music

Thursday, January 29, 2015

Nasi & Kuah : Butang & Tembakau


Kali ini admin ingin membongkar satu kisah yang sangat berkait rapat dengan permasalahan yang  sedang admin alami sekarang..
Ini merupakan pengakuan EXCLUSIVE khas untuk pengunjung rumah maya ini agar kita lebih saling mengenali... :)

Admin dilahirkan sebagai seorang yang mempunyai sejenis fobia yang sangat spesifik. Sejak admin kecil dan mempunyai ingatan... as long as I can remember, I'd already have that. I'm a life long CAPNOPHOBIC!'(Fear of tobacco). Admin terasa agak menderita... dilahirkan dlm tahun 70an.. dikelilingi oleh orang yang menghisap rokok daun termasuk ahli keluarga sendiri..admin PENAT!. Admin tersangat sedih dan tertekan kerana admin takutkan urat-urat tembakau tersebut. Bagi admin ia sangat menjijikkan, tak ubah seperti najis dan baunya tersangat busuk. The smoke arises from that tobacco is also disgusting! Dalam rumah keluarga admin sendiri, hanya beberapa ruang yang admin duduki iaitu bilik admin, ruang dapur dan tv. Ada beberapa ruang yang digunakan sebagai tempai santai menghisap rokok daun tak akan admin duduki. Admin sanggup menahan rasa terliur terhadap sesuatu makanan sekiranya telah diletakkan di ruangan itu.. admin tak akan makan. 


Admin sanggup menahan lapar di sekolah rendah dahulu semata-mata kerana admin terjumpa seurat tembakau dalam bihun goreng yang dibeli di kantin. Sepanjang di sekolah tersebut, admin tidak lagi membeli bihun goreng. Admin juga tidak menjamah nasi belauk dan nasi dagang tersohor di daerah Machang suatu ketika dahulu yang dibuat oleh mak sedara sendiri kerana arwah mak sedara tersebut seorang penghisap tembakau di mulutnya (gonye ke apa org panggil). Masa tu admin masih kecil... Admin pernah beberapa kali berjalan menuju ke arah penjual lokcing (satay ikan) tapi terpaksa patah balik setelah admin sedar dia baru saja menghabiskan sisa rokoknya.. Walaupun sesedap mana lokcing admin dah makin hilang selera. Admin juga sanggup kelaparan semasa berada di rumah keluarga angkat semasa program kajian kes komuniti undergrad dulu semata-mata kerana ibu dan ayah angkat adalah perokok daun tegar dan lantai serta meja rumah penuh dengan urat-urat tembakau yang menggelikan.. Admin mintak maaf...hubungan admin dengan mereka pun sangat kurang kerana admin serik untuk berkunjung ke rumah mereka lagi. Maaffff... bukan admin tidak kenang budi...tapi... begitulah.. cukup hebat kesan fobia terhadap diri individu yang mengidapnya..


Alhamdulillah, admin ditakdirkan ke sekolah asrama penuh, 5 tahun di asrama.. sambung matrikulasi 2 tahun dan buat medic 5 tahun, terus kahwin dan kerja. Admin masih ingat admin meraung-raung menangis kerana diusik oleh abang2 admin.. mereka mahu meletakkan urat-urat tembakau tersebut dalam baju admin. Admin hilang tumpuan untuk membaca tatkala berada di rumah kerana sangat terganggu dengan bau tembakau dan asap rokok. Admin banyak habiskan masa mengurungkan diri di dalam bilik... Dengan berdindingkan kayu dan lantai papan, asap rokok masih menyelinap masuk ke bilik admin yang sangat mengganggu jiwa admin. Syukur admin ditemukan dengan suami yang bukan perokok dan begitu juga keluarga dan adik beradik suami yang semuanya bukan perokok. Andai masa bercinta, orang yang dicintai adalah perokok,admin tidak akan teragak-agak memutuskan hubungan :).. pernah terjadi atau tidak itu tetap rahsia admin.. wallahua'lam. 

Sehingga ke hari ini... 38 tahun berlalu...admin masih begitu. Tidak ada perkara yang boleh mengurangkan perasaan itu. Urat-urat tembakau itu tetap jijik di mata dan hati admin. admin tersangat kurang kerkunjung ke kedai makan.. kalaupun pergi, admin akan memilih kedai yang tiada perokok. Admin ingin memohon maaf kepada sanak saudara perokok. Adakalanya admin tidak menjamah makanan yang dihidang di hari raya kerana tahu ia dibuat oleh perokok daun tegar dan dihidang dekat dengan tembakau.. dan Admin sangat malas untuk berkunjung ke rumah sanak saudara yang sentiasa penuh degan urat-urat tembakau..aduhhh...


