music

Monday, September 7, 2009

Hari Ini, Rumah Dan Tupperware..

HARI INI hari cuti umum 17 ramadhan sempena menghormati hari Nuzul Quran. Peristiwa ini telah berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Al-Quran pula adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ia memberi makna terlalu besar kepada umat Islam.jadi memanglah wajar hari ini disambut oleh semua umat Islam..



HARI INI hari yang agak meletihkan kerana terpaksa berkemas dan menyediakan lauk-pauk untuk 2 buah rumah, separuh hari di rumah mentua dan separuh hari lagi di rumah sendiri. Setelah 2 minggu meninggalkan rumah kerana mengerjakan umrah di Tanah suci Mekah, rumah yang ditinggalkan penuh debu, tahi cicak dan peti ais pun mula dipenuhi kulat2 yang tidak diundang beserta dengan aroma bau yang rasanya semua orang sedia maklum. InsyaAllah...esok mereka akan balik...jadi kami akan menyambut mereka bukan sekadar dengan diri kami tapi dengan rumah yang bersih.



HARI INI mata tidak puas memandang deretan Handy cool di tepi pintu peti ais kami. Dah sekian lama teringin nak tukarkan botol2 air lama dengan botol air tupperware tapi almaklum je lah harga setiap satu tupperware ni boleh tahan jugak. Bila jumpa handy cool 1 liter ni dengan harga promosi yang agak berpatutan, aku tidak melepaskan peluang ni dan telah membelinya sebanyak 4 biji dengan harga ahli RM 80 lebih total...hmmm rasa puas hati...hadiah untuk diri sendiri..lagipun beli dengan duit sendiri...:). Aku ni memang peminat tupperware...rasa berbaloi beli walaupun harganya agak mahal jika dibandingkan dengan bekas2 plastik yang lain. tapi kata orang alah membeli tapi menang memakai...


Deretan handy cool warna kuning 4 set di bahagian atas untuk simpanan air masak yang disejukkan. 2 handy jug kat bawah tu yang dah lama...untuk simpan minuman kegemaran anak2, air oren dan tea o atau sirap..

Botol2 air lama yang digunakan sebelum ni untuk diposkan ke kampung..

Antara koleksi tupperware untuk kegunaan harian...banyak lagi yang tersimpan..

dalam kabinet dapur pun penuh dengan tupperware...


HARI INI dan hari-hari seterusnya...beginilah keadaan rumah menjaga 2 heroes yang semakin membesar. Mainan yang bersepah tidak boleh dikemaskan kecuali waktu mereka tidur.. Nak berjalan pun susah. Bila bangun jer dari tidur cari mainan balik dan sepah2kan semula..kalau mainan2 ni disimpan, habis barang2 dapur,sofa, kusyen dan barang2 rumah lain akan jadi mainan mereka. Aduhai...walau apapun hati tetap gembira kerna di sebalik rumah yang bersepah dan selerak inilah wujudnya wajah2 insan tersayang.... Andai rumah kemas dan rapi itu tandanya mereka tiada di sisi... wallahua'lam.


Realiti keadaan rumah yang bersepah most of the time.


P/s : Catatan ini adalah catatan semalam,7 september, hari Nuzul Quran, tapi hanya berkesempatan poskan hari ini sebab semalam 2 heroes telah datang mengoffkan my PC dan menarikku untuk temankan mereka menonton TV. Papanya on call dan kalau ada papanya pun tak boleh entertain mereka seperti dulu lagi kerana sibuk menyiapkan dissertation.

Mudahan diberkati Allah hendaknya...


Wednesday, September 2, 2009

Pergi Tak Kembali..





