music

Monday, May 10, 2010

Pokok Bunga Pembunuh!

Ada sesuatu untuk dikongsi...tentang pokok keladi hiasan kegemaranku.. I like this plant because it is simple and beautiful. Tak sangka pula rupa-rupanya begitu berbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian sekiranya kanak-kanak termakan daun pokok ini. Awas! harap berhati-hati semua... sila baca details on this plant...

The name of this plant is dumb cane.
Botanical name: Dieffenbachia
Family:Araceae
Malay Name: Pisang Tanah
Dumb cane is a common potted plant in Malaysia. It has a thick, green stems and is less than a meter high.The leaves are oblong, 25 to 30 cm long and spotted with white and light green.This plant originates from central and south America. Several species are found in Malaysia, growing wild, and as potted plants in homes and gardens.

All parts of the plant contain an extremely irritating juice. Its active toxic principle is protoanemonine.

Dumb cane can cause severe irritation and inflammation of the oral cavity when any part of the plant is chewed.It may cause fatal poisoning through suffocation, as a result of the swelling of the pharynx and larynx. Dumb cane is a cause of child injury, particularly to the eyes when its sap squirts onto the eyes while plucking this plant. It will result in intense pain, diffused oedema of the eyelids as well as large abrasions of the corneal surface.

more details about this plant can be read HERE

Tuesday, May 4, 2010

Kongsi Kabinet

Makin hari semakin banyak pinggan mangkuk yang perlu dimasukkan ke dalam kabinet. Almari hiasan yang ada sudah sarat dengan muatannya. Maka tercetuslah idea untuk tambah satu lagi kabinet di ruang makan agar barang-barang kesayanganku dapat disimpan di tempat yang sepatutnya. Pada awal April kabinet ini telah siap dibina setelah 2 minggu tempahan dibuat melalui handphone tauke Indah Pakar Perabut yang didapati daripada seorang sahabat..
Warna koko gelap menjadi pilihan agar sama dengan warna almari hiasan kat sebelahnya. Ada juga pendapat yang mencadangkan agar aku menambah almari hiasan 1 lagi yang boleh didapati di mana-mana kedai perabut...mungkin lebih jimat..bukannya tak setuju tapi aku lebih suka mengoptimumkan penggunaan ruang.. dengan adanya kabinet ni, maka ruang di atas kabinet bawah ni bolehla diletakkan air minuman, gelas ataupun makanan ringan tatkala mengadakan jamuan..
Inilah almari hiasan yang telah sarat dengan muatan. Semua pinggan mangkuk ni bukan pameran semata tapi sentiasa digunakan...maklumlah kami ni berkeluarga besar. Setiap kali adik beradik atau sedara mara datang ziarah, pasti kami akan berjamu selera... tak kira lah masak sendiri ke, atau makanan tunjuk-tunjuk, tempah-tempah ke, tapi jamuan tetap menjadi...orang kata tetamu datang membawa rahmat, jadi apa salahnya sediakan juadah makanan sebagai berterima kasih dengan rahmat yang dibawa ke rumah ini...
kabinet dapur ni telahpun berumur hampir setahun... bahagian bawah tu telah tersedia ada semasa membeli rumah ini. Cuma bahagian atas dan dapur sahaja yang kami tambah. Warna brown ni just follow warna kabinet bawah. Lagipun warna ni memang warna kegemaranku..so apa salahnya.. kain bidai pada bahagian kanan ni pun berwarna brown..nampak orangy sebab cahaya. Bidai ni ditempah dari Paka.

Sekadar berkongsi untuk sahabat maya yang mempunyai minat yang sama dalam mendekorasi rumah. InsyaAllah andai ada kelapangan nanti, label dekorasi rumah akan sentiasa diupdate..
Mudahan ada manfaatnya.. wallahua'lam.

Saturday, April 17, 2010

LEBIH LETIH TAPI MENDAMAIKAN...

