music

Monday, September 20, 2010

Sekitar Syawal dan Musibah

Posing raya ke-4, di majlis mini reunion ex-SKMK, Sekolah kebangsaan machang Kelantan, bertempat di rumah khuzama, depan sek men keb Machang. Gembira dapat berjumpa semula dan kawan-kawan di zaman hingusan dulu..

Syawal kali ni disambut dengan penuh kesederhanaan. Kegembiraan agak terhalang kerana ada ahli keluarga yang ditimpa musibah. Kesedihan yang dialami oleh mak sedara sebelah ibu suami dengan kematian anaknya pada 1 ramadhan yang lalu masih lagi terasa menyebabkan suasana raya di kampung kurang kemeriahannya. Suasana di rumah sebelah ayah suami pula juga agak mendung kerana baru kehilangan tok ayah sebelum menyambut puasa hari tu..

Tidak kurang juga musibah di sebelah keluargaku sendiri. Abang ipar dimasukkan ke ward USM 3 hari sebelum raya hingga ke hari ini kerana mengalami masalah pendarahan dalam kepala. Kakak yang sarat mengandung terpaksa berkampung di hospital di sisi suaminya. Hari raya ke-2, anaknya pula dimasukkan ke ward kerana mengidap demam denggi..Alhamdulillah lebih kurang 4 hari di sana, kini anaknya telah sihat walafiat.

gambar posing raya pada hari raya pertama di rumah ibu suami di kampung. warna koko menjadi tema kali ini.. baju segera, beli beberapa hari sebelum raya. Perancangan awal warna kelabu tapai apakan daya...tak ada baju melayu 'ready made' warna kelabu yang berkenan di hati suami..nasib baik baju mama senang nak jumpa saiz kat pasar..

Semalam, genap 42 hari kematian sepupu yang disayangi, kami dikejutkan pula dengan kematian sepupu suami yang mengajar di Jerteh. Seorang guru wanita, berumur 45 tahun, anak 6 orang, yang sulung umurnya 19 tahun dan yang paling kecil darjah 4. tatkala anak2 masih memerlukannya..beliau pergi mengadap Ilahi buat selama-lamanya tanpa sebarang tanda dan pesan. Diagnosis: Massive brain haemorrhage due to Hypertensive Encephalopathy..Kehilangan yang begitu mengejut ini betul2 memberi kesan kepada ahli keluarga.. Alfatihah buat Pn Norazzah..

Thursday, August 19, 2010

Ramadhan dan kematian..


Terasa Ramadhan kali ini begitu pantas.. Hari-hari berlalu meninggalkan kita tanpa menoleh lagi. Sedangkan manusia semakin sibuk dengan urusan duniawi yang tak akan ada kesudahannya kecuali mati.

Pada malam 1 Ramadhan kami dikejutkan dengan berita kematian seorang saudara (sepupu) yang begitu rapat dan tak ubah sepert adik beradik kami sendiri. Seorang yang begitu baik budipekerti dan tingkah lakunya, yang merupakan satu2nya anak lelaki mak sedara kami. Dialah buah hati ibunya dan harapan ibunya kerana ibunya adalah ibu tunggal yg bercerai dengan suaminya sejak arwah berumur 1 tahun. Allah telah menjemput arwah pada bulan puasa, ketika membersihkan lampu masjid di tempat pengajiannya di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Jenazah telah dibawa pulang ke kampung kami di Machang pada 2 ramadhan sebaik sahaja usai urusan sembahyang jenazah di KUIS. Jenazah telah dikebumikan pada jam hampir 7 petang dan tamat urusan pengebumian tatkala azan maghrib berkumandang. Pertama kali dalam hidupku berbuka puasa di tanah perkuburan... bersemadilah arwah di sana dengan aman pada malam jumaat..

kata2 yang dipetik daripada sahabat2 arwah dalam facebook arwah sangat menyentuh hati dan perasan ini...

Arwah seorang yg baik spnjang sy kenali. sy pernah pinjam buku drpdnya... suka
r utk melihat arwah b'musuh dgn org lain... sumbangn ikhlas tenaganya kpd Masjid Al-Azhar KUIS sngat d kagumi. Tidak m'harapkn upah, tp m'harapkn redha Allah..

Tangisan & linangan air mata Mudir Masjid Al-Azhar, Ustz Farid Ravi & para jemaah swaktu m'doakn solat jenazah, mnandakan keakraban arwah dgn masjd... pmergiannya d ratapi seluruh warga KUIS.. hatta pengurusan tertinggi..

Pengakhiran hayatnya tenang, d tempat yg baik, dlm bulan yg baik, dlm situasi & p'buatan yg baik.. jenazahnya seolah2 m'jadi tumpuan & rebutan mrk yg masih hidup... LUAR BIASA...!!!! Subhanallah... Ganjaran buat org yg b'bakti d rumah Allah... pmergian dlm keadaan husnul khatimah....

Apakah pengakhirat hayat kita jg begitu....?? Mudah2an.... P'banyakkan amal, buat bekalan ke 'sana'... -Abu bakar-

Alfatihah buat arwah Nik Zakuan Nik Ramlee..
Doakan juga ibunya tabah hadapai ujian yang maha hebat ini dan cepat pulih seperti sedia kala..

Friday, July 30, 2010

Sedekahkan arwah sepanjang RAMADHAN..


Mungkin masih ada yang bersedih kerana kehilangan orang tersayang dan mungkin juga yang telah lupa tentang seseorang yang telah lama meninggalkan kita... apapun perasaan kita hanya Allah yang tahu, masih ada cara untuk membahagiakan arwah di sana meskipun belum sempat kita memberi kebembiraan kepada mereka semasa di dunia.. Jom, sama-sama kita sedekahkan arwah samada dengan amalan kita sendiri ataupun amalan hamba Allah yang lain...

Jadi, kepada Muslimin & Muslimat yang ingin berbakti kepada arwah yang telah tiada terutamanya kepada ibu, ayah dan saudara mara yang telah meninggal dunia, bolehlah mengambil bahagian dalam program IHYA RAMADHAN kali ini dengan cara mendaftar dan memberi nama arwah tersebut dengan berbinkan ibunya.

Program Ihya Ramadhan yang dimaksudkan ini merupakan PROGRAM AMAL TILAWAH AL-QURAN,SURAH AL-IKHAS DAN ZIKIR TAHLIL UNTUK ARWAH 2010/1431H. Pahala Kebajikan Tilawah Al-Quran akan dihadiahkan lebih daripada 20x khatam, Surah Al-Ikhlas lebih 70,000 ribu kali dan zikir Tahlil lebih 70,000 kali.

Tempat : Masjid Al-Amin, Batu 2, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan

Tarikh : 2 hingga 26 Ramadhan 1413H/12 Ogos 05 Sept 2010

Cara penyertaan: (boleh copy/paste dan hantar kepada pubimas Al-Amin samada melalu pos, email, atau melalui telefon)

1) nama waris (nama penyumbang) :

2) Alamat :


3) No telefon :


4) Nama arwah (dibinkan kepada ibunya) :

1.____________


2._____________

3._____________


5) Sumbangan wang (RM20.00 bagi setiap arwah adalah wajib, selebihnya terpulang kepada anda). 5% daripada sumbangan ini akan disalurkan kepada pelajar miskin dan anak yatim PUBIMAS. Sumbangan ini boleh dimasukkan terus ke dalam akaun PUBIMAS AL-AMIN, CIMB : 03010049365058 (PUBIMAS AL-AMIN) dan menghantar pay-slip/cek/wang pos beserta maklumat-maklumat di atas ke alamat :

Bendahari, Masjid Al-Amin,

Batu 2, Jalan Pengkalan Chepa,
15400 Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-7436405 (pejabat)
013-9854347 (bendahari)
email : pubimas@hotmail.com

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web PUBIMAS AL-AMIN, www.pubimas.net

Mudahan sumbangan ikhlas dari para muslimin & muslimat ini bermanfaat kepada semua insan samada yang masih hidup mahupun yang telah pulang ke Rahmatullah....Amin.

Wednesday, July 21, 2010

Patologi dan SEMINAR

Alhamdulillah...buat julung kalinya, Jabatan Patologi, Pusat pengajian Sains Perubatan, USM Kubang Kerian telah berjaya mengadakan seminar on Soft Tissue Tumours. Mungkin ini sebagai langkah permulaan untuk Jabatan ini terus mengorak langkah dengan lebih maju ke hadapan, InsyaAllah..

Dengan hanya berbekalkan tenaga beberapa kerat ahli jawatankuasa yang ada (seperi gambar di atas...), akhirnya seminar ini telah berjaya. Sekurang-kurangnya dapat memberi pengalaman baru kepada staf yang terlibat dan sekaligus sebagai latihan minda agar mampu melakukan apa sahaja dalam pelbagai situasi berlainan selain daripada melakukan tugas rutin hakiki harian..

Jabatan Patologi (merujuk kepada histopatologi @ anatomik patologi @ kaji tisu) merupakan antara jabatan yang terpenting dalam sesebuah institusi. Ini adalah kerana Jabatan ini menjadi Jabatan Rujukan untuk menapatkan report/diagnosis pesakit bagi meneruskan rawatan untuk mereka. Namun kerja yang boleh dikatakan berada di belakang tabir pentas ini telah meyebabkan kewujudan Jabatan ini kurang diketahui umum.

Seminar yang dianjurkan ini secara umumnya mengupas tentang Jenis-jenis 'tumours' yang berasal daripada soft tissue. Soft Tissue yang dimaksudkan adalah merujuk kepada tisu-tisu pe nyokong selain daripada kulit, tulang dan organ dalaman. Untuk memberikan nama kepada soft tissue tumours adalah begitu mencabar kerana ia memerlukan pengetahuan yang mendalam dan berkebolehan membezakan setiap jenis kanser/tumour tersebut. Pathologist sememangnya telah dilatih untuk mengenali setiap sel tumour dari segi rupa bentuknya dan kehadiran antigen didalamnya yang boleh dikenalpasti dengan melakukan pelbagai immunostain.


Inilah sebenarnya wajah-wajah 'Organizing Committee' yang telah bekerja kuat tanpa mengira waktu...habis minyak kereta, masa ,tenaga, bil telefon dan macam2 lagi...ada yang mengadap komputer download image dan burn cd hingga lewat malam, menghantar dan membalas email peserta, speakers dan sponsors hingga lewat malam, ke sana ke mari menghabiskan minyak kereta tanpa mengira masa,menelefon dan men sms pelbagai pihak tanpa mengira masa dan tempat hingga bil telefon melambung tinggi...:)dan pelbagai lagilah yang tak tertulis..

BUKAN mengharapkan balasan apa2 pun..sekurang-kurangnya usaha penat lelah ini dihargai dan Mudahan diberkati ALLAH.

Sunday, July 4, 2010

Sistem tarbiyah Kibutsats




Ingin kongsikan ilmu mengenai KIBUTSATS, sistem Tarbiyah Israel yang didapati daripada blog IMRANRAZALI

“Kibutsats adalah salah satu sistem tarbiyah Israel, yang hakikatnya perlu kita perhatikan”

Kibutsats adalah bandar-bandar yang dibangunkan di sekitar sempadan Israel. Terdapat banyak kibutsats. Kibutsats akan dibangunkan apabila cukup 100 orang lelaki dan semuanya adalah tentera, bersama keluarga mereka. Mereka akan membina perkampungan di sempadan Israel.

Di sini saya kongsikan apa yang saya dengar berkenaan kibutsats.
Kibutsats hakikatnya adalah satu sistem pembinaan masyarakat yang sangat sistematik. Semua orang di dalam kibutsats terikat dengan peraturan yang agak ketat. Tetapi semuanya hidup mentaati peraturan itu. Mereka mempunyai jadual harian. Di dalam kibutsats, terdapat dewan makan yang sangat besar. Semua keluarga di dalam kibutsats tidak akan makan di rumah mereka, tetapi makan bersama di dalam dewan besar itu. Perempuan-perempuan akan memasak bersama dan semua lelaki akan makan bersama.

Ada waktu untuk makan, ada waktu pula untuk kerja. Semua orang akan keluar bekerja yang mana, tempat-tempat bekerja mereka juga adalah milik mereka. Contohnya ladang, itu hakikatnya adalah ladang mereka. Kilang, mereka juga yang bina. Mereka bekerja menjalankan apa yang ada dan sedikit demi sedikit meningkatkan semuanya.

Kibutsats tidak terhenti dengan kehidupan makan dan bekerja sahaja. Terdapat juga jadual riadhah dan latihan ketenteraan bagi semua. Sebaik sahaja kerja tamat, mereka akan bersama menjalani latihan ketenteraan. Semua bersama. Baik anak kecil mahupun yang tua. Terbahagi kepada peringkat masing-masing.

Di dalam kibutsats ada nurseri dan sekolah. Semua anak-anak kibutsats akan dihantar ke nurseri dan sekolah di dalam kibutsats itu juga. Tidak akan dihantar keluar. Guru-guru di dalam nurseri dan sekolah itu juga adalah dari komuniti kibutsats.

Sistem pendidikan kibutsats amat unik. Mereka mempunyai silibus tersendiri, disusun dan direka untuk memenuhi hajat mereka yang ingin menawa duniaa. Mereka tidak memandang pelajaran mereka adalah untuk anak-anak mendapat sijil, atau kerajaan untuk mendapat untung, atau untuk pejabat-pejabat mendapat pekerja.

Mereka menggunakan sistem pendidikan mereka untuk membina ideologi, pemikiran anak-anak mereka.

Saya bagi satu contoh mudah. Matematik.
Di Malaysia, silibus kita biasanya hanya melibatkan kenderaan, buah-buahan dan makanan.

Contohnya:
Ahmad ada 10 buah epal. Ahmad ada empat lagi kawan. Semuanya nak makan epal. Maka Ahmad membahagikan 10 buah epal tadi kepada dirinya dan empat kawan lagi sama-rata. Maka berapa biji epalkah yang akan dapat dimakan setiap seorang termasuk Ahmad?
Itu contoh soalan matematik di Malaysia.

Di Kibutsats Israel, mereka belajar matematik juga, tetapi isi matematik mereka membawa kepada apa yang mereka mahu. Contohnya:
Yyvon mengetuai satu peperangan terhadap 10 daerah orang arab. Yyvon mengetuai lima platun tentera termasuk platunnya sendiri. Maka, Yyvon membahagikan serangannya terhadap 10 daerah orang arab tadi kepada semua platunnya sama-rata. Maka, berapa daerah orang arabkah yang perlu dimusnahkan oleh semua platun termasuk platun Yyvon?

Itu contoh pengajian di kibutsats. Lihatlah bagaimana mereka membangunkan pemikiran pemuda-pemuda mereka. Dan silibus sebegini, digunakan sedari nurseri lagi. Ditambah pula dengan latihan ketenteraan yang wujud di dalam kibutsats sehari-hari.
Betapa bersungguhnya mereka membina anak-anak mereka.

Kemudian mereka amat menjaga pemuda-pemuda mereka. Jika ada anak-anak muda ingin keluar ke mana-mana daerah di dalam Israel, kerana cuti contohnya, maka dia wajib memaklumkan kepada ketua kibutsats. Kemudian, ketua kibutsats akan memberikan panduan:
“Sekiranya kamu hendak ke tel aviv, kamu pergi naik bas sekian, berhenti di stesen bas sekian, kemudian kamu bergerak menuju rumah sekian dan bertemu orang sekian. Di sana semuanya telah tersedia untuk kamu, makanan, duit dan sebagainya”

Begitu sekali. Malah, pemuda-pemuda yang ingin keluar tadi akan diberikan wang pula.
Sistem di Kibutsats adalah begitu.

Tujuannya satu, membina diri mereka, masyarakat mereka agar terus kuat dan kebal. Agar yang terbangun, agar yang mantap hanyalah mereka.

KESIMPULANNYA:
Penduduk kibutsats adalah manusia yang tidak beriman kepada Allah SWT. Malah mereka hendak menghapuskan agama Allah SWT dan mereka yang menganutnya.

Tetapi, mereka sistematik mencapai apa yang mereka mahu. Mereka bersungguh-sungguh. Mereka ada kebersamaan. Mereka ada perancangan yang mantap. Mereka adun pengajian mereka, kultur mereka agar menyokong apa yang mereka bawa, apa yang mereka kejar.

Kita adalah manusia yang beriman kepada Allah SWT. Yakin dengan janji-janji-Nya, percaya dengan ketentuan-Nya. Tetapi kenapa kita begini hodoh? Tidak sistematik? Tidak bersatu? Tidak ada perancangan? Tidak pun kita berani bangun dengan adunan Allah SWT dalam kehidupan dan pendidikan kita. Kenapa? wallahua'lam

Saturday, May 29, 2010

e-Qalam

Assalamualaikum..

Menarik juga penemuan baru E-QALAM ni... Nowadays, banyak cara untuk belajar al-quran walaupun malu atau tidak berkesempatan mengdap tok guru.. Tapi E-Qalam ni bukan sahaja untuk orang-orang yang ingin belajar al-quran, malah untuk orang yang ingin memperbaiki mutu bacaan atau kepada yang gemar mendengar alunan al-quran oleh Imam terawih masjid Mekah ini...

Hmm..untuk info lain sila layan video ini ataupun layari laman blog ini.... E-Qalam


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sudi-sudilah tinggalkan kenangan di sini. Moga Ukhuwwah berpanjangan..TQ

PERMATA HATIKU....