Semalam aku telah jalankan post-mortem ke atas 3 bodies. Semuanya muda, Melayu dan ketiga-tiganya penunggang motorsikal dan telah meninggal di tempat kejadian. Sorang lelaki, 27 dari Bachok, sorang lagi wanita, 30 juga dari Bachok dan yang terakhir pelajar Sek Men Panji, lelaki ting 4. Bila dah biasa berurusan dengan jenazah ni, hati dah makin kebal dan perasaan pun makin kurang rapuhnya. Namun bila memandang ahli keluarga...anak2 kecil yg kehilangan ibu dan ibubapa yang kehilangan anak dalam sekelip mata , hati menjadi sayu. Alangkah sedihnya bila anak yang ditatang bagai minyak yang penuh sedari kecil telah pergi tanpa diduga dengan begitu pantas sekali. Melihatkan ibubapa yang menahan sebak..hati hanya mampu berdoa agar mereka dikurniakan ketabahan.



Begitu berbeza sekali keluarga muslim menerima hakikat kematian berbanding dengan keluarga non-muslim. Alhamdulillah...itulah kelebihan seorang Islam yang penuh redha menerima ketentuan Ilahi kerna apa yang kita ada di dunia ini hanyalah pinjaman semata. Walau sesayang manapun kita padanya, sampai masanya akan pergi jua sama ada lambat atau cepat sahaja.



Kepada pengunjung blog ini yang menunggang motorsikal harap lebih berhati-hati di jalan raya. Memang kita tidak mampu menolak ajal tapi sekurang-kurangnya kita berwaspada kerana di jalan raya kita adalah golongan yang berisiko tinggi atau vulnerable.



p/s : tapi kebanyakan kes yang diterima, kesalahannya pada penunggang kenderaan besar dan juga kereta. Mereka kurang memandang motor2 semasa cross junction atau cross road..kesian orang yang bermotor, menjadi mangsa kecuaian orang lain.



Tuesday, August 25, 2009

EVOLUSI PENGHAYATAN RAMADHAN..(cerita Ramadhan bab1)

Assalamualaikum dan Selamat meneruskan ibadah puasa kepada pengunjung blog yang beragama Islam...





Suatu ketika dulu Ramadhan sangat dinanti-nantikan kerana dengan tibanya Ramadhan menunjukkan raya dah dekat..itulah yg berada dalam fikiran seorang budak2. Rasanya almost every children akan berfikiran begitu. Apa tidaknya kerana zaman dulu hanya sekali setahun dapat merasa baju baru dan sekali setahun jgk dapat kumpul duit dengan jumlah yg agak byk yg mana tak akan dapat merasanya pada hari2 biasa. Maka puasa dilalui sepenuhnya seawal standard 1 semata-mata untuk beraya sakan. Tambahan pula, mak kata kalau sesiapa berpuasa penuh baru dapat raya...dengan begitu bangganya dapat bercerita pada kawan-kawan kerana dapat berpuasa penuh dan yang paling gembira dapat pujian daripada ahli keluarga, mak, ayah, kakak2 dan abang2. Itu adalah faktor pendorong kanak-kanak...



Dalam usia 8-9 tahun, tujuan berpuasa agak berlainan...mungkin tidak ada pada fikiran orang lain tapi inilah yang ada dalam fikiranku suatu masa dahulu. Aku berpuasa waktu tu untuk kumpul pahala untuk diberikan pada mak dan ayah... Orang kata (tak boleh quote siapa yang kata sebab dah lupa...) budak-budak yang belum akil baligh berpuasa tak akan dapat pahala kerana belum ada buku catatan dosa dan pahala...sebaliknya segala ibadah akan diberikan pahala untuk ibubapa dan segala dosa akan ditanggung oleh ibubapa. Fuh...kenyataan ini begitu memberi kesan pada diriku. Dek kerana kesiankan mak dan ayah yang bekerja keras siang dan malam untuk cukupkan makan pakai 11 org anak, aku berpuasa utk beri hadiah pahala kepada mereka. Walaupun begitu letih dan dahaga kerana terpaksa berjalan kaki sejauh 2 batu dari rumah ke sekolah..namun diri tekad tidak akan berbuka puasa kerana takut mak ayah mendapat dosa...