Bermula 2 April 2010, kehidapan kami berubah kerana ketiadaan pembantu rumah. Pembantu rumah yang dulunya agak 'OK' namun tiba-tiba bertukar perangainya apabila terlalu 'homesick'. Sudah hampir 3 tahun dia bersama kami... Ingin pulang dengan alasan mahu menyelesaikan masalah besar dalam keluarga yang telah membuatkan jiwanya kacau. Wallahua'lam...Sangkaku sempatlah tunggu sampai suami selesai exam..

Anak yang ke-2 belum lagi masuk 3 tahun tapi terpaksa masuk belajar sekelas dengan abangnya yang berumur 4 tahun...Dalam masa 2 minggu Baihaqi dilatih untuk ke sekolah. Pada hari pertama, jiwa keibuan berirama syahdu bila melihat anak menangis teresak-esak, lari hingga terhantuk di kerusi kerana enggan ditinggalkan di preschool...

Hati mama mesti tabah..pelbagai pujukan dan ganjaran telah diberi dari sehari ke sehari... Consequently, hampir setiap hari mereka dibawa ke "Ten Ten" depan HUSM. Itulah permintaan mereka...hampir semua mainan di Ten Ten telah mereka miliki. Pekerja-pekerja ten-Ten pun sudah kenal dan mesra dengan Lutfi dan Baihaqi..:)


Inilah mereka di hari lahir Abangnya yang ke-4. Sambut birthday abang tapi semua hadiah yang abangnya dapat adik yang bolot. Semua jadi kepunyaan adik...abang terpaksa meminta izin adik untuk bermain.

Apabila anak-anak sudahpun mengadaptasikan diri masing2 dengan persekolah, kehidupan menjadi semakin damai walaupun letih yang amat... Kerja2 rumah yang tiada kesudahan ini tidak perlu diceritakan satu persatu kerana setiap ibu memang arif dengan perkara ini. Terpaksa korbankan masa rehat sendiri untuk settle segala keperluan keluarga. Namun apa yang ingin dihighlightkan di sini, kehidupan menjadi semakin indah...tiada orang lain dalam keluarga, suami bebas di rumah sendiri, anak-anak tiada pengaruh lain selain kita, tiada pandangan-pandangan yang menyakitkan mata, anak semakin mendengar kata, perbelanjaan bertambah jimat, kekerapan ke kedai untuk membeli keperluan berkurangan dan penggunaan elektrik juga semakin jimat... Alhamdulillah...ada hikmahnya. semua itu sampingan sahaja, tapi Apa yang lebih penting hati lebih tenang dan damai.


Kek hari Lahir Lutfilhadi yang ke 4. 'Harapan Mama...dengan peningkatan umur anakku ini dapatlah mengurangkan sikit ragamnya tatkala nak ke sekolah setiap pagi...'Ya Allah, Hanya Allah yang tahu betapa ia menguji kesabaran seorang ibu setiap kali menyiapkan anak-anak ke sekolah. Baru 2 anak, tapi disebabkan ragam yang berlainan, telah mengambil masa lebih 1 jam utk menyiapkan mereka ke sekolah. Hampir setiap hari mama lewat ke tempat kerja...:(


Gambar laksa & laksam ni telah diupload ke blog dalam minggu lepas tapi tak berkesempatan nak memulis tentangnya. Jamuan laksa dibuat sempena majlis solat Hajat dan doa selamat untuk suami yang akan menduduki peperiksaan pada minggu depan. Laksa dan laksam lemak memang synonim dengan masyarakat Kelantan. Makanan ini memang sntiasa dirindui oleh orang-orang kelantan yang berada di perantauan... Dijemput rakan blogger untuk menikmati Laksa ini...memang best sangat!

DOAKAN AGAR KEHIDUPAN KAMI SEKELUARGA DIBERKATI ALLAH. DOAKAN JUGA SUAMI LULUS EXAM AGAR BEBANAN KERJA MAMA BOLEH DIKONGSI..

Tuesday, March 30, 2010

MANISNYA DI HARI LAHIR 33



Pada 28 Mac 2010, genaplah umurku 33 tahun. Umur yang bukan lagi boleh dikategorikan sebagai muda remaja..:) Terasa masa berlalu begitu pantas sekali. Pejam celik sudahpun berada pada usia begini. Rasanya baru sahaja meninggalkan alam persekolahan...

