music

Wednesday, July 21, 2010

Patologi dan SEMINAR

Alhamdulillah...buat julung kalinya, Jabatan Patologi, Pusat pengajian Sains Perubatan, USM Kubang Kerian telah berjaya mengadakan seminar on Soft Tissue Tumours. Mungkin ini sebagai langkah permulaan untuk Jabatan ini terus mengorak langkah dengan lebih maju ke hadapan, InsyaAllah..

Dengan hanya berbekalkan tenaga beberapa kerat ahli jawatankuasa yang ada (seperi gambar di atas...), akhirnya seminar ini telah berjaya. Sekurang-kurangnya dapat memberi pengalaman baru kepada staf yang terlibat dan sekaligus sebagai latihan minda agar mampu melakukan apa sahaja dalam pelbagai situasi berlainan selain daripada melakukan tugas rutin hakiki harian..

Jabatan Patologi (merujuk kepada histopatologi @ anatomik patologi @ kaji tisu) merupakan antara jabatan yang terpenting dalam sesebuah institusi. Ini adalah kerana Jabatan ini menjadi Jabatan Rujukan untuk menapatkan report/diagnosis pesakit bagi meneruskan rawatan untuk mereka. Namun kerja yang boleh dikatakan berada di belakang tabir pentas ini telah meyebabkan kewujudan Jabatan ini kurang diketahui umum.

Seminar yang dianjurkan ini secara umumnya mengupas tentang Jenis-jenis 'tumours' yang berasal daripada soft tissue. Soft Tissue yang dimaksudkan adalah merujuk kepada tisu-tisu pe nyokong selain daripada kulit, tulang dan organ dalaman. Untuk memberikan nama kepada soft tissue tumours adalah begitu mencabar kerana ia memerlukan pengetahuan yang mendalam dan berkebolehan membezakan setiap jenis kanser/tumour tersebut. Pathologist sememangnya telah dilatih untuk mengenali setiap sel tumour dari segi rupa bentuknya dan kehadiran antigen didalamnya yang boleh dikenalpasti dengan melakukan pelbagai immunostain.


Inilah sebenarnya wajah-wajah 'Organizing Committee' yang telah bekerja kuat tanpa mengira waktu...habis minyak kereta, masa ,tenaga, bil telefon dan macam2 lagi...ada yang mengadap komputer download image dan burn cd hingga lewat malam, menghantar dan membalas email peserta, speakers dan sponsors hingga lewat malam, ke sana ke mari menghabiskan minyak kereta tanpa mengira masa,menelefon dan men sms pelbagai pihak tanpa mengira masa dan tempat hingga bil telefon melambung tinggi...:)dan pelbagai lagilah yang tak tertulis..

BUKAN mengharapkan balasan apa2 pun..sekurang-kurangnya usaha penat lelah ini dihargai dan Mudahan diberkati ALLAH.

Sunday, July 4, 2010

Sistem tarbiyah Kibutsats




Ingin kongsikan ilmu mengenai KIBUTSATS, sistem Tarbiyah Israel yang didapati daripada blog IMRANRAZALI

“Kibutsats adalah salah satu sistem tarbiyah Israel, yang hakikatnya perlu kita perhatikan”

Kibutsats adalah bandar-bandar yang dibangunkan di sekitar sempadan Israel. Terdapat banyak kibutsats. Kibutsats akan dibangunkan apabila cukup 100 orang lelaki dan semuanya adalah tentera, bersama keluarga mereka. Mereka akan membina perkampungan di sempadan Israel.

Di sini saya kongsikan apa yang saya dengar berkenaan kibutsats.
Kibutsats hakikatnya adalah satu sistem pembinaan masyarakat yang sangat sistematik. Semua orang di dalam kibutsats terikat dengan peraturan yang agak ketat. Tetapi semuanya hidup mentaati peraturan itu. Mereka mempunyai jadual harian. Di dalam kibutsats, terdapat dewan makan yang sangat besar. Semua keluarga di dalam kibutsats tidak akan makan di rumah mereka, tetapi makan bersama di dalam dewan besar itu. Perempuan-perempuan akan memasak bersama dan semua lelaki akan makan bersama.