Bila umur makin meningkat...dalam 10 tahun dan ke atas, corak pemikiran pun makin berubah...Tujuan berpuasa pun of course berubah. Waktu tu diri tekad berpuasa untuk mendapat kasih sayang Allah. Ustazah kata kalau kita mahu berjaya dalam hidup kita mesti berdoa pada Allah s. w.t , dan sebelum Allah menunaikan hajat kita, kita mestilah buat dulu apa yang Allah suruh. Bila Allah sayang maka dapatlah apa yang kita mahukan. So..apa lagi...memang banyak sangatlah benda yang ingin diminta. Antara perkara yang sentiasa didoakan lepas sembahyang adalah....nak jadi budak terpandai, nak dapat no 1 dalam kelas, nak cemerlang dalam setiap peperiksaan dan nak capai cita2 untuk jadi orang yang berpangkat besar dan bergaji besar agak dapat tolong mak, ayah dan ahli keluarga...main pun main jugak, tapi hasrat hati tetap besar sejak dari kecil lagi. Maka setiap tahun bila dapat berpuasa penuh terasa puas hati kerana telah mendapat kasih sayang Allah...Waktu ni hati tetap rasa bangga tapi tidak diluahkan kerana dah mula paham bahawa ibadah yang dibanggakan tak akan dapat pahala. Hati terasa damai kerana merasakan diri dikasihi Allah, sementelah pula apa yang didoakan untuk dapat no 1 dan jadi budak pandai memang menjadi realiti.......



Bila diri meningkat dewasa di alam sekolah menengah dan universiti, cabaran dalam hidup makin meningkat. Konsep berpuasa masih berlegar ditakuk lama yakni mendapat kasih sayang ALLAH yang optimum bagi melepasi segala rintangan dalam hidup tapi bukan lagi fokus duniawi sahaja malah untuk akhirat juga... Seiring dengan peningkatan usia, maka minda pun makin terbuka luas...Bulan puasa disambut lebih girang lagi kerana merasakan itulah bulan bonus tahunan. Setiap amalan akan digandakan. Masa dihabiskan untuk perbanyakkan amalan. Sembahyang sunat diperbanyakkan...Quran diulang baca kerana setiap huruf yg dibacakan akan digandakan pahalanya. Doa dan doa berulang kali apa sahaja yang dihajati dan yang terlintas di hati..


Berbaju biru, sedang tekun menjawab soalan peperiksaan semasa sekolah menengah


Kini...usia makin meningkat. Life is very busy..anak2, suami, ibubapa (sendiri dan mentua), kerjaya...semuanya perlu diuruskan dengan bijak..Ibadah puasa masih perlu dijalankan dengan baik.. Namun adakah penghayatan Ramadhan masih tetap sama seperti cerita2 di atas? Hmm... zaman berubah..takkan pemikiran tidak berubah...bagaimana pula penghayatan Ramadhan pada usia begini dan dengan kesibukan begini? Nampaknya perlu bersambung dalam cerita Ramadhan bab2..



Sesungguhnya apa jua yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan dan kedhaifan diriku sendiri. Cerita di atas sekadar berkongsi. Mudahan ada manfaat untuk semua. SELAMAT BERPUASA. Wassalam.

Monday, July 27, 2009

Menggamit memori di Kangar, Perlis

Hospital kangar merupakan tempat di mana bermulanya kerjayaku sebagai seorang Pegawai perubatan yang bertauliah. Seusai pengajian, kami diberi 3 pilihan tempat idaman utk memulakan tugas masing2. Jadi, Hospital kangar merupakan salah satu daripada 3 pilihan tersebut. Tapi, bukan pilihan pertama.... Ramai yg tanya kenapa kami pilih Kangar....? banyak sebabnya hanya satu yg dapat ku berikan di sini...Aku memang sukakan kedamaian, namun ini bukan bermakna aku tidak sukakan cabaran...tapi CABARAN dalam KEDAMAIAN.