Memang pelik..kalau tidak, org tak akan namakan ia fobia. Ada yang mentafsirkan fobia ini sebagai ketakutan yang tidak masuk akal atau IRRATIONAL FEAR. Bagi yang tidak pernah mempelajari asas penyakit dan perubatan, mungkin ia membaca ini sambil tergelak besar.. gelaklah.. maafkanlah dia dan kasihanilah dia sebab dia tidak pernah tahu wujudnya pelbagai fobia dalam kalangan manusia ini.. beratus-ratus malah beribu spesifik fobia yang wujud, dari yang agak common sehinggalah yang tidak pernah didengar pun! Admin terdorong untuk bercerita kerana admin sedang memikirkan masalah anak sulung admin.. LUTFILHADI. Di bawah ini gambar admin dan Lutfilhadi? Adakah kami sama????

Lutfilhadi dilahirkan sebagai seorang 'Koumpounophobic' (fear of buttons) atau takut butang. Begitu cantik butang2 yang menjadi gambar tema di ruangan ini tapi ada yang takut?? Ya, memang tidak masuk akal kerana ia sejenis fobia. Admin tak akan letakkan gambar tembakau di ruangan in kerana admin terasa jijik, sebaliknya admin letakkan gambar yang menjadi fobia anak admin. Sedari kecil dia meraung dan lari apabila ingin dipakaikan baju yang ada butang. Admin tidak sama sekali menyangka yang itu adalah fobia. Apabila dia pandai berbicara dan mengatakan yang butang itu najis dan sangat busuk, admin terasa agak berdebar...  Itulah yang amin rasa setiap kali melihat tobacco. 


Admin tidak boleh menerima semua ini dan menyangka yang dia hanya tak suka.. masih lagi membeli baju2 berkolar with buttons dengan harapan dia akan memakainya suatu hari nanti dan akan cuba memujuknya. Admin tidak ambil kesah tentang kebenciannya sehinggalah dia bersekolah dan terpaksa memakai baju butang. Kepalanya agak rigid bila berpakaian sekolah dan hidung seakan menahan bau. Dia akan memakai baju putih di dalam agar badannya tidak akan terkena butang dan admin atau suami terpaksa pakaikan baju untuknya. Admin pernah menyuarakan hasrat utk berjumpa guru sekolah, agar diberi kelonggaran pemakaian tapi dia menghalang. Katanya dia tidak mahu /malu menjadi orang yang pelik.. berpakaian lain dari yang lain. dia takut diejek dan sebagainya...


Dia tidak akan menyentuh butang tersebut.. kalau tersentuh, cepat-cepat dia akan basuh tangannya. Dia marah semua adik2nya kalau ada yang memakai baju butang dan tidak akan berkawan atau duduk dekat. Dia bersorak dan x sabar untuk ke sekolah setiap kali hari rabu di Sri Aman kerana dia dan seluruh kelasnya dibenarkan memakai T-shirt putih tanpa kolar spnjg hari kerana paginya ada pendidikan jasmani. tersangat malas untuk ke sekolah pada hari ahad.. pernah dia menangis enggan ke sekolah.. bila disiasat rupa2nya kerana hari ahad ada perhimpunan. Dia benci perhimpunan sbb terpaksa duduk rapat-rapat in crowds yang semuanya memakai baju sekolah berbutang. Katanya tak tahan dengan bau busuk!. Allah... berdebar admin mendengarnya.. memang sah anak admin ada fobia butang. tapi admin masih denial... masih mengharapkan ia tidak berpanjangan..


Seminggu sebelum sekolah di sini (Australia) bermula, Lutfilhadi kerap dilanda kesedihan.. menangis tanpa sebab dan menyatakan kerisauan dia untuk bersekolah. Sukar tidur dan diselubungi rasa takut untuk bersekolah. Pelbagai alasan diberikan. Tiada kawan, tempat baru/ terasa asing, masalah bahasa dan tidak kurang juga kerana masalah butang. Katanya butang kat sini lebih busuk. 2 minggu terakhir tahun lepas segalanya lancar, rupa2nya dia memendam rasa. Segalanya ketara pada minggu ini. Entah la... admin dan suami hampir buntu, tak tahu nak buat apa lagi... pelbagai janji dan reward telah diberi, segalanya dipenuhi.  Admin tidak memaksa.. tadi dia menangis lagi agar dibenarkan untuk tidak ke sekolah dan berjanji untuk ke sekolah pada esok hari. Admin bersetuju... dan cuba tenangkan dia. Hari ini juga admin ke sekolah berjumpa dengan guru kelasnya dan berbincang mengenai dia. Apa yang dapat admin simpulkan, perasaan yang dia alami adalah kerana '' anxiety''. He anxious about many things... all mixed up. Hanya sokongan yang mampu diberikan.. dia juga sedang membina kekuatan dirinya... Dia kelihatan berusaha melawan segala perasaan yang hadir. Tolong doakan agar semuanya kembali baik.


Persoalannya.... Apakah salah ibu yang mengandung? Adakah ini yang dikatakan KEMANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TIDAK KE NASI???
Adakah fobia ini merupakan keturunan? Is  phobia inherited? Cuba baca link ini....

Are phobias hereditary?

Bila tahu yang Steve Job pun fear of button hingga mencetus revolusi touch screen maka terasa satu kelebihan mempunyai phobia. Mungkin Lutfilhadi bakal pencetus evolusi dalam trend berpakaian tanpa butang suatu hari nanti.. manalah tahu kan?

Boleh baca mengenai Fobia butang di link ini untuk mendapat lebih kefahaman..

understanding koumpounophobia

Fear of buttons

Steve Job button phobic


Apa yang dikongsi ini bukan sekadar berkongsi cerita, tapi juga berkongsi ilmu...
Sekurang-kurangnya ada kesedaran dalam kalangan kita tentang adanya fobia yang pelbagai ini.
Andai anda tidak mempunyai sebarang fobia dalam hidup maka bersyukurlah..
Bantulah mereka.. berilah sokongan... jangan tertawa.... jangan tunjuk kehairanan kerana itu refleksi kurangnya ilmu anda.. Wallahua'lam.




Tuesday, January 27, 2015

Sirih pulang ke gagang

Genap 2 tahun admin membiarkan rumah maya ini tanpa sebarang cerita. Tiba-tiba datang perasaan ingin menulis semula. Mungkin kerana faktor berada jauh di perantauan yg membuatkan perasaan itu tiba2 hadir. Hobi menulis di blog sesawang yang disemai sejak tahun 2008 tiba2 terkubur seketika apabila laman muka buka telah mendominasikan dirinya. Lebih cepat untuk menyampaikan sesuatu melalui FB tapi secara jujurnya menulis di blog memberikan satu kepuasan yang lebih kepada admin. Namun yang kontranya ia mengambil masa yang agak panjang. 

Admin telah mendapat tawaran utk subspecialty training di luar negara. Alhamdulillah.. pertama kalilah admin melangkah ke negara orang puteh ini. Walaupun pernah bercita-cita sejak undergrad lagi tapi baru kali ini diizinkan Allah s.w.t. Dia telah mengaturkan segalanya. Datang bersama suami dan anak2 lebih bermakna, lebih mencabar dan lebih banyak yang perlu dipelajari. Kalau ditanya kenapa pilih Australia admin tak tahu nak jawab apa sebab admin tak pilih negara tapi telah ditemukan dengan supervisor dari Griffith Uni, Gold Coast, Aussie. Semasa dalam proses mencari supervisor, admin betul2 berserah kepada Allah s.w.t. Admin hadir beberapa conferences hanya untuk mendapatkan 'networking' :) Alhamdulillah ditemukan dengan seorang professor yang sangat berpengalaman dalam bidang yang ingin admin terokai dan sangat sangat membantu.. Walaupun prosedur begitu mencabar, banyak masa, tenaga dan wang ringgit yang terpaksa diperuntukkan sehingga terpaksa berulang alik KB-KL hingga 3x.. namun segala proses boleh dikatakan berjalan lancar dan dipermudahkan. 