Ada waktu untuk makan, ada waktu pula untuk kerja. Semua orang akan keluar bekerja yang mana, tempat-tempat bekerja mereka juga adalah milik mereka. Contohnya ladang, itu hakikatnya adalah ladang mereka. Kilang, mereka juga yang bina. Mereka bekerja menjalankan apa yang ada dan sedikit demi sedikit meningkatkan semuanya.

Kibutsats tidak terhenti dengan kehidupan makan dan bekerja sahaja. Terdapat juga jadual riadhah dan latihan ketenteraan bagi semua. Sebaik sahaja kerja tamat, mereka akan bersama menjalani latihan ketenteraan. Semua bersama. Baik anak kecil mahupun yang tua. Terbahagi kepada peringkat masing-masing.

Di dalam kibutsats ada nurseri dan sekolah. Semua anak-anak kibutsats akan dihantar ke nurseri dan sekolah di dalam kibutsats itu juga. Tidak akan dihantar keluar. Guru-guru di dalam nurseri dan sekolah itu juga adalah dari komuniti kibutsats.

Sistem pendidikan kibutsats amat unik. Mereka mempunyai silibus tersendiri, disusun dan direka untuk memenuhi hajat mereka yang ingin menawa duniaa. Mereka tidak memandang pelajaran mereka adalah untuk anak-anak mendapat sijil, atau kerajaan untuk mendapat untung, atau untuk pejabat-pejabat mendapat pekerja.

Mereka menggunakan sistem pendidikan mereka untuk membina ideologi, pemikiran anak-anak mereka.

Saya bagi satu contoh mudah. Matematik.
Di Malaysia, silibus kita biasanya hanya melibatkan kenderaan, buah-buahan dan makanan.

Contohnya:
Ahmad ada 10 buah epal. Ahmad ada empat lagi kawan. Semuanya nak makan epal. Maka Ahmad membahagikan 10 buah epal tadi kepada dirinya dan empat kawan lagi sama-rata. Maka berapa biji epalkah yang akan dapat dimakan setiap seorang termasuk Ahmad?
Itu contoh soalan matematik di Malaysia.

Di Kibutsats Israel, mereka belajar matematik juga, tetapi isi matematik mereka membawa kepada apa yang mereka mahu. Contohnya:
Yyvon mengetuai satu peperangan terhadap 10 daerah orang arab. Yyvon mengetuai lima platun tentera termasuk platunnya sendiri. Maka, Yyvon membahagikan serangannya terhadap 10 daerah orang arab tadi kepada semua platunnya sama-rata. Maka, berapa daerah orang arabkah yang perlu dimusnahkan oleh semua platun termasuk platun Yyvon?

Itu contoh pengajian di kibutsats. Lihatlah bagaimana mereka membangunkan pemikiran pemuda-pemuda mereka. Dan silibus sebegini, digunakan sedari nurseri lagi. Ditambah pula dengan latihan ketenteraan yang wujud di dalam kibutsats sehari-hari.
Betapa bersungguhnya mereka membina anak-anak mereka.

Kemudian mereka amat menjaga pemuda-pemuda mereka. Jika ada anak-anak muda ingin keluar ke mana-mana daerah di dalam Israel, kerana cuti contohnya, maka dia wajib memaklumkan kepada ketua kibutsats. Kemudian, ketua kibutsats akan memberikan panduan:
“Sekiranya kamu hendak ke tel aviv, kamu pergi naik bas sekian, berhenti di stesen bas sekian, kemudian kamu bergerak menuju rumah sekian dan bertemu orang sekian. Di sana semuanya telah tersedia untuk kamu, makanan, duit dan sebagainya”

Begitu sekali. Malah, pemuda-pemuda yang ingin keluar tadi akan diberikan wang pula.
Sistem di Kibutsats adalah begitu.

Tujuannya satu, membina diri mereka, masyarakat mereka agar terus kuat dan kebal. Agar yang terbangun, agar yang mantap hanyalah mereka.

KESIMPULANNYA:
Penduduk kibutsats adalah manusia yang tidak beriman kepada Allah SWT. Malah mereka hendak menghapuskan agama Allah SWT dan mereka yang menganutnya.

Tetapi, mereka sistematik mencapai apa yang mereka mahu. Mereka bersungguh-sungguh. Mereka ada kebersamaan. Mereka ada perancangan yang mantap. Mereka adun pengajian mereka, kultur mereka agar menyokong apa yang mereka bawa, apa yang mereka kejar.

