music

Showing posts with label kisah benar. Show all posts
Showing posts with label kisah benar. Show all posts

Thursday, August 19, 2010

Ramadhan dan kematian..


Terasa Ramadhan kali ini begitu pantas.. Hari-hari berlalu meninggalkan kita tanpa menoleh lagi. Sedangkan manusia semakin sibuk dengan urusan duniawi yang tak akan ada kesudahannya kecuali mati.

Pada malam 1 Ramadhan kami dikejutkan dengan berita kematian seorang saudara (sepupu) yang begitu rapat dan tak ubah sepert adik beradik kami sendiri. Seorang yang begitu baik budipekerti dan tingkah lakunya, yang merupakan satu2nya anak lelaki mak sedara kami. Dialah buah hati ibunya dan harapan ibunya kerana ibunya adalah ibu tunggal yg bercerai dengan suaminya sejak arwah berumur 1 tahun. Allah telah menjemput arwah pada bulan puasa, ketika membersihkan lampu masjid di tempat pengajiannya di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Jenazah telah dibawa pulang ke kampung kami di Machang pada 2 ramadhan sebaik sahaja usai urusan sembahyang jenazah di KUIS. Jenazah telah dikebumikan pada jam hampir 7 petang dan tamat urusan pengebumian tatkala azan maghrib berkumandang. Pertama kali dalam hidupku berbuka puasa di tanah perkuburan... bersemadilah arwah di sana dengan aman pada malam jumaat..

kata2 yang dipetik daripada sahabat2 arwah dalam facebook arwah sangat menyentuh hati dan perasan ini...

Arwah seorang yg baik spnjang sy kenali. sy pernah pinjam buku drpdnya... suka
r utk melihat arwah b'musuh dgn org lain... sumbangn ikhlas tenaganya kpd Masjid Al-Azhar KUIS sngat d kagumi. Tidak m'harapkn upah, tp m'harapkn redha Allah..

Tangisan & linangan air mata Mudir Masjid Al-Azhar, Ustz Farid Ravi & para jemaah swaktu m'doakn solat jenazah, mnandakan keakraban arwah dgn masjd... pmergiannya d ratapi seluruh warga KUIS.. hatta pengurusan tertinggi..

Pengakhiran hayatnya tenang, d tempat yg baik, dlm bulan yg baik, dlm situasi & p'buatan yg baik.. jenazahnya seolah2 m'jadi tumpuan & rebutan mrk yg masih hidup... LUAR BIASA...!!!! Subhanallah... Ganjaran buat org yg b'bakti d rumah Allah... pmergian dlm keadaan husnul khatimah....

Apakah pengakhirat hayat kita jg begitu....?? Mudah2an.... P'banyakkan amal, buat bekalan ke 'sana'... -Abu bakar-

Alfatihah buat arwah Nik Zakuan Nik Ramlee..
Doakan juga ibunya tabah hadapai ujian yang maha hebat ini dan cepat pulih seperti sedia kala..

Wednesday, February 10, 2010

MAUT SELANG SEHARI - Metro

Berikut adalah petikan akhbar Metro 10 Feb 2010 berkenaan kehilangan 2 anak seorang kawan.. sama-samalah doakan kesejahteraan Nik Shamrul Zaimi dan keluarga dalam menempuhi ujian yang hebat ini..



GEORGETOWN: “Mak, kakak sejuk,” itu kata-kata terakhir seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun kepada ibunya sejurus sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat demam denggi, Sabtu lalu.

Nik Hazwani Hawa Nik Shamrul Zaini, adalah korban pertama wabak denggi di negeri ini yang meninggal dunia kira-kira jam 6 pagi di Hospital Lam Wah Ee, Jelutong di sini, selepas dua hari dimasukkan ke wad berikutan demam kuat.


Malah, lebih menyedihkan, adik Nik Hazwani, Nik Zawiah Zahida, 3, menyusul sehari kemudian, juga akibat penyakit sama.


Ibu mangsa, Hayati Abdul Wahab, 30, berkata pada mulanya keadaan Nik Hazwani tidak teruk dan selepas menerima rawatan, dia disahkan menghidap virus Rota dan selepas itu keadaannya berubah lebih teruk.


Hayati berkata, anak sulungnya itu menjadi tidak bermaya selepas muntah dan anggota badannya lemah serta berwarna kebiruan serta menggigil.


