music

Showing posts with label Cerita keluarga. Show all posts
Showing posts with label Cerita keluarga. Show all posts

Monday, May 14, 2012

Coretan buat MAK....



Semasa kecil, panggilan yang paling kerap keluar dari mulut kecil ini hanyalah 'mak!. mak !, mak!' Seolah-olah tiada lagi tempat lain untuk bergantung.... hanyalah 'mak'. Mak lah segala-galanya.... celik aje mata, nampak mak sedang sediakan makanan untuk disuapkan ke mulut anak-anaknya...  masa sepanjang sekolah rendah, Mak lah yang kejutkan dari tidur untuk ke sekolah....Mak lah yang ambil air dari perigi, masukkan ke dalam basin dan dicampur dengan air panas yang baru direbus...Mak lah yang siramkan air mandian ke badan ini setiap hari untuk ke sekolah.. Mak lah juga yang siapkan itu ini... malah segala-galanya... pendek kata tiada susahnya hidup sebab adanya Mak.. anak2 tidak terasa susahnya mencari dan menyediakan apa sahaja barang keperluan kerana belum sempat berbuat apa2, Mak dah buatkan... bersyukurlah diri... bersyukurlah abg2, kakak2 dan adik2ku kerana kita mempunyai Mak sedari kecil hinggalah sekarang...tidak seperti sesetengah orang yang tidak sempat merasa kasih ibu, tidak sempat membalas jasa ibu malah ada juga yang didera oleh ibu...tapi kita, dijaga dan dilindungi oleh ibu dengan penuh kasih sayang yang tidak pernah berkurang...
Gambar Mak bersama kakakku....Kak Nah (Wan Maznah)

Gambar Mak bersama kakakku...Kak Mah (Wan Asmah)

Mak,
Sebanyak mana garis kedutan di wajah Mak..banyak lagi pengorbanan mak terhadap kami semua. Walaupun Mak ditakdirkan menjalani kehidupan yang susah...tiada harta benda, hanya sebuah bangsal tempat berteduh menjaga 11 orang anak... namun mak sebenarnya KAYA... kaya dengan anak2 yakni harta yang paling bernilai buat mak...anak2 inilah nanti yang akan doakan mak di sana... InsyaAllah...

Mak,
Apa yang paling istimewa tentang mak berbanding dengan sesetengah ibu yang lain...???
(Mak duduk di tengah ....)
Mak tidak pernah mengungkit dengan segala apa yang telah Mak berikan...Mak tidak pernah mengharapkan balasan, apatah lagi bercakap-cakap tentang balasan...Mak tidak pernah sesekali meminta-minta daripada anak2nya...Mak tidak pernah meletakkan anak-anaknya dalam keadaan serba salah tidak kira dalam apa situasi sekalipun...Mak tidak pernah 'demand' yang keterlaluan daripada anak2nya.... Mak tetap Mak... Perangai Mak yg sebegini menyebabkan anak2 bertambah sayang terhadap Mak dan apa sahaja yang anak2 lakukan terhadap mak begitu IKHLAS, lahir dari kesedaran dan hati nurani anak-anak itu sendiri... bukan kerana bebelan mak... bukan kerana permintaan mak...bukan kerana ungkitan tentang segala jasa-jasa mak....Mak tidak pernah menyamakan kasih sayang itu dengan material atau wang ringgit....sayang, kasih, cinta bagi mak bukanlah  perlu dimanifestasi dengan pemberian duit atau  barang kemas...bagi Mak, Mak tidak perlukan semua itu.. mak hanya mahukan anak2 Mak bahagia....itulah yang selalu ada dalam doa Mak.. Mak, ketahuilah mak begitu istimewa....

Mak,
Tanggal 11 Mei 2012, Mak telah dianugerahkan sebagai Tokoh Ibu Keluarga Mawaddah... Tahniah Mak. Mak memang layak... lebih daripada layak!!

Inilah sijil dan hamper yang telah digondol oleh Mak.... Anak2 Mak semuanya berbangga dengan Mak. Mendidik 11 orang, membesar menjadi orang berguna semuanya bukanlah satu tugas yang mudah...penuh kegetiran.. mak bukan sahaja menjaga anak, bahkan bekerja mencari belanja sesuap nasi, mencari kayu api, menoreh getah, mengambil upah membasuh kain, mengikat daun tembakau, pernah bekerja mencuci botol di kilang sos dan juga bercucuk tanam segala sayuran untuk dijual... itulah Mak, insan SERBA BOLEH!
Mak (paling kiri) turut bersma ke majlis konvokesyen Master untuk menjaga Al-Qarni... terima kasih jua pada ibu mertuaku, Siti Aklima Salleh (berdiri sebelah kiriku).

Kini Mak telahpun berumur 72 tahun, punyai lebih daripada 60 orang cucu  dan berpuluh-puluh cicit... Mak masih sihat..Alhamdulillah... dengan keikhlasan yang ada dalam diri Mak membuatkan ia terpancar pada wajah Mak... masih sihat, bertenaga dan awet muda. Terima kasih Mak... terima kasih di atas segala-galanya! harapanku agar Mak kini bahagia... dan agar hasrat Mak untuk ke Tanah Suci tahun ini akan kesampaian... InsyaAllah...Amin...
 

