Wednesday, February 24, 2010

Belajar Dari Para Wali

Entri ini dilabelkan sebagai 'Aku dan Buku'. Ada sebab tertentu yang membuatkan diri ini terpanggil untuk mencipta satu lagi label yang baru dalam blog ini. Tujuan utama adalah untuk memotivasikan diri ini membaca buku2 ilmiah atau buku-buku yang lain selain daripada buku akademik semata. Sudah agak lama aku meminggirkan hobi ini sejak punyai anak dengan alasan tiada masa. Jika ingin diikutkan tiada masa, memang kita tidak akan punya masa kerana masa sentiasa bergerak pantas..dan akan rugilah bagi sesiapa yang mengabaikan masanya...

Entri pertama tentang aku dan buku ini dimulai dengan buku 'BELAJAR DARI PARA WALI', hasil tulisan Wan Ji Wan Husin dan telah diberi pandangan sisi oleh TGNA kita. Alhamdulilah aku telah membacanya hampir ke penghujung.Ia telah memuatkan 28 kisah kehidupan para Wali Allah yang telah diceritakan semula oleh para Solihin yang pernah bersama mereka dalam beberapa situasi dan telah dicatat serta disimpan rapi untuk dijadikan khazanah ilmu yang berharga bagi mereka yang mengejar keredhaan Allah..

Kisah hidup para wali adalah manifestasi sebuah harapan yang diletak di atas hamparan kisah insan2 gemilang yang pernah dilahirkan oleh tamadun keinsanan. Mengukur prestasi mereka bukanlah melalui ukuran zahir. Buku ini membicarakan bagaimana nilai dunia ini dari kaca mata para wali. Bukan membicarakan soal pertumbuhan ekonomi, taraf hidup insaf bertaraf dunia atau hal-hal yang seumpama dengannya.Ia ditampilkan untuk dijadikan piawaian bagi mengukur maksud hidup dan nilai hidup...

Sekurang-kurangnya dapat mengalih minda seketika tentang keperluan mengingati ALLAH s.w.t sebagaimana denyutan nadi yang berdenyut... kerana sesungguhnya Allah s.w.t sebenarnya tidak mengizinkan hambaNya melupakanNya walaupun sesaat.... Wallahu'alam.

Mudahan ada manfaatnya.

Thursday, February 11, 2010

SEMINAR ON SOFT TISSUE TUMOUR - USM



"Soft Tissue Tumours"

DATE:21 May - 22 May 2010

VENUE: Clinical Auditorium, School of Medical Sciences, Health Campus, Univerisiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan


Kepada mana-mana Doktor yang berminat sila layari laman web di sini

Wednesday, February 10, 2010

MAUT SELANG SEHARI - Metro

Berikut adalah petikan akhbar Metro 10 Feb 2010 berkenaan kehilangan 2 anak seorang kawan.. sama-samalah doakan kesejahteraan Nik Shamrul Zaimi dan keluarga dalam menempuhi ujian yang hebat ini..



GEORGETOWN: “Mak, kakak sejuk,” itu kata-kata terakhir seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun kepada ibunya sejurus sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat demam denggi, Sabtu lalu.

Nik Hazwani Hawa Nik Shamrul Zaini, adalah korban pertama wabak denggi di negeri ini yang meninggal dunia kira-kira jam 6 pagi di Hospital Lam Wah Ee, Jelutong di sini, selepas dua hari dimasukkan ke wad berikutan demam kuat.


Malah, lebih menyedihkan, adik Nik Hazwani, Nik Zawiah Zahida, 3, menyusul sehari kemudian, juga akibat penyakit sama.


Ibu mangsa, Hayati Abdul Wahab, 30, berkata pada mulanya keadaan Nik Hazwani tidak teruk dan selepas menerima rawatan, dia disahkan menghidap virus Rota dan selepas itu keadaannya berubah lebih teruk.


Hayati berkata, anak sulungnya itu menjadi tidak bermaya selepas muntah dan anggota badannya lemah serta berwarna kebiruan serta menggigil.


“Selepas mukanya pucat dan kebiruan, saya hanya mampu berdoa dan berharap Hazwani beransur pulih tapi keadaannya bertambah teruk biarpun pelbagai usaha dilakukan doktor untuk menyelamatkannya.


“Namun, Allah lebih menyayangi dan menjemputnya lebih awal. Arwah meninggal dunia beberapa minit sebelum masuk waktu Subuh di sisi keluarga dan sukar untuk saya menerima berita kematiannya ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Villa Sri Kenanga, Batu Uban di sini, semalam.