“Selepas mukanya pucat dan kebiruan, saya hanya mampu berdoa dan berharap Hazwani beransur pulih tapi keadaannya bertambah teruk biarpun pelbagai usaha dilakukan doktor untuk menyelamatkannya.


“Namun, Allah lebih menyayangi dan menjemputnya lebih awal. Arwah meninggal dunia beberapa minit sebelum masuk waktu Subuh di sisi keluarga dan sukar untuk saya menerima berita kematiannya ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Villa Sri Kenanga, Batu Uban di sini, semalam.


Keluarga berkenaan turut menerima kunjungan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussin serta barisan exco kerajaan negeri.


Ujian lebih hebat menimpa keluarga Hayati apabila anak keduanya, Nik Zawiah dimasukkan ke hospital sama pada 4 Februari lalu dan meninggal dunia pada jam 6 pagi Ahad (7 Februari lalu) iaitu sehari selepas kakaknya meninggal dunia. Hayati berkata, doktor mengesahkan punca kematian Nik Zawiah ialah akibat sindrom kejutan denggi.



Dia yang masih berpantang selepas 25 hari melahirkan anak keempat iaitu bayi lelaki, Nik Haikal Haziq, tidak mampu menyembunyikan perasaan sayu apabila kehilangan kedua-dua anak perempuan yang akrab.


Sementara itu, suami Hayati, Nik Shamrul Zaini Nik Ibrahim, 33, berkata pemergian anaknya sangat dirasai kerana tingkah laku mereka yang manja dan senang didekati semua orang.



“Mereka sering berdua tanpa mengira waktu. Wajah Zawiah saling tidak tumpah seperti wajah kakaknya dan pemergian mereka berdua kehilangan yang besar buat kami.


“Biarpun kami dikurniakan empat anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan, bohong kalau saya tidak sedih apabila keceriaan dua anak saya itu hanya tinggal kenangan,” katanya.


Menurutnya, kedua-dua anaknya tidak memperlihatkan sebarang tanda pelik pada saat-saat akhir dan paling menyedihkannya apabila Hazwani sempat berseloroh ketika mandi mengatakan dia tidak perlu mandi lagi selepas ini.


“Saya tak sangka dia akan pergi buat selama-lamanya. Saya reda dengan pemergian kedua-dua anak tercinta,” katanya.


Jenazah dua beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gelugor masing- masing pada Sabtu dan Ahad lalu dengan dihadiri sanak-saudara dan jiran terdekat.

Sunday, February 7, 2010

HILANG 2 ANAK, DENGGI DAN UJIAN


Di saat diri sedang bersedih dengan ujian kecil yang menimpa ahli keluarga.. tiba2 dikejutkan pula dengan berita sedih dari seorang teman sekolah lama. Ya Allah.. berat sungguh ujian yang ditanggung oleh saudara kita, Nik Shamrul Zaimi dan ahli keluarganya kerana kehilangan 2 orang anak perempuan dalam masa 2 hari berturut-turut. Anak keduanya yang berumur 4 tahun telah meninggal dunia pagi kelmarin kerana demam denggi berdarah...dan awal pagi tadi, dalam masa kurang 24 jam, dia telah kehilangan seorang lagi anak ke-3nya yang berumur 2 tahun setengah kerana mengalami masalah yang sama..

Berat mata memandang, berat telinga yang mendengar, bertambah-tambah berat orang yang menanggung. walau berat macamana sekalipun hati mesti redha kerana setiap milik kita hanyalah pinjaman semata. Tiada yang kekal dan tiada yang abadi melainkan ALLAH s.w.t. Yang pergi biarkan pergi... cuma marilah kita sama2 doakan agar saudara kita ini diberikan kekuatan oleh Allah S.w.t untuk meneruskan kehidupan tanpa ke-2 orang anak yang begitu dikasihinya. Didoakan juga agar isterinya yang masih berada dalam pantang diberikan kekuatan dan dijauhkan daripada kemurungan yang keterlaluan kerana bimbang memudharatkan diri dan anak yang masih kecil...

kepada semua..sedikit info about Denggi :

Dengue shock syndrome (DSS), also mistakenly referred to as dengue hemorrhagic fever (DHF), is characterized by dengue fever's symptoms of abdominal pain, hemorrhage, with the addition of circulatory collapse. Dengue hemorrhagic fever starts unexpectedly with extreme fevers, headache, sore throat, cough, nausea and vomiting. Dengue shock syndrome is the most severe case of dengue fever. The shock occurs after two to six days of symptoms, followed by collapse, weak pulse, and blueness around the mouth. Symptoms also include: easy bruising, blood spots, bleeding gums and nosebleeds. Dengue shock syndrome can be fatal. The mortality rate ranges from 6 to 30 percent, most commonly in children.