Aku Masih Ingat

Aku masih ingat
dan akan terus ingat
sehingga akhir hayat
dulu engkau banyak menderita

aku masih ingat
dulu engkau banyak menangis
aku masih ingat
dulu engkau banyak berkorban
apa saja

aku masih ingat
dulu engkau berbalut ketabahan
membesarkan aku mengenal kemanusiaan
aku masih ingat
dulu engkau berlantaikan semangat
mengasuh aku menjadi insan beriman
aku masih ingat
dulu engkau berdinding kegigihan
mendidik aku menjadi anak soleh
aku masih ingat
dulu engkau merumahkan setia
memelihara aku dengan kasih sayang
menjadi manusia berguna

aku masih ingat….
aku masih ingat….
tak kan mudah aku lupa
karena jasamu tak terbalas semuanya
karena tak terenang sepenuhnya
di laut budimu

ibu……..!!!!
aku masih ingat
mengucapkan terima kasih
dan akan terus ingat melafazkannya
sehingga akhir hayat
aku masih ingat
segala yang murni itu…(dipetik dari tinta Fansuri)

Monday, September 20, 2010

Sekitar Syawal dan Musibah

Posing raya ke-4, di majlis mini reunion ex-SKMK, Sekolah kebangsaan machang Kelantan, bertempat di rumah khuzama, depan sek men keb Machang. Gembira dapat berjumpa semula dan kawan-kawan di zaman hingusan dulu..

Syawal kali ni disambut dengan penuh kesederhanaan. Kegembiraan agak terhalang kerana ada ahli keluarga yang ditimpa musibah. Kesedihan yang dialami oleh mak sedara sebelah ibu suami dengan kematian anaknya pada 1 ramadhan yang lalu masih lagi terasa menyebabkan suasana raya di kampung kurang kemeriahannya. Suasana di rumah sebelah ayah suami pula juga agak mendung kerana baru kehilangan tok ayah sebelum menyambut puasa hari tu..

Tidak kurang juga musibah di sebelah keluargaku sendiri. Abang ipar dimasukkan ke ward USM 3 hari sebelum raya hingga ke hari ini kerana mengalami masalah pendarahan dalam kepala. Kakak yang sarat mengandung terpaksa berkampung di hospital di sisi suaminya. Hari raya ke-2, anaknya pula dimasukkan ke ward kerana mengidap demam denggi..Alhamdulillah lebih kurang 4 hari di sana, kini anaknya telah sihat walafiat.

gambar posing raya pada hari raya pertama di rumah ibu suami di kampung. warna koko menjadi tema kali ini.. baju segera, beli beberapa hari sebelum raya. Perancangan awal warna kelabu tapai apakan daya...tak ada baju melayu 'ready made' warna kelabu yang berkenan di hati suami..nasib baik baju mama senang nak jumpa saiz kat pasar..

Semalam, genap 42 hari kematian sepupu yang disayangi, kami dikejutkan pula dengan kematian sepupu suami yang mengajar di Jerteh. Seorang guru wanita, berumur 45 tahun, anak 6 orang, yang sulung umurnya 19 tahun dan yang paling kecil darjah 4. tatkala anak2 masih memerlukannya..beliau pergi mengadap Ilahi buat selama-lamanya tanpa sebarang tanda dan pesan. Diagnosis: Massive brain haemorrhage due to Hypertensive Encephalopathy..Kehilangan yang begitu mengejut ini betul2 memberi kesan kepada ahli keluarga.. Alfatihah buat Pn Norazzah..

Tuesday, December 15, 2009

Indahnya Berkeluarga Besar..

Aku berasal dari keluarga yang besar. 11 saudara dan aku anak yang ke-9. Punyai 5 abang, 3 kakak dan 2 adik. Semuanya dah berkeluarga dan masing2 punyai anak..paling sikit 2 orang anak, yakni akulah tu.. adik yang bongsu pun dah nak masuk 3 anak. Emak berumur 69 tahun dan arwah ayah (kami panggil Apak, singkatan dari Bapak) telah meninggalkan kami semua 2 tahun yang lepas Mei 2007 dalam usia 74 tahun...Moga rohnya berada bersama para Solihin. Anak-anak buah pun dah ramai yang kawin..

Kali ini kami menghadiri majlis perkahwinan anak saudara yang ke berapa yer,tak berapa pasti... bertemu jodoh dengan orang Seremban, Negeri Sembilan. Rombongan kami lebih kurang 15 buah kereta semuanya. Memang ramai...penuh satu dewan! Meriah betul... Yang ambik gambar kat atas tu hanya yang berminat sahaja.. sebenarnya ramai lagi.

Inilah gambar pengantinnya..Pengantin lelaki, Wan Ahmad Khairul (my nephew) dan pengantin perempuan, Rosmawati. Moga bahagia dunia dan akhirat..
Bergambar di perkarangan masjid sebelum majlis akad nikah..