Keluarga berkenaan turut menerima kunjungan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussin serta barisan exco kerajaan negeri.


Ujian lebih hebat menimpa keluarga Hayati apabila anak keduanya, Nik Zawiah dimasukkan ke hospital sama pada 4 Februari lalu dan meninggal dunia pada jam 6 pagi Ahad (7 Februari lalu) iaitu sehari selepas kakaknya meninggal dunia. Hayati berkata, doktor mengesahkan punca kematian Nik Zawiah ialah akibat sindrom kejutan denggi.



Dia yang masih berpantang selepas 25 hari melahirkan anak keempat iaitu bayi lelaki, Nik Haikal Haziq, tidak mampu menyembunyikan perasaan sayu apabila kehilangan kedua-dua anak perempuan yang akrab.


Sementara itu, suami Hayati, Nik Shamrul Zaini Nik Ibrahim, 33, berkata pemergian anaknya sangat dirasai kerana tingkah laku mereka yang manja dan senang didekati semua orang.



“Mereka sering berdua tanpa mengira waktu. Wajah Zawiah saling tidak tumpah seperti wajah kakaknya dan pemergian mereka berdua kehilangan yang besar buat kami.


“Biarpun kami dikurniakan empat anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan, bohong kalau saya tidak sedih apabila keceriaan dua anak saya itu hanya tinggal kenangan,” katanya.


Menurutnya, kedua-dua anaknya tidak memperlihatkan sebarang tanda pelik pada saat-saat akhir dan paling menyedihkannya apabila Hazwani sempat berseloroh ketika mandi mengatakan dia tidak perlu mandi lagi selepas ini.


“Saya tak sangka dia akan pergi buat selama-lamanya. Saya reda dengan pemergian kedua-dua anak tercinta,” katanya.


Jenazah dua beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gelugor masing- masing pada Sabtu dan Ahad lalu dengan dihadiri sanak-saudara dan jiran terdekat.

Sunday, February 7, 2010

HILANG 2 ANAK, DENGGI DAN UJIAN


Di saat diri sedang bersedih dengan ujian kecil yang menimpa ahli keluarga.. tiba2 dikejutkan pula dengan berita sedih dari seorang teman sekolah lama. Ya Allah.. berat sungguh ujian yang ditanggung oleh saudara kita, Nik Shamrul Zaimi dan ahli keluarganya kerana kehilangan 2 orang anak perempuan dalam masa 2 hari berturut-turut. Anak keduanya yang berumur 4 tahun telah meninggal dunia pagi kelmarin kerana demam denggi berdarah...dan awal pagi tadi, dalam masa kurang 24 jam, dia telah kehilangan seorang lagi anak ke-3nya yang berumur 2 tahun setengah kerana mengalami masalah yang sama..

Berat mata memandang, berat telinga yang mendengar, bertambah-tambah berat orang yang menanggung. walau berat macamana sekalipun hati mesti redha kerana setiap milik kita hanyalah pinjaman semata. Tiada yang kekal dan tiada yang abadi melainkan ALLAH s.w.t. Yang pergi biarkan pergi... cuma marilah kita sama2 doakan agar saudara kita ini diberikan kekuatan oleh Allah S.w.t untuk meneruskan kehidupan tanpa ke-2 orang anak yang begitu dikasihinya. Didoakan juga agar isterinya yang masih berada dalam pantang diberikan kekuatan dan dijauhkan daripada kemurungan yang keterlaluan kerana bimbang memudharatkan diri dan anak yang masih kecil...

kepada semua..sedikit info about Denggi :

Dengue shock syndrome (DSS), also mistakenly referred to as dengue hemorrhagic fever (DHF), is characterized by dengue fever's symptoms of abdominal pain, hemorrhage, with the addition of circulatory collapse. Dengue hemorrhagic fever starts unexpectedly with extreme fevers, headache, sore throat, cough, nausea and vomiting. Dengue shock syndrome is the most severe case of dengue fever. The shock occurs after two to six days of symptoms, followed by collapse, weak pulse, and blueness around the mouth. Symptoms also include: easy bruising, blood spots, bleeding gums and nosebleeds. Dengue shock syndrome can be fatal. The mortality rate ranges from 6 to 30 percent, most commonly in children.

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.


Musnahkan tempat pembiakan nyamuk

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:


1)Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.

2)Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.
3)Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga

'Mudahan kita tergolong dalam golongan orang-orang yang bersabar dan berIMAN'
Segalanya dari ALLAH dan kembalinya jua kepada ALLAH...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sudi-sudilah tinggalkan kenangan di sini. Moga Ukhuwwah berpanjangan..TQ

PERMATA HATIKU....