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.


Musnahkan tempat pembiakan nyamuk

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:


1)Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.

2)Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.
3)Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga

'Mudahan kita tergolong dalam golongan orang-orang yang bersabar dan berIMAN'
Segalanya dari ALLAH dan kembalinya jua kepada ALLAH...

Monday, November 30, 2009

Cerita KORBAN 09 dan kalimah ALLAH dalam daging..

Alhamdulillah...Sepanjang 3 hari raya korban ni matahari bersinar memancarkan cahayanya seolah-olah musim tengkujuh telahpun berlalu. Bolehlah acara penyembelihan korban dan ziarah dilakukan dengan baik sekali.... tapi hari masuk je hari ke-4 hujan mula menyimbahi bumi..apapun syukur dengan nikmat Allah s.w.t kurniakan .... tanpa Allah siapalah kita, hanya menumpang di bumiNya.

Terasa ingin kongsikan sedikit gambar yang telah dirakam sepanjang acara korban dirumahku:
Gambar 1: bersama ahli keluarga sambil menunggu pengambil bahagian dalam korban sebnyak 7 bahagian, yakni 7 orang utk seekor lembu. Perancangan awal korban akan dilakukan sebaik sahaja selesai sembahyang raya tapi akhirnya lewat juga sbb salah seorang pengambil bahagian lewat datang....hmm adat manusia. Nak kenalkan..duduk 3 dari kiri adalah ibu penulis dan duduk paling kanan adalah ibu Nurul, gold2rich. Kami sebenarnya berjiran..

Gambar2: jarang2 dirakam oleh kebanyakan orang...saat jual-beli. Penjual melafazkan akad jualnya dan disambut dengan lafaz membeli 1 bahagian daripada 7 bahagian lembu dengan jumlah harga yang telah dipersetujui.. sebenarnya penjual dan wakil penyembelih lembu korban ni adalah abang kandung kita sendiri...

Gambar3 : Saat lembu direbahkan...agak susah juga. Memerlukan teknik yang betul dan tenaga lelaki2 perkasa untuk menarik tali yang diikat pada kaki lembu.. sebanyak 2 ekor lembu talahpun direbahkan.

Gambar4 : Dengan lafaz Bismillah...lembu ini selamat dikorbankan. Alhamdulillah..bertuah lembu ini kerana telah terpilih menjadi lembu korban. Di saat melihat darah yang mengalir...sekali lagi niat dilafazkan dalam hati...Mudahan korban ini diterima disisi Allah s.w.t dan moga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah utk menjalani ibadah korban lagi pada tahun depan..

Gambar 5: Sewaktu kami memotong daging untuk digoreng, tetiba kalimah ALLAH muncul. SUBHANALLAH... kalimah ini terbentuk daripada lapisan urat dalam daging dan bukannya dibuat-buat.. Ingatlah ALLAH di mana sahaja kita berada kerana ALLAH berada di mana-mana..

Wallah'alam.... Mudahan perkongsian ini bermanfaat.

Monday, November 9, 2009

Mental atau 'Gila'??

Sejak kebelakangan ini rakan2 sekerja berada dalam keadaan agak ketakutan...takut peristiwa berulang lagi. Topik perbualan dalam kalangan staf rata-ratanya berkisar tentang perkara yang sama. Tentang kejadian minggu lepas...

Seorang staf yang mengidap 'schizophrenia' telah mengamuk, meraung-raung dan mengejar salah seorang staf yang lain menyebabkan staf yang dikejar ini berlari sekuat hati sambil berteriak meminta tolong. Alahai kesiannya..Para pelawat yang tak tahu apa2 hanya terlopong kehairanan. Siapa yg mereka perlu tolong..? Orang yang dikejar atau yang mengejar?