Kita adalah manusia yang beriman kepada Allah SWT. Yakin dengan janji-janji-Nya, percaya dengan ketentuan-Nya. Tetapi kenapa kita begini hodoh? Tidak sistematik? Tidak bersatu? Tidak ada perancangan? Tidak pun kita berani bangun dengan adunan Allah SWT dalam kehidupan dan pendidikan kita. Kenapa? wallahua'lam

Saturday, May 29, 2010

e-Qalam

Assalamualaikum..

Menarik juga penemuan baru E-QALAM ni... Nowadays, banyak cara untuk belajar al-quran walaupun malu atau tidak berkesempatan mengdap tok guru.. Tapi E-Qalam ni bukan sahaja untuk orang-orang yang ingin belajar al-quran, malah untuk orang yang ingin memperbaiki mutu bacaan atau kepada yang gemar mendengar alunan al-quran oleh Imam terawih masjid Mekah ini...

Hmm..untuk info lain sila layan video ini ataupun layari laman blog ini.... E-Qalam


Tuesday, May 18, 2010

Pesan Arwah..

Gambar arwah bapaku pada zaman mudanya. Gambar ini telah ditag oleh adik dalam facebook. Sebak terasa hati ini apabila ingatan kembali menerawang mengingati detik-detik waktu bersamanya. Arwah telah pergi menemui Ilahi pada bulan Mei 2007..kini genap 3 tahun pemergiannya. Kepada pengunjung blog ini...sudilah kiranya sedekahkan al-fatihah buat arwah bapaku...WAN ABDUL RAHMAN WAN NAWANG. Mudahan rohnya ditempatkan bersama para solihin. Arwah dalam hayat hidupnya sentiasa memikirkan tentang orang lain lebih dari memikirkan tentang dirinya. Beliau telah mengharungi kehidupan yang agak sukar...tiada harta benda yang ditinggalkan melainkan harta yang begitu berharga yakni 11 orang anak.Menyara anak seramai 11 orang dengan hasil gajinya sebagai tukang perabut RM3 sehari bukan perkara yang mudah... Pergi pagi dan balik petang dengan mengayuh basikal tuanya..
Gambar ini telah diambil di underwater world, Langkawi pada tahun 2003. Alhamdulillah...sempat juga aku membawa arwah jalan-jalan di utara Semenanjung sewaktu bekerja di Kangar suatu masa dahulu. Masih terbayang kegembiraan di wajah arwah bapaku tatkala menaiki Feri.. pertama kali mungkin...

Sempat juga arwah melihat anaknya yang ini berjaya walaupun aku tak sempat membahagiakan dia dengan dengan hasil kejayaan ini. Tak sempat memberi kemewahan padanya yang sebelum ini bertungkus lumus menyara persekolahan kami semua... Aku sering kehabisan wang semasa belajar di sekolah dahulu..terpaksalah mengikat perut pada waktu rehat, walau tiada telefon untuk beritahu keadaan aku ini tapi gerak hati bapa memang kuat tatkala anaknya berada dalam kesusahan. Pastinya dia datang menaiki bas semata-mata untuk hulurkan wang sebanyak Rm20-30 untuk kegunaan selama sebulan. Terima kasih ayahanda...

Fikiran pada zaman budak-budak dulu memang jauh berbeza.. terasa alangkah bagusnya andai aku dapat menikamati kesenangan sebaimana kawan-kawanku. Boleh menikmati nasi di kantin setiap hari, boleh membeli apa sahaja barang keperluan di koperasi.. Tapi bila umur meningkat dewasa baru ku sedar apa yang dirasai dan dialami itu merupakan satu pengalaman yang indah yang mendorong diri untuk terus maju bukan sahja di dunia bahkan akhirat jua...

Satu perkara pesan arwah yang tidak akan kulupakan... " sentiasalah bantu orang yang dalam kesusahan...kesenangan yang diberikan adalah ujian semata. Bantu dan tolong sesiapa sahaja, terutama sekali adik beradik sendiri. Utamakan ahli keluarga dan adik beradik kita.. bantu mereka dengan apa yang kita mampu...kesusahan mereka adalah kesusahan kita...kesusahan mereka juga adalah ujian untuk kita...bantu mereka, kemudian bantu orang lain..."

