Thursday, July 28, 2011

KELAHIRANNYA...


Si kecil baru sahaja melelapkan mata..Al-hamdulillah..lena juga akhirnya setelah hampir 3 jam di pangkuan. Biasanya sebaik sahaja si kecil tidur, mamanya juga akan terus tidur kerana mengantuk yang amat, tapi kali ni walaupun jam hampir pukul 1 pagi, tapi mata masih segar kerana telahpun tertidur petang tadi..

Si kecil ini merupakan putera ke-3 kami yang telah dilahirkan pada malam 4 Julai 2011, jam 11.56 malam dan telah diberi nama Muhammad Al-Qarni. Kelahirannya telah disambut girang oleh kami sekeluarga terutamanya oleh 2 orang abangnya..Ahmad Lutfilhadi dan Ahmad Baihaqi yang sudah tidak sabar lagi untuk mendapatkan seorang adik..

Muhammad Al-Qarni membesar dalam kandungan mamanya tatkala mamanya berada di tahun akhir pengajian master. Walaupun tidak dirancang..tapi itulah yang dikatakan sebagai rezeki.. Walaupun berada dalam keadaan yang agak tertekan, namun Alhamdulillah..dia tetap membesar dengan sihat. Peperiksaan akhir master tempohari telahku lalui bertemankan Al-Qarni yang berumur 8 bulan dalam kandungan... Saat yang mengerikan/ menakutkan itu telahpun berlalu...3 minggu aku berkampung di UM untuk menghabiskan exam master, 3 minggu juga aku berada dalam tekanan emosi yang maksimum, tidur seorang diri tanpa suami atau anak-anak, hanya mampu mengadu kepada Allah..berdoa dan terus berdoa, meminta dan terus meminta tanpa mengenal putus asa, membaca dan terus membaca... 6 jam berada di bilik post mortem dengan kekejangan kedua-dua belah kaki dan dalam keadaan hypoglycemic itu merupakan pengalaman yg agak pahit bagi seorang ibu hamil 32 minggu.. Namun, Alhamdulillah...Allah s.w.t Maha Penyayang.. aku telah direzekikan untuk LULUS dalam peperiksaan tersebut. Syukur ke hadhirat Ilahi..

Kini aku berada dalam pantang, 22 hari postdelivery.. rasa badan makin sihat. Masa banyak dihabiskan untuk si manja yang baru ini hingga terpaksa mengabaikan anak2 yang lain... Nasib baik suami banyak membantu menguruskan karenah 2 orang abangnya yang boleh tahan nakal dan ragamnya yang boleh memeningkan kepala.. dan nasib baik juga aku masih punyai ibu yang masih sihat walaupun sudah berusia 70an.. Dengan pengalaman ibuku yang punyai anak seramai 11 orang, maka dapatlah meringankan bebanku menjaga baby kecil ini selama 2 minggu..terima kasih ibu...Jasa ibu sememangnya tidak akan mampu dibalas!

Pada hari ke-10 tempohari, majlis cukur jambul, Aqiqah dan kesyukuran telahpun disempurnakan. Alhamdulillah.. kehadiran tetamu sangat menggalakkan.. terima kasih yang tidak terhingga kepada teman2 dan saudara-mara yang sudi datang dan juga kepada ahli keluarga yang telah menjayakan majlis tersebut... Almaklum ajelah., bila tuan rumah dalam pantang ni, banyakla perkara yang terpaksa diuruskan oleh orang lain...


Banyak betul hadiah yang al-qarni dapat.. sempat jugak ambikkan gambar sebahagiannya (1/4). Hadiah yang lain telahpun dibuka oleh Baihaqi.. Terima kasih bebanyak kepada rakan sejabatan yang telah menghadiahkan 'AVENT STERILISER" ..memang berhajat nak beli, tapi tak pernah menjadi..tetiba dapat hadiah.. Syukur sangat...

'Mudahan aku menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan-Nya...dan Ya Allah...jadikanlah anak kelahiranku ini seorang pejuang untuk menegakkan agamaMu di muka bumi.."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sudi-sudilah tinggalkan kenangan di sini. Moga Ukhuwwah berpanjangan..TQ

PERMATA HATIKU....