music

Saturday, December 17, 2011

BUNGA & FALSAFAH....




Bunga memang begitu sinonim dengan wanita... bunga dan wanita ibarat Irama dan lagu yang sukar untuk dipisahkan...walaupun ada wanita yang tidak gemarkan bunga, tapi ia hanyalah segelintir. Walaupun tak suka....andai diterima daripada orang tersayang, sudah pasti akan suka juga akhirnya....:)

Sejambak bunga mawar bukan sekadar untuk menyampaikan mesej 'Aku cinta padamu' atau jambangan Carnation yang memberi erti 'moga cepat sembuh', bahkan setiap bunga sebenarnya mewakili makna tersendiri.Sebab itulah dikatakan bunga mampu menjadi wakil tanpa bicara yang berkuasa merungkap 1001 falsafah atau rahsia yang cuba disampaikan oleh pengirimnya.



Bunga ros atau mawar adalah antara bunga yang paling diminati oleh orang ramai apatah lagi seorang wanita. Bunga ros mampu melahirkan pelbagai jenis bahasa cinta. Sekiranya ingin memujuk kekasih, lebih mudah pujukan itu dilakukan bila disertakan bersama walau sekuntum bunga ros. Lebih cepat cair jadinya! Selain bunga ros, bunga lain juga mampu menyampaikan mesej dan makna tersendiri. Jadi sebelum berkunjung ke mana-mana kedai bunga untuk membuat tempahan untuk dijadikan hadiah atau sekadar penyeri rumah, apa kata kita mengenalpasti terlebih dahulu kuasa yang dimiliki oleh setiap kuntum bunga yang dipilih. Pemilihan jenis bunga yang sesuai dikatakan mampu mendorong harapan dan kegembiraan dalam diri kita....

BERDASARKAN PEMBACAAN...INILAH FALSAFAH DI SEBALIK KUNTUMAN BUNGA...:)

ROS PUTIH
Cinta sejati dan kekuasaan.

BUNGA CARNATION
Bunga ini comel dan boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah dan putih. Ia dikatakan mampu membantu menggelakkan perasaan sedih menimpa diri seseorang.

BUNGA CAMELIA
Ia dapat 'memanggil' semangat cinta dan kebahagiaan yang berkekalan selamanya.

BUNGA KEKWA
Bunga ini melambangkan kekuasaan sebuah perasaan cinta.

BUNGA DAISI
Ia mampu meningkatkan daya intuisi seseorang untuk meramalkan sesuatu perkara.

BUNGA IRIS
Ia melambangkan bahawa seseorang itu yakin dengan perasaan yang sedang dialami itu.

BUNGA JASMIN
Ia mendorong ke arah percintaan dan kekayaan.

BUNGA ORKID
Ia memberikan semangat berkobar-kobar untuk menjalani hidup.

ROS MERAH
Boleh mengungkap pelbagai perasaan cinta.

BUNGA MATAHARI
Seseorang itu inginkan dirinya diberikan perhatian dan kehormatan seperti yang sepatutnya.

BUNGA TULIP
Ia membawa rasa cinta dan tuah.

BUNGA IVY
Ia membawa kepercayaan dan kehormatan pada diri seseorang.

BUNGA VIOLET
Ia meningkatkan daya imiginasi seseorang.


KOD WARNA BUNGA

Merah
: Perasaan yang berkobar-kobar dalam sesuatu perkara yang sedang atau ingin dilakukan.

Ungu
: Apa yang paling penting adalah semangat yang diperlukan untuk melakukan apa saja yang diinginkan.

Kuning
: Peluang-peluang yang bakal hidup dalam diri seseorang.

Putih
: Semangat mementingkan kebenaran.

Merah Jambu
: Seorang mungkin sedang cuba mendekati dirimu!




Aku memang pencinta bunga...amat meminati bunga.. kerana ia adalah sesuatu yang indah...:)
Bunga MATAHARI suka ditatap kerana ia begitu megah dan melambangkan sesuatu yang ceria...namun, hidup kita bukanlah sentiasa ceria kerana ada 'ups and downs'. Bunga TULIP, walaupun tidak semegah bunga matahari tapi bagiku tulip antara bunga yang punyai daya tarikan tersendiri dengan cirinya yang 'simple' tetapi memikat.....bagiku, seorang wanita itu andai diibaratkan sekuntum Tulip...adalah seorang yang berpewatakan pemalu, ayu dan sopan...:), Dalam diam aku meminati tulip dan sebenarnya tulip begitu memberi makna dalam hidupku...

Wallahua'lam... sekadar perkongsian
mudahan ada manfaat....

Tuesday, November 15, 2011

NILAI DI SEBALIK ANGRY BIRDS


Aku seringkali tersenyum keseorangan mengingatkan 'ANGRY BIRDS' yang telah menjadi kegilaan anak-anakku dan kebanyakan kanak2 zaman sekarang.... Apalah yang seronoknya bermain dengan ANGRY BIRDS ni... Kanak2 zaman dulu sibuk bermain dengan elastik untuk mengelastik burung, tapi di zaman siber ini, kanak bermain elastik di iphone, android, ipad, ipod dan etc...bukan meng elastik burung, tapi burung2 tersebut menjadikan dirinya bahan atau bom untuk me membunuh babi-babi yang telah mencuri telur burung....alahai...


Namun, tahukah anda sebenarnya Angry birds dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah....

1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)

antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih?Yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri! yang putih pula?sanggup mengorbankan anaknya!.....itu bukanlah satu pengorbanan yang senang, menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad segala-galanya untuk mencapai satu matlamat yakni menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya... terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..."