Penyakit mental atau 'gila' boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja. Malah golongan profesional pun tidak terkecuali.Apakah tindakan yang harus dibuat? Nak diberhentikan kerja rasanya bukan alasan memandangkan golongan ini masih boleh menggunakan kepakaran yang mereka ada dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari tatkala berada dalam keadaan normal. Mereka ini akan bekerja seperti manusia normal yang lain selagi mana tiada faktor2 yang mengganggu emosi mereka dan juga selagi mereka patuh (compliant) dgn pengambilan 'antipsychotic' yg mampu menolong menstabilkan kecelaruan pemikiran mereka.



Apakah yang menyebabkan golongan ini mengamuk atau bercakap seorang diri? Tanda-tanda ini menunjukkan mereka mengalami 'psychosis'. sedikit info tentang psikosis..

Psikosis:

Mereka yang mengalami penyakit psikosis mengalami perubahan yang amat ketara di dalam pemikiran, perasaan dan tingkah laku mereka. Kewarasan mereka juga terjejas Penderita akan berasa keliru dengan mengalami suara-suara ghaib berkomunikasi dengan mereka. Ia dikenali sebagai halusinasi. Mereka juga mempunyai kepercayaan pelik yang tidak dikongsi oleh orang lain dan menyebabkan reaksi melampau dari pesakit berkenaan. Ia dipanggil delusi. Antara contoh delusi ialah - ada orang mahu menganiaya atau berbuat jahat kepada mereka menyebabkan mereka bertindak menyerang orang yang disyakinya secara membahayakan

Mereka mungkin bercakap dengan merapu / mengarut; berkelakuan aneh seperti bercakap seorang, ketawa atau marah dengan tiada bersebab.
Contoh psikosis yang sering dialami adalah:

1)Schizophrenia :
+ Antara ciri utama ialah: halusinasi; delusi; kecelaruan pemikiran, kecelaruan pertuturan dan tingkah laku. Prestasi kerja mereka juga merosot dengan ketara.

2)Kecelaruan manik-depresif (bipolar):
+ Penyakit ini mengakibatkan mereka mengalami perubahan ketara dari segi emosi. Mereka sering hilang kawalan dan menjadi terlalu gembira (fasa manik) atau terlalu sedih (fasa kemurungan).

Apa yang menyebabkan berlakunya penyakit mental?

Penyebabnya tidak diketahui dengan tepat. Kajian masih dijalankan untuk memperincikan punca sebenar penyakit ini. Namun terdapat beberapa faktor yang menyumbang terjadinya penyakit mental.

  1. Faktor genetik/ keturunan:
    • Ahli di dalam keluarga yang mempunyai sejarah penyakit mental berisiko lebih tinggi berbanding populasi yang tiada sejarah penyakit berkenaan.

  2. Gangguan bahan kimia dalam otak:
    • Bila bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik gejala penyakit mental akan muncul. Sebagai contohnya:
      • Schizophrenia: Penghasilan dopamin secara berlebihan
      • Kemurungan: Paras serotonin terlalu rendah
      • Mania: Paras serotonin meningkat secara melampau
      • Kebimbangan: terdapat gangguan di dalam pengeluaran dan fungsi noradrenalin

  3. Jangkitan virus:
      • Mengikut kajian ada penyakit akibat jangkitan virus telah dikaitkan dengan kemunculan penyakit mental.

  4. Sejarah hidup yang getir:
      • Sebagai contoh: mengalami proses kelahiran yang sukar, kehilangan ibu bapa semasa kecil, terlalu banyak mengalami cabaran hidup yang sukar

  5. Keadaan sosio-ekonomi yang rendah:
      • Faktor kemiskinan, tiada kemudahan asas atau keganasan di dalam masyarakat boleh meningkatkan masalah penyakit mental.

Wallahua'lam. Mudahan diri kita, keluarga dan keturunan kita dihindari dari mengidap penyakit ini. Nauzubillah..

Wednesday, October 15, 2008

KEMATIAN BEGITU DEKAT..Alfatihah buat Monaliza..

Pada mulanya aku enggan menulis kerana my dissertation proposal belum siap lagi.. namun sejak Kebelakangan ini, terlalu banyak perkara yang telah membuatkan aku terkedu, yang telah menyentak diriku dari mimpi, untuk bangkit berfikir dan mengingati Allah S.W.T.

