music

Tuesday, May 26, 2009

Bunga Orkid Kuning



Malam ni masa dihabiskan di hadapan BUNGA ORKID KUNING ni...Baru je beli di SSF Home Decor petang tadi. Maklumlah kelmarin baru dapat gaji maka minda mula berputar fikirkan sesuatu utk menghabiskan duit. Waktu lunch hour tadi ajak member yg pandai drive, faezahtul ke ssf semata-mata utk beli orkid utk hadiahkan kpd adik ipar yg baru naik rumah kat Paka, Terengganu. Pasti ada yg tertanya-tanya kenapa hadiahkan orkid tapi tidak benda lain...hmmm, sbbnya memang dalam kepala ni tengah inginkan bunga orkid tapi tidak ada kesempatan nak beli.Kebetulan pula adik ipar ni minatnya sama..Orang kata kalau hadiahkan sesuatu yg kita suka kepada seseorang, pasti penerima tersebut pun suka dan begitu gembira sekali...

Masalahnya di sini...hati si pemberi pulak akan tergugat...dilema mula menerjah..hehe..terasa sayang pulak nak bagi sebab cantik sangat. Dah elok dah letak kat atas kabinet tv rumah ku..nak terus beli 2 tadi harganya pun boleh tahan juga..
alahai...terpaksa pujuk hati..'bagila kat orang dulu..yang kita nanti beli yg lain'.Masalhnya,Mungkin tahun dpan kot..:) Lagipun tak sangka bunga yg aku pilih hanya beberapa kuntum shj diberi sentuhan yg begitu menarik oleh florist kat situ mengikut gubahan citarasaku...

Yang pasti hari jumaat nanti BUNGA ORKID KUNING ni akan bertukar tangan. Walaupun sayang..itulah hakikatnya. Apa yang lebih penting...hati akan berbunga riang tatkala melihat adik begitu riang menerima hadiah orkid daripada kakaknya. Mudahan bertambah rezeki nanti... Sekadar berkongsi dilema perasaan..ikhlas tetap ikhlas..:) Wasssalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sudi-sudilah tinggalkan kenangan di sini. Moga Ukhuwwah berpanjangan..TQ

PERMATA HATIKU....