(At-Taubah 9:110)



2) Amal Jamaie

Dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu



3) Tanzim (organisasi) yang tersusun

Tapi adakah mereka main langgar je sape yang serang dulu?Jawapannya tidak....
mereka sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza dan setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbeza jadi mereka susun sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu...

kenapa?

sebab Saidina Ali mengatakan

"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"



4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)

Bagaimana pula cara mereka susun siapa yang perlu pergi dulu dan siapa yang pergi kemudian?
Mereka menyusun dengan menilai bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu maka setiap orang yang mempunyai isti'ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya ....yang tahu potong kayu pergi serang kayu .....yang boleh hancurkan batu pergi hancurkan batu dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka untuk detect, apakah kelemahan musuh kita dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza bagaimanakah kita ingin menyusun strategi untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat


5) Taat

Sebagai qiyadah, perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan pasti tidak ada orang yang nak main dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh sekiranya qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas...



6) Ukhuwah

lastly, kena faham bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat...

itulah teras dan tunjang utama kekuatan mereka....mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya. Mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara seperti mana kita umat Islam bersaudara. Jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita daripada musuh yang nampak di dunia dan juga musuh yang tidak nampak yang menarik kita ke api neraka

kenapa?

sebab kita menyayangi saudara kita sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam tidak akan wujud game Angry Birds jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka, begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam malahan mustahil akan menang gerakan Islam jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam


"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat"

(An-Nasr 110:1-3)

sedarlah...

pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhuwwah dan kesatuan di kalangan umat Islam dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna
semua yang korang baca tadi adalah pengajaran daripada Angry Birds tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang...



Sekian...sehadar perkongsian ilmu.
Dipetik daripada Email sahabat dan laman web IluvIslam

Mudahan ada manfaatnya..

Thursday, July 28, 2011

KELAHIRANNYA...


Si kecil baru sahaja melelapkan mata..Al-hamdulillah..lena juga akhirnya setelah hampir 3 jam di pangkuan. Biasanya sebaik sahaja si kecil tidur, mamanya juga akan terus tidur kerana mengantuk yang amat, tapi kali ni walaupun jam hampir pukul 1 pagi, tapi mata masih segar kerana telahpun tertidur petang tadi..

Si kecil ini merupakan putera ke-3 kami yang telah dilahirkan pada malam 4 Julai 2011, jam 11.56 malam dan telah diberi nama Muhammad Al-Qarni. Kelahirannya telah disambut girang oleh kami sekeluarga terutamanya oleh 2 orang abangnya..Ahmad Lutfilhadi dan Ahmad Baihaqi yang sudah tidak sabar lagi untuk mendapatkan seorang adik..

Muhammad Al-Qarni membesar dalam kandungan mamanya tatkala mamanya berada di tahun akhir pengajian master. Walaupun tidak dirancang..tapi itulah yang dikatakan sebagai rezeki.. Walaupun berada dalam keadaan yang agak tertekan, namun Alhamdulillah..dia tetap membesar dengan sihat. Peperiksaan akhir master tempohari telahku lalui bertemankan Al-Qarni yang berumur 8 bulan dalam kandungan... Saat yang mengerikan/ menakutkan itu telahpun berlalu...3 minggu aku berkampung di UM untuk menghabiskan exam master, 3 minggu juga aku berada dalam tekanan emosi yang maksimum, tidur seorang diri tanpa suami atau anak-anak, hanya mampu mengadu kepada Allah..berdoa dan terus berdoa, meminta dan terus meminta tanpa mengenal putus asa, membaca dan terus membaca... 6 jam berada di bilik post mortem dengan kekejangan kedua-dua belah kaki dan dalam keadaan hypoglycemic itu merupakan pengalaman yg agak pahit bagi seorang ibu hamil 32 minggu.. Namun, Alhamdulillah...Allah s.w.t Maha Penyayang.. aku telah direzekikan untuk LULUS dalam peperiksaan tersebut. Syukur ke hadhirat Ilahi..

Kini aku berada dalam pantang, 22 hari postdelivery.. rasa badan makin sihat. Masa banyak dihabiskan untuk si manja yang baru ini hingga terpaksa mengabaikan anak2 yang lain... Nasib baik suami banyak membantu menguruskan karenah 2 orang abangnya yang boleh tahan nakal dan ragamnya yang boleh memeningkan kepala.. dan nasib baik juga aku masih punyai ibu yang masih sihat walaupun sudah berusia 70an.. Dengan pengalaman ibuku yang punyai anak seramai 11 orang, maka dapatlah meringankan bebanku menjaga baby kecil ini selama 2 minggu..terima kasih ibu...Jasa ibu sememangnya tidak akan mampu dibalas!

Pada hari ke-10 tempohari, majlis cukur jambul, Aqiqah dan kesyukuran telahpun disempurnakan. Alhamdulillah.. kehadiran tetamu sangat menggalakkan.. terima kasih yang tidak terhingga kepada teman2 dan saudara-mara yang sudi datang dan juga kepada ahli keluarga yang telah menjayakan majlis tersebut... Almaklum ajelah., bila tuan rumah dalam pantang ni, banyakla perkara yang terpaksa diuruskan oleh orang lain...


Banyak betul hadiah yang al-qarni dapat.. sempat jugak ambikkan gambar sebahagiannya (1/4). Hadiah yang lain telahpun dibuka oleh Baihaqi.. Terima kasih bebanyak kepada rakan sejabatan yang telah menghadiahkan 'AVENT STERILISER" ..memang berhajat nak beli, tapi tak pernah menjadi..tetiba dapat hadiah.. Syukur sangat...

'Mudahan aku menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan-Nya...dan Ya Allah...jadikanlah anak kelahiranku ini seorang pejuang untuk menