa keliru dengan mengalami suara-suara ghaib berkomunikasi dengan mereka. Ia dikenali sebagai halusinasi. Mereka juga mempunyai kepercayaan pelik yang tidak dikongsi oleh orang lain dan menyebabkan reaksi melampau dari pesakit berkenaan. Ia dipanggil delusi. Antara contoh delusi ialah - ada orang mahu menganiaya atau berbuat jahat kepada mereka menyebabkan mereka bertindak menyerang orang yang disyakinya secara membahayakan

Mereka mungkin bercakap dengan merapu / mengarut; berkelakuan aneh seperti bercakap seorang, ketawa atau marah dengan tiada bersebab.
Contoh psikosis yang sering dialami adalah:

1)Schizophrenia :
+ Antara ciri utama ialah: halusinasi; delusi; kecelaruan pemikiran, kecelaruan pertuturan dan tingkah laku. Prestasi kerja mereka juga merosot dengan ketara.

2)Kecelaruan manik-depresif (bipolar):
+ Penyakit ini mengakibatkan mereka mengalami perubahan ketara dari segi emosi. Mereka sering hilang kawalan dan menjadi terlalu gembira (fasa manik) atau terlalu sedih (fasa kemurungan).

Apa yang menyebabkan berlakunya penyakit mental?

Penyebabnya tidak diketahui dengan tepat. Kajian masih dijalankan untuk memperincikan punca sebenar penyakit ini. Namun terdapat beberapa faktor yang menyumbang terjadinya penyakit mental.

  1. Faktor genetik/ keturunan:
    • Ahli di dalam keluarga yang mempunyai sejarah penyakit mental berisiko lebih tinggi berbanding populasi yang tiada sejarah penyakit berkenaan.

  2. Gangguan bahan kimia dalam otak:
    • Bila bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik gejala penyakit mental akan muncul. Sebagai contohnya:
      • Schizophrenia: Penghasilan dopamin secara berlebihan
      • Kemurungan: Paras serotonin terlalu rendah
      • Mania: Paras serotonin meningkat secara melampau
      • Kebimbangan: terdapat gangguan di dalam pengeluaran dan fungsi noradrenalin

  3. Jangkitan virus:
      • Mengikut kajian ada penyakit akibat jangkitan virus telah dikaitkan dengan kemunculan penyakit mental.

  4. Sejarah hidup yang getir:
      • Sebagai contoh: mengalami proses kelahiran yang sukar, kehilangan ibu bapa semasa kecil, terlalu banyak mengalami cabaran hidup yang sukar

  5. Keadaan sosio-ekonomi yang rendah:
      • Faktor kemiskinan, tiada kemudahan asas atau keganasan di dalam masyarakat boleh meningkatkan masalah penyakit mental.

Wallahua'lam. Mudahan diri kita, keluarga dan keturunan kita dihindari dari mengidap penyakit ini. Nauzubillah..

Wednesday, November 4, 2009

Aku dan buku...Apa nak buat?

Fikiran makin mengusut.
Sangkaku dapat selesai dengan mudah...tapi ternyata agak sukar.
Perkara sudah terjadi apalah yang nak dikesalkan lagi.
Memang tersurat yang segalanya harus ku tanggung sendiri..

Sejak tahun lepas, aku dan 2 rakan di Jabatn terpaksa mengambil alih meminjam buku-buku library untuk kegunaan di Jabatan.Buku2 tersebut dibahagi antara kami bertiga dan kami pinjam atas nama kami. Setiap kali nak renew kami terpaksa menolak 1 troli yang dipenuhi buku untuk ke library (about 35-40 books). Mungkin ada yang terfikir..mengapa perlu pinjam banyak sangat? Sebabnya..semua buku tersebut begitu penting dalam hidup kami sebagai rujukan sebelum menentukan diagnosa seseorang pesakit. Cuba kira berapa organ yang kita ada?? So..setiap organ akan terdapat beberapa buah buku yang hanya menceritakan tentang penyakit yang melibatkan organ tersebut sahaja dengan begitu terperinci sekali..for example..Pathology of The Skin, got a few books with different authors, as well as other books..Brain,kidney, soft tissue, gynae,liver, breast,bone, cytology, atlas dan macam2 lagi yang tak tersebut rasanya.

Nak dijadikan cerita, pada awal tahun ini salah satu buku yang berada dalam list namaku telah hilang. Tak tahulah hamba Allah yang mana telah mengambilnya..? Kukira buku ini hilang selepas jabatan kami diserang oleh 20 pelajar master 1st year..Telah aku iklankan kehilangan buku ini namun tiada pulak yang memulangkannya sampailah saat ini..Aku dah laporkan pada pihak library, alternativenya...terpaksalah aku gantikan dengan buku yang baru..

Well..masalahnya, dah kutanya beberapa local bookstores, buku ini dah tiada stock. Even dah contact publisher..buku ini dah out of print! Kalau nak jugak kena 'walk in ' lagi ke setiap bookstore...sekiranya bernasib baik, mgkin ada buku lama yang tak terjual. But it is not possible for me..What should i do then? Cari lagi buku ni dalam Amazon...dah siap order walaupun tak penah order dari amazon...tapi all my orders kena reject sbb katanya cannot shipping to your destination...

Hmmm....inilah buku yang aku maksudkan itu..


Terasa amat sedih bila nak kongsi masalah dengan seseorang, sekadar ingin bertanyakan pendapatnya tentang langkah seterusnya yang patut kuambil...tapi sebaliknya dimarahi pula..Hmm nampaknya terpaksalah selesaikan sendiri selagi terdaya... Rasanya langkah terakhirku, tarpaksalah aku mengadap librarian sekali lagi dan keluarkan wang biasiswa untuk bayar kepada library. Bayarannya memang berganda-ganda lebih mahal daripada harga buku kerana dikira sebagai denda..terpaksalah kot.....Ada lagi ke cara lain?

Sunday, November 1, 2009

kB Mall dan Novelle...

Hari ini terasa gembira kerana berpeluang pergi shopping di tempat favouriteku..KB Mall. For me, kat Kelantan ni KB Mall adalah the best shopping complex. Dah lama tak borong sakan, kali ni tak muat troli..sarat ngan barang. Walaupun bulan ni agak kesempitan wang kerna gaji dapat awal and the next salary masih jauh di hadapan tapi Alhamdulillah tiba2 duit biasiswa masuk...:) Bila shopping ni terasa hilang segala masalah dan lupa sekejap pada deretan kerja yang sedang beratur untuk dibereskan... Memang my hobby is SHOPPING pun!


Puas hati dapat beli bedsheet with comforter brand Novelle the garden... Ada sale dapat beli dengan harga rm89 dan free 2 biji bantal. Harga tertera rm599(tak percaya pun harga ni...sure 'makap'ni..). Gambar kat atas tu gambar hiasan jer. Yang penulis beli cantik lagi...Tak boleh ambik gambar buat masa sekarang kerana my sony breakdown. Ada kat kedai sedang dibaiki. So, terpaksalah mengoogle utk dapatkan gambar..:(. Selain daripada bedsheet, Alhamdulillah tadi barang2 lain pun agak murah gak...Drypers biasa rm39 dah jadi rm34.90. Susu Dumex Dugro yg rm 21-22 jadi rm19. Okaylah...

Ini bedsheet yang siap di pasang...tapi kat rumah orang lain la. Bukan kat rumah ku..rasanya kalau dipasang di rumah penulis ni...hari ke 2 dah tukar warna brown..:).

Wassalam. Salam Ukhuwahfillah.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sudi-sudilah tinggalkan kenangan di sini. Moga Ukhuwwah berpanjangan..TQ

PERMATA HATIKU....