Memandangkan keluarga kami sebuah keluarga yang besar, maka tercetuslah idea untuk menubuhkan kelab yang telah diberi nama kelab' ar-Rahman' bersempena nama arwah Apak yang telah pergi meninggalkan kami semua. Kelab ini bertujuan untuk membuat lawatan tahunan dan juga kelab kebajikan keluarga. Yuran yang dikenakan adalah Rm10 sebulan bagi setiap keluarga dan jumlahnya Rm120 setahun. Kami mempunyai 20 keluarga...adik-beradik 11 dan 8 lagi anak saudara yang telah berkahwin. Maka jumlah yuran tahun ini RM 2ooo lebih. Hmm...apa yang telah kami buat???

Memandangkan tahun ini kami semua perlu ke Seremban untuk menghantar pengantin lelaki bg majlis perkahwinan, maka Sambutan Hari keluarga diadakan di Port Dickson pada 5 Dis 09., sehari sebelum majlis perkahwinan. Dalam 2 minggu yang lepas jer...Hmm memang meriah. Pelbagai sukaneka diadakan utk kanak2 dan pasangan suami isteri. Dalam masa yang sama diadakan barbeque dan makan-makan. Belah malamnya diadakan persembahan yang mana setiap keluarga wajib mengadakan persembahan masing2. Banyakla bakat2 terpendam yang boleh disaksikan...Yang paling best adalah lakonan purba komedi oleh anak yatim 10 beradik yang telah dinobatkan sebagai Juara Persembahan. Acara lain yang adalah pertukaran hadiah misteri. Memang betul2 misteri la hadiah2 yang dapat tu sbb semuanya yang tak disangka ... yang dapat Limau barli Raksasa pun ada..

Acara mandi kolam...

Acara boling kelapa berpasangan dan remaja

Acara belon bersambut...paling kelakar sebab ramai yang belonnya pecah dan tersimbah airnya ke muka..
Acara rebut gula-gula kanak...
Yamg paling best bagi pria-pria...naik banana boat ronda pulau...:)

Sekian dulu cerita kali ini...sekadar berkongsi... Best jugak anak ramai.. Terasa kemeriahannya bila semua dah besar nanti.

Saturday, August 16, 2008

putera 1 dan 2..

Sebenarnya tak tahu nak arrange gambar2 ni macamana. setiap kali add image even after the sentence tapi image tetap duduk kat atas..

Semua image jadi bercampur...

Oklah....kat bawah ni gambar AHMAD BAIHAQI, putera ke-2 kami.











Rasanya tadi saya dah terposkan surat kosong.....maklumlah budak2 baru belajar. Ha..sambungan cerita saya pasal anak2 saya. Yang sulung AHMAD LUTFILHADI dah makin besar ....Gambar2 kat bawah ni semuanya wajah2 lutfi terkini.


Genap umur lutfi setahun 4 bulan, saya lahirkan pulak anak ke-2 namanya AHMAD BAIHAQI pada 6/7/07. Sekarang baru pandai jalan...tengah duk kemaruk jalan macam orang mabuk...Alhamdulillah... Tak sangka orang yang susah dapat anak macam saya ni akhirnya dapat 2 orang dengan jarak yang begitu dekat...

For those yang masih belum dapat anak... harap jangan cepat berputus asa. Usaha dan usaha lagi... bagi saya usaha yng paling berkesan asdalah berkunjung ke RUmah ALLAH... Doa depan KAABAH..InsyaAllah dimakbulkan...

Rasanya cukuplah dulu cerita pasal keluarga saya... next time saya akan share something yang lebih berfaedah, InsyaAllah...

Friday, August 15, 2008

Jom! nak share cerita

This is my first time blogging. Banyak yang belum tahu.. mungkin tak berapa menarik la... Dah sekian lama niat di hati nak adakan blog sendiri tapi takut sebab tak berapa mahir IT. Bila dah cuba rupanya tak ade lah payah sangat. Terima kasih kepada kawan yg berikan tunjuk ajar (kak faezhussain) dan terima kasih jugak kepada kawan yang dah sekian lama ada blog sendiri yang telah berikan peranrangsang untuk saya utk create blog ni.. (kin_hashim). At least dengan adanya blog ni... dapat ler tatap kembali wajah2 kami yang dah makin tua...

Untuk langkah pertama ni, saya nak poskan gambar putera sulung kami..namanya AHMAD LUTFILHADI..






telah sekian lama kami duk tunggu2... dekat 6 tahun berkahwin baru dapat..ALHAMDULILLAH...syukur sangat. Dah macam2 ikhtiar kami usahakan akhirnya dapatlah anugerah ini. Ini antara wajah2 dia yang ada dlm kom ini...


Tapi sekarang dah makin besar... dah 2 tahun 4 bulan... wajah pun dah berubah... nanti saya poskan gambar2 terkini dalam episod akan datang...bersama2 ngan putera ke-2.. Cerita saya akan bersambung.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sudi-sudilah tinggalkan kenangan di sini. Moga Ukhuwwah berpanjangan..TQ

PERMATA HATIKU....