Baiklah...Akan aku ingat pesanan ini sepanjang hayat ini. Mudahah hidup ini diberkati-Nya....
berbahagialah ayahanda di syurga sana...Amin..

Monday, May 10, 2010

Pokok Bunga Pembunuh!

Ada sesuatu untuk dikongsi...tentang pokok keladi hiasan kegemaranku.. I like this plant because it is simple and beautiful. Tak sangka pula rupa-rupanya begitu berbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian sekiranya kanak-kanak termakan daun pokok ini. Awas! harap berhati-hati semua... sila baca details on this plant...

The name of this plant is dumb cane.
Botanical name: Dieffenbachia
Family:Araceae
Malay Name: Pisang Tanah
Dumb cane is a common potted plant in Malaysia. It has a thick, green stems and is less than a meter high.The leaves are oblong, 25 to 30 cm long and spotted with white and light green.This plant originates from central and south America. Several species are found in Malaysia, growing wild, and as potted plants in homes and gardens.

All parts of the plant contain an extremely irritating juice. Its active toxic principle is protoanemonine.

Dumb cane can cause severe irritation and inflammation of the oral cavity when any part of the plant is chewed.It may cause fatal poisoning through suffocation, as a result of the swelling of the pharynx and larynx. Dumb cane is a cause of child injury, particularly to the eyes when its sap squirts onto the eyes while plucking this plant. It will result in intense pain, diffused oedema of the eyelids as well as large abrasions of the corneal surface.

more details about this plant can be read HERE

Tuesday, May 4, 2010

Kongsi Kabinet

Makin hari semakin banyak pinggan mangkuk yang perlu dimasukkan ke dalam kabinet. Almari hiasan yang ada sudah sarat dengan muatannya. Maka tercetuslah idea untuk tambah satu lagi kabinet di ruang makan agar barang-barang kesayanganku dapat disimpan di tempat yang sepatutnya. Pada awal April kabinet ini telah siap dibina setelah 2 minggu tempahan dibuat melalui handphone tauke Indah Pakar Perabut yang didapati daripada seorang sahabat..
Warna koko gelap menjadi pilihan agar sama dengan warna almari hiasan kat sebelahnya. Ada juga pendapat yang mencadangkan agar aku menambah almari hiasan 1 lagi yang boleh didapati di mana-mana kedai perabut...mungkin lebih jimat..bukannya tak setuju tapi aku lebih suka mengoptimumkan penggunaan ruang.. dengan adanya kabinet ni, maka ruang di atas kabinet bawah ni bolehla diletakkan air minuman, gelas ataupun makanan ringan tatkala mengadakan jamuan..
Inilah almari hiasan yang telah sarat dengan muatan. Semua pinggan mangkuk ni bukan pameran semata tapi sentiasa digunakan...maklumlah kami ni berkeluarga besar. Setiap kali adik beradik atau sedara mara datang ziarah, pasti kami akan berjamu selera... tak kira lah masak sendiri ke, atau makanan tunjuk-tunjuk, tempah-tempah ke, tapi jamuan tetap menjadi...orang kata tetamu datang membawa rahmat, jadi apa salahnya sediakan juadah makanan sebagai berterima kasih dengan rahmat yang dibawa ke rumah ini...
kabinet dapur ni telahpun berumur hampir setahun... bahagian bawah tu telah tersedia ada semasa membeli rumah ini. Cuma bahagian atas dan dapur sahaja yang kami tambah. Warna brown ni just follow warna kabinet bawah. Lagipun warna ni memang warna kegemaranku..so apa salahnya.. kain bidai pada bahagian kanan ni pun berwarna brown..nampak orangy sebab cahaya. Bidai ni ditempah dari Paka.

Sekadar berkongsi untuk sahabat maya yang mempunyai minat yang sama dalam mendekorasi rumah. InsyaAllah andai ada kelapangan nanti, label dekorasi rumah akan sentiasa diupdate..
Mudahan ada manfaatnya.. wallahua'lam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sudi-sudilah tinggalkan kenangan di sini. Moga Ukhuwwah berpanjangan..TQ

PERMATA HATIKU....