Al-Hamdulillah...My housemanship there berlalu uneventful...Boleh dikatakan kangar is very nice place utk mulakan kerjaya, dengan kakitangannya yang baik..persekitaran yg bagus..pendekkata...very good working environment. Cuma 1 perkara yg aku betul2 tak puas hati adalah houseman quarters yg begitu tidak terurus. Dah le bangunan lama...rasa nak pengsan pun ada bila pertama kali buka pntu quarters...macam sarang tikus pun ada...alahai...sedihnya para Doktor ditempatkan di tempat sebegitu. Bertungkus lumus la aku dan keluarga membersihkan 'sarang' tersebut agar boleh didiami oleh makhluk manusia. nak sewa rumah lain pun poket kosong lagi...



Sebaik sahaja mendapat gaji aku dan suami meninjau-ninjau rumah sewa...lastly kami tinggal di rumah teres ,sebuah Taman di jalan bukit besi hangit..Ini je nama yg boleh ingat, nama taman pun dah tak boleh recall..Terasa happynya waktu tu ..pertama kali ada rumah, baru terasa macam hidup berumahtangga..(walaupun rumah sewa..). Waktu tu la kami berjiran dengan K Mah ni ..yang juga org kelantan. Tq K mah for being a very nice neighbour to us and sekaligus jadi kawan..;)



Jadi utk tidak menghampakan K Mah, aku postkan gambar2 semasa kami ziarah rumah mereka pada bulan Jun yang lalu..




Tapi sekarang K Mah bukan lagi tinggal di rumah teres tersebut tapi di rumah banglo yang cukup besar..cantiknya rumah K mah...Tq la sebab sudi melayan geng terjah kami yg boleh dikatakan agak mengejut sbb unplanned.



Berposing di bahagian gate depan rumah k mah..tengok tu reaksi hashairi...asyik menikmati kecantikan rumah K mah..



Sempat bergambar kenangan dengan K mah(ke 3 berdiri dari kiri) dan keluarga... rindunya pada orang2 Perlis nih.. teringat Wang Klian dan Padang besar. Syoknya shopping kat sana.

Bila sampai aje di perlis memang tak banyak perubahan, cuma Hospitalnya banyak sangat berubah. dah ada bangunan baru...namapun dah ditukarkan kepada Hospital tgku fauziah. Tak sempat merakam gambar...Cuma apa yg aku harapkan agar hostel utk penempatan houseman pun turut berubah..kesian Doktor2 yg kena bertugas kat sana...Nakkan khidmat mereka tapi tempat tinggal mereka tak terjaga...


Then, selepas pulang dari rumah K mah kami ke Kuala perlis utk makan ikan bakar kuala perlis.. Ikan bakar perlis ni memang kegemaranku, rasanya lain dan memang best...

InsyaAllah ada masa aku akan ke sana lagi...

"Hidup itu indah andai kita lihat dari sudut yang indah...Jadikan segala kesusahan atau masalah sebagai pembuka peluang untuk kita menepa kejayaan.."
" sesungguhnya alam itu benar2 indah..andai ada yang mengatakan alam itu tidak indah sebenarnya hatinya yang tidak indah.."

Wallahua'lam




Tuesday, July 14, 2009

Gelang kristal buat tatapan tetamuku

Mengumpul pelbagai bentuk gubahan gelang kristal memang menjadi kegemaranku. Tambahan pula ahli keluargaku ramai berbakat dalam menggubah gelang kristal ni. Antara rekabentuk yg menambat hatiku ada ditunjukkan di sini... pilihla mana2 yang berkenan di hati anda ya..













Untuk mendapatkan info detail dan pilihan2 gelang kristal yang lain bolehla mengunjungi laman blog ini...gubahan gelang kristal ita . Selamat menjamu mata... Assalamualaikum.