Kalau dulu, para doktor diajar tentang cancer epidemiology...mostly affected those > 50 year old...terasa diri ini selamat dan jauh dari penyakit...namun hakikat sebenarnya yang berlaku di arus kemodenan ini tidaklah begitu..carcinogen is everywhere, orang muda begitu ramai mengidap kanser yang biasanya dihidapi oleh golongan separuh abad..

1) 13 syawal/oct...aku dikejutkan dgn berita kematian rakan sekelas sewaktu di matrix usm di STAR. Innalillah..sedih dan Hiba bila kubaca coretan fendiosman . Dengan umur yang begitu muda telah dihidapi penyakit cancer cervix stage 4 yang telah menular ke ovary, kidney and lungs.. Mudahan rohnya ditempatkan bersama para solihin dan mudahan suami dan keluarganya tabah dengan dugaan ini.


Arwah Monaliza Hamzah..memang seorang yang baik,lemah lembut pertuturannya dengan suara yang serak2 basah dan tak pernah berkasar apatah lagi menyakitkan hati orang lain..Alfatihah..

2)Itu kisah seorang kawan...ada lagi kisah bahana cancer termasuklah ahli keluargaku sendiri. kakak iparku..Noraini Ahmad..Dalam umur yang baru melangkah 39 tahun (tahun lepas) beliau disahkan mengidap colonic cancer (Kanser usus), yang akhirnya terpaksa dibedah untuk dibuang separuh daripada ususnya dan diberi rawatan chemotherapy sebanyak 12 cycle.dan kini barahnya telah merebak ke hati..beliau kini semakin cengkung dan cengkung dan kurus kering..dari sehari ke sehari kuperhatikan keadaannya makin lemah.Apa yang menyedihkan aku..ANAK2.. apakah nasib 10 orang anaknya, yang sulung baru di matrix dan yang bongsu 3 tahun..abangku bertungkus lumus bekerja di welding dan dalam masa yang sama terpaksa menguruskan anak2..Sesungguhnya tiada lagi rawatan untuk penyakit kanser apabila sudah mencapai ke tahap yang serius..hanya DOA,traditional treatment, ikhtiar, kekuatan, semangat, dan sokongan ahli keluarga yang diperlukan..Dengan pertolongan Allah, nothing is impossible dan sesuatu yang miracle boleh berubah dengan doa..

3)Pada pagi syawal yang lepas..abangku telah menerima anak saudara baru kerana kakak iparnya telah melahirkan seorang bayi comel.Oleh kerana bayinya tak cukup bulan, terpaksalah dimasukkan ke dalam NICU. Ibunya dibenarkan pulang untuk berhari raya..pada petang 2 syawal (8 mlm) aku dikejutkan dengan berita kematiannya..bukan baby, tetapi mothernya yang baru hari ke 2 melahirkan anak..Sekali lagi aku terkesima. Dengan umur yang baru mencecah 33 tahun, anak 3 orang..yang sedihnya anak kecilnya masih dalam NICU yang amat memerlukan sokongan ibunya utk terus melihat dunia fana ini. Pada malam itu juga aku terus bergegas ke rumahnya di Jalan Tok Uban Pasir Mas.....Sesampainya aku di sana,aku begitu sebak melihat ibu arwah yang berlinangan air mata sehingga tidak boleh berkata-kata kerana terkejut dgn kematian anaknya yang jauh lebih muda daripadanya. Bertambah hiba apabila aku melihat anak arwah yang darjah 2 itu mengesat air mata berada di sisi arwah. aku berkesempatan membacakan yassin disisi arwah..kubuka kain putih yang menutup arwah utk menatap wajahnya...SUBHANALLAH...wajahnya tersenyum manis umpama sedang tidur, begitu manis sekali, bersih dan tenang...lantas ku teringat malam tersebut malam jumaat(hari khamis, mlm jumaat) dan matinya adalah mati kerana melahirkan...matinya tiada hisab...mudah-mudahan rohnya berada bersama orang2 soleh yang matinya tidak dihisab..

Sekian dulu coretanku...semoga kita semua sama-sama mengingati mati...sesungguhnya mati itu begitu dekat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sudi-sudilah tinggalkan kenangan di sini. Moga Ukhuwwah berpanjangan..TQ

PERMATA HATIKU....