Tahun ini merupakan kali ke-10 aku meraikan birthday bersama orang tersayang yang bergelar suami. Maknanya sudah 10 tahun jugalah usia perkahwinan kami.. namun, tahun ini merupakan tahun yang amat gembira dalam hidupku dalam konteks birthday celebration... Apa tidaknya, tidak pernahku menerima kejutan sebegini. Seorang florist telah membawa sejambak bunga ros merah ke Jabatanku dan mencari Dr Wan Faiziah untuk menerima jambangan bunga istimewa daripada orang yang tersayang.. heboh satu department... rasa malu pun ada, terharu pun ada.. dan yang paling ketara rasa bertuah kerana dikurniakan seorang suami yang menghargai dan menyayangi diri ini.. Inilah kali pertama aku menerima jambangan bunga di hari lahirku.. bagi orang yang sudah biasa menerimanya mungkin ia sudah menduga dan tiadalah kejutannya.. tapi bagi yang tak biasa, ia adalah diluar jangkaan. Itulah nikmatnya..

Bukan itu sahaja, sesampai sahaja di rumah, aku dihadiahi handbag baru jenama VERN berwarna hitam. Katanya, " handbag yang mama ada agak kecil, berat dan hampir putus sudah talinya... Abang belikan handbag yang ada poket kiri dan kanan agar tak tercari-cari handphone atau kunci dan yang paling penting boleh selitkan pampers anak.." Alhamdulillah... terasa syukur sangat kerana sekurang-kurang suami sudah pandai membeli sesuatu mengikut citarasa dan pandangannya. Of course aku terlalu gembira menerima sesuatu pilihan seseorang walaupun kekadang tidak selari dengan citarasaku. Aku suka dengan apa jua pemberian orang kerana yang pasti ada kelainannya..


Petangnya, suami bawak balik kek pula yang tertulis di atasnya SELAMAT HARI LAHIR MAMA. Bersorakla anak-anakku kerana terlalu excited melihat kek tersebut.. Aduh abang..siapalah yang nak habiskan kek yang agak besar nih.... Disebabkan kat rumah terlalu banyak makanan yang dibeli di JOM HEBOH sehari sebelum tu, maka abang menjemput anak-anak buah untuk datang meraikan mini birthday celebration ini. Dengan bihun goreng, pelbagai junk food such as mister potato, jacker, mamee, double decker dan dutch lady milk perisa strawberry yang merupakan penaja2 utama yang didapati dari gerai JOM HEBOH ni maka jadilah majlis hari lahir tanpa dirancang yang begitu manis untuk diingati...:)

TERIMA KASIH SUAMI DAN ANAK-ANAKKU, AHMAD LUTFILHADI DAN AHMAD BAIHAQI KERANA MEMAHAMI DAN MENYAYANGI DIRI INI SEADANYA...

Monday, March 8, 2010

PEMILIK CINTAKU..


Suamiku,
Dilafaz lancar sebuah akad
Setulus hati mahar diberi
Terangkat sudah segala penyekat
Diriku kini kau miliki

Dalam keterharuan
Airmata ibu berguguran
Ayah sebak melepaskan
Puterinya kini kau jagakan

Suamiku,
Jika diriku diterima kerana kelebihan
Kau kan kecewa bila terlihat kekurangan
JIka diriku diterima kerana kecantikan
Kau kan bosan bila ia beransur hilang

Aduhai suamiku,
Jelaskanlah niat dan matlamat
menerimaku kerana agama
Barulah hidup beroleh berkat
Bahagia hingga ke syurga

Ketahuilah suamiku,
Kaulah pemilik cintaku
Setelah Allah dan Rasul
Suluhkanlah buatku
Jalan menuju yang satu

Suamiku,
Kita dua insan berbeza
Cita dan cinta yang sama
Jadilah dirimu sebenarnya
Terimalah diriku seadanya

Suamiku,
Asam garam rumahtangga
Khilaf dan salah pasti ada
Sama2lah berlapang dada
Pemula maaf paling mulia..