Thursday, July 2, 2009

To share design 'Rumah Contoh'

Last Weekend, kitaorang aku dan Ita's Family berkunjung ke sungai Petani - Bandar HPA. lepas menikmati RFC (Radix Fried Chicken ) kami meninjau taman2 perumahan yg dibina di sekitar Sg petani. Banyaknya rumah dalam pembinaan.

Kami ke sebuah taman perumahan yg ada show house...(tak perlu sebutla nama pemajunya..bukan nak promote pun..:)), just want to share...cantik gak. bolehla kalau nak dapatkan ilham utk design rumah idaman kita.

Ini gambar from front gate..tiang2 dan dinding rumah ditampal ngan simen berbentuk batu,menyerlah konsep yg agak classic.


Kat sebelah ni pintu masuk ke bilik tidur utama. sebelah kiri pintu masuk disediakan ruang untuk wardrobe...nak buh baju banyak mana pun boleh...



di depan wardrobe ni ada bilik air yg begitu luas dan selesa..




Dinding berjaring ni merupakan pemisah antara dining room dengan ruang tamu. nampak begitu classic sekali. Apa yang begitu menarik bagiku adalah bumbungnya yg tinggi dan gaya tingkap yang menjunam...



Ini merupakan salah satu perabot pasang dalam salah satu biliknya...memang show house ni suka buat orang berangan. Everything yang diletakkan semua cantik2..memang kena dengan konsep rumah di setiap ruang...we should learn about it...so, tak payah ler nak upah interior designer utk design utk kita...alaa...ada duit semua boleh jadi...



Ini katil yang diletakkan di bilik tidur utama. Simple tapi nampak menarik..



Lebih cantik lagi bila diserikan dengan 3 orang budak comel nih



dari kiri, Iqbal (anak ita), LUTFI (my son ) and Fatin (anak ita)





Ini merupakan pandangan dari sisi....

Cantik tak? Simple dan kemas...


For me..its nice..
Kepada sesapa yang berhasrat nak buat rumah yang simple tapi catchy...yup ..bolehla tiru konsep ni.

Monday, June 29, 2009

Menghitung Hari..

Genap 2 minggu menimba ilmu di negeri orang...PULAU PINANG atau dikenali juga sebagai Pulau Mutiara. Jauh dari suami dan anak-anak ditempatkan di rumah adik di Tasek gelugor. Kini sedang menghitung hari untuk habiskan 6 minggu lagi posting di Forensic Department, GH Penang. Terasa benar-benar Rindu dengan kehidupan biasa di rumah sendiri,di tempat sendiri bersama anak2 dan suami. Sabar ajela...


Sempat snap gambar di jambatan kebanggaan malaysia, Jambatan pulau Pinang...


Bersama K Faez meneroka selok-belok jalan di Penang. Beginilah realitinya traffic di sini..But it is still okay...sill movable..some say that if u can drive in penang..u can drive everywhere..Betul Ke? Okay..i'll try..


Bersama Dr Murali, MO Forensic GH Penang. Dialah yg banyak beri tunjuk ajar on how to do post mortem. Well...thanks alot Murali.


Di sinilah kehidupanku dihabiskan setiap hari untuk tempoh 2 bulan ni. Jangan tertipu dengan rumah banglo yang tersergam indah ini kerana di dalamnya terdapat 1001 misteri untuk dibongkar. Inilah Mortuary merangkap jabatan Forensic GH Penang. Cantik...

Harapnya aku akan pulang bukan sahaja dengan penuh ilmu forensic di dada bahkan dengan penuh keinsafan dan banyak mengigati MATI. Walau di mana kita, apa pangkat kita...di sinilah pengakhirannya...






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sudi-sudilah tinggalkan kenangan di sini. Moga Ukhuwwah berpanjangan..TQ

PERMATA HATIKU....