3 November 2014.. kembara kami bermula. Perasaan berbaur.. sedih berpisah dengan ahli keluarga dan adik beradik yg lain, gundah dan risau dengan kehidupan di tempat baru.. (maklumlah..kata orang hidup bermusafir ini penuh kepayahan).Namun semangat untuk menimba ilmu itu lagi kuat..ingin melihat dunia luar.. pelajari sesuatu yang baru.. kadang2 dalam kepayahan itulah adanya ilmu yang tidak ternilai..
(di KLIA2.. menuju ke balai berlepas) 


Dengan bantuan saudara Uzair Rusli dan isterinya Maizah, di sinilah kami menyewa sejak hari ke-2 hingga ke hari ini. HELENSVALE.  Rezeki lagi.. hari ke -2 dah masuk rumah. Alhamdulillah. Dan inilah kereta pertama kami yang dibeli pada hari ke-5. Sebuah rumah yang agak cute, a town house, double storey with 3 rooms. Sewa AUD 340 perweek :) . Bila dihitung, segala scholar yang dapat dari KPM hanya cukup untuk bayar house rent. It is a gated area, dijaga oleh seorang manager yang agak particular tentang semua perkara terutama dari segi kebersihan. Kawasan yang cukup tenang, very quiet.. tiada kanak2 yang bermain atau buat bising.. sehinggalah kami datang, barulah ada suara kanak2 nakal 3 orang ni. Risau juga jiran2 tidak selesa dengan kehadiran kami, tapi setakat hari ini tiada sebarang complaint dan nampaknya mereka memahami, memang lumrah kanak2.. bermain, bergaduh, menangis itu adalah keriangan mereka. Mungkin inilah masanya untuk kami mendisiplinkan anak2 kami dan masanya juga admin mendisiplinkan diri sendiri agar bersabar dengan karenah anak2, no more shout to them di kala sedang marah ...hehe. Kena hati2, bercakap kuat sikitpun orang sebelah boleh dengar :) 


Dalam post yang pertama ini ingin admin kongsikan sedikit gambar pemandangan yang diambil di sekitar GC. Di bawah in diambil di Springbrook National Park. Lebih kurang 30 minutes dari GC. Rupanya di GC ada banyak hinterlands with their lookouts. Pemandangannya cukup indah sekali.  Hmm... macam tahu tahu jer admin suka menikmati keindahan alam especially scenery dari tempat tinggi :).
 
This is 'The best of all lookout'. 300 meter walk dari tempat parking kereta. Suka sakan kanak2 ini dapat masuk hutan. sepanjang 300 meter tersebut merupakan jalan rentas rainforest dengan bunyi kicauan burung dan pokok2 hutan yang terpelihara.  Seolah- olah seperti berada di atas gunung.. tapi bezanya kami hiking menggunakan kereta :)




Tempat kanak2 ini posing namanya 'Purlingfall look out'. Ada waterfall yang tinggi kat sebelah kiri..  (Tak termasuk dalam gambar ini). Waterfall kat sini hanya untuk dinikmati keindahannya bukan untuk mandi pun.. teringat waterfall di negeri kami, walaupun pemandangannya tidaklah berapa cantik tapi boleh juga selamkan diri di bawah jatuhan air yang sangat dingin itu... (hmmm.. rindunya berkelah di jeram linang, lata tembakah bersama ahli keluarga dengan pelbagai makanan yang sedap2.. huhu.)

Gambar2 di bawah ini di 'Canyon lookout'. Banyak lagi lookouts yang ada di springbrook ini tapi kami hanya memilih yang sesuai dengan kanak2 dan tidak berapa jauh perjalanannya dari tempat parking.



Cukuplah dulu coretan intro ini setelah sekian lama admin berhibernasi.. dengan title 'Sirih Pulang ke gagang'. Yang membawa maksud...Aku kembali ke sini. Kembali mengadap canvas ini dan menulis sesuatu di sini. Bukan untuk sesapa, tapi sekadar catatan diri sendiri. Andai ia bermanfaat kepada kawan2 di luar sana, bolehla berkunjung ke rumah maya ini dan menikmati juadah kongsian cerita. Mudahan ukhuwwah berpanjangan. Andai rasa tiada apa-apa manfaat, maka tidak perlulah berbuat demikian. Sangat banyak perkara yang ingin admin kongsikan. Mungkin di siri yang lain.. Sehingga ketemu lagi yer.... see you ( siyya...versi aussie ;)
 
* Selamat menimati sedikit halwa telinga di rumah admin ini... koleksi nasyid/lagu feveret admin untuk para pengunjung :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sudi-sudilah tinggalkan kenangan di sini. Moga Ukhuwwah berpanjangan..TQ

PERMATA HATIKU....