Telah usai membaca buku 'Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul' karya Fatimah Syarha di awal bulan Februari yang lepas. Sebuah bingkisan yang cukup menyentuh hati mengisahkan pencarian Cinta Qanaah yang mengenepikan cinta pada manusia sebelum waktunya dan akhirnya bertemu jodoh dengan seorang doktor yang alim...sekaligus menjadi doktor hatinya dunia dan akhirat...

Sedikit perasaan cemburu menghantui diri seusai membacanya.....:) Bukan kerana Qanaah mendapat suami yang baik.. tapi cemburu dengan kebolehan penulisnya menyusun kata menjadikan sebuah buku yang ringkas tapi berkesan... Itu memang kebolehannya. Cerita sebegini telah ku karang dalam memori ini sejak di awal perkahwinan dulu..tapi hanya tercatat rapi dalam kamus peribadi. Pernah terfikir untuk menulis buku tapi dek kerana kurang kebolehan dan ilmu maka terasalah malu... Ditambah dengan kesibukan yang kian meruncing maka niat hanya terkubur begitu sahaja..

Sekarang sedang membaca karya suaminya pula... 'Denyut Kasih Medik' yang telah dibeli melalui seorang sahabat dalam minggu lepas...



Wednesday, February 24, 2010

Belajar Dari Para Wali

Entri ini dilabelkan sebagai 'Aku dan Buku'. Ada sebab tertentu yang membuatkan diri ini terpanggil untuk mencipta satu lagi label yang baru dalam blog ini. Tujuan utama adalah untuk memotivasikan diri ini membaca buku2 ilmiah atau buku-buku yang lain selain daripada buku akademik semata. Sudah agak lama aku meminggirkan hobi ini sejak punyai anak dengan alasan tiada masa. Jika ingin diikutkan tiada masa, memang kita tidak akan punya masa kerana masa sentiasa bergerak pantas..dan akan rugilah bagi sesiapa yang mengabaikan masanya...

Entri pertama tentang aku dan buku ini dimulai dengan buku 'BELAJAR DARI PARA WALI', hasil tulisan Wan Ji Wan Husin dan telah diberi pandangan sisi oleh TGNA kita. Alhamdulilah aku telah membacanya hampir ke penghujung.Ia telah memuatkan 28 kisah kehidupan para Wali Allah yang telah diceritakan semula oleh para Solihin yang pernah bersama mereka dalam beberapa situasi dan telah dicatat serta disimpan rapi untuk dijadikan khazanah ilmu yang berharga bagi mereka yang mengejar keredhaan Allah..

Kisah hidup para wali adalah manifestasi sebuah harapan yang diletak di atas hamparan kisah insan2 gemilang yang pernah dilahirkan oleh tamadun keinsanan. Mengukur prestasi mereka bukanlah melalui ukuran zahir. Buku ini membicarakan bagaimana nilai dunia ini dari kaca mata para wali. Bukan membicarakan soal pertumbuhan ekonomi, taraf hidup insaf bertaraf dunia atau hal-hal yang seumpama dengannya.Ia ditampilkan untuk dijadikan piawaian bagi mengukur maksud hidup dan nilai hidup...

Sekurang-kurangnya dapat mengalih minda seketika tentang keperluan mengingati ALLAH s.w.t sebagaimana denyutan nadi yang berdenyut... kerana sesungguhnya Allah s.w.t sebenarnya tidak mengizinkan hambaNya melupakanNya walaupun sesaat.... Wallahu'alam.

Mudahan ada manfaatnya.

Thursday, February 11, 2010

SEMINAR ON SOFT TISSUE TUMOUR - USM



"Soft Tissue Tumours"

DATE:21 May - 22 May 2010

VENUE: Clinical Auditorium, School of Medical Sciences, Health Campus, Univerisiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan


Kepada mana-mana Doktor yang berminat sila layari laman web di sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sudi-sudilah tinggalkan kenangan di sini. Moga Ukhuwwah berpanjangan..TQ

PERMATA HATIKU....