Bidang kedoktoran merupakan satu bidang yang mempunyai skop yang agak luas. Ramai yang berpendapat DOKTOR perubatan atau'Tabibun' (bahasa arab) pasti kerjanya merawat pesakit. Ya.. tugas hakikinya adalah merawat pesakit dan setiap yang bergelar Doktor seharusnya mampu mengenalpasti penyakit dan memberi rawatan asas kepada pesakit. Namun sekiranya seseorang itu kurang meminati untuk berada di klinik atau di wad bagi merawat pesakit sepenuh masa atau mempunyai masalah untuk bekerja di atas panggilan pada waktu malam (on call), maka bolehlah memilih bidang-bidang perubatan yang tidak melibatkan pesakit secara langsung seperti bidang PATOLOGI, PERUBATAN MASYARAKAT (Public Health), PENDIDIKAN PERUBATAN (medical education) dan ada beberapa bidang lagi yang mungkin tidak disebutkan di sini...
PATOLOGI bermaksud study of diseases atau Kaji penyakit. Bidang PATOLOGI pula akan dibahagikan kepada beberapa unit yang berlainan seperti HISTOPATHOLOY (kaji tisu), HAEMATOLOGY (kaji darah), CHEMICAL PATHOLOGY (kaji kimia), MICROBIOLOGY (kaji kuman) dan IMMUNOLOGY (kaji sistem imun badan). Hmmm banyak betul logi nya...
Kenapa Tuan Rumah memilih bidang HISTOPATHOLOGY?
Bidang ini juga dikenali sebagai Anatomik Pathology ataupun surgical pathology kerana ia amat berkait rapat dengan surgery (pembedahan). Sebarang organ, tisu atau cecair yang dikeluarkan atau diambil daripada badan seseorang pesakit akan dihantar ke makmal kaji tisu untuk diproses dan dianalisis oleh doktor pakar dalam bidang ini. Contohnya pembedahan dijalankan terhadap seseorang untuk mengeluarkan ketumbuhan yang tidak ketahui puncanya. Maka ketumbuhan tersebut akan di hantar ke Makmal Histopatology untuk diproses dan dianalisa oleh pathologist. Pathologist kemudiannya akan report nama penyakit, jenis apa dan tahap /peringkat penyakitnya bagi membolehkan doktor di wad memilih rawatan yang terbaik mengikut diagnosis yang diberikan.
Contoh ke 2..Apabila seseorang didapati mempunyai ketulan misalnya di payudara (breast lump), maka doktor di Patology akan buat FNAC ke atas pesakit tersebut dengan cara memasukkan jarum yang halus pada ketulan tersebut dan sedikit sel akan diambil untuk kajian. Keputusan ujian ini menentukan sama ada pesakit akan dibedah ataupun tidak.
Contoh ke-3, apabila seseorang wanita menjalani ujian pap smear di mana2 klinik, maka sampel tersebut akan di hantar ke makmal patology untuk di analisa oleh patologist.
Pap smear dilakukan dengan memasukkan speculum ke dalam faraj dan sedikit sel akan di ambil di bahagian serviks untuk mengesan tanda2 awal penyakit barah pangkal rahim.
Seterusnya..inilah contoh bentuk atau morphology sel yang dianalisa oleh patologist untuk menentukan penyakit seseorang...
Lihatlah....betapa indahnya ciptaan Allah s.w.t...
Inilah bentuk-bentuk sel yang diperolehi daripada pap smear. Berdasarkan bentuk sel inilah kami akan tentukan samada pesakit ini normal, ASCUS, LGSIL, ASC-H, HGSIL or Cervical CANCER.
Sekadar perkongsian ilmu. Tiada kerjaya yang tidak menarik....semuanya indah-indah belaka. malah tukang sapu sekalipun sekiranya mereka arif dalam bidang mereka dan sentiasa maju ke hadapan untuk perbaiki mutu penyapuan mereka, maka mereka juga patut kita hormati. Tiada istilah siapa yang lebih penting kerana kita masing2 punya peranan tersendiri. Wallahua'lam.

9 comments:
Saya tak tahu knp sejak akhir-akhir ni, blog kak wan mmg menarik minat saya untuk berkunjung. Rasa seronok baca bahan2 di sini. Mmg mulia tugas doktor ni. Smg terus maju menabur khidmat dan bakti untuk kesejahteraan pesakit :)
Satu blog yang menarik dan menjana minda
wan, hari2 duk teropong sel2 ya..hehhe..
Salam Wan...
Info yang menarik,terutama bagi diri kita yang berlainan bidang..terima kasih n salam idul adha dari saya :)
Salam Doktor, saya Sha, salah seorang houseman di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Saya amat berminat dalam bidang patologi. Boleh Doktor ceritakan sedikit tentang career pathway untuk menjadi seorang pathologist? Bolehkah saya memohon untuk menjadi MO di jabatan patologi sejurus selepas tamat housemanship? atau perlukah saya menjadi MO dalam jabatan yang lain terlebih dahulu? terima kasih.
sha.. boleh email saya.. wfaiziah@kb.usm.my
I love this info,bukan saja menjana malahan mencerna serta merebes pemikiran org cm sy ni ape itu patologi..thanks for sharing
Sangat berinfomasi..thanks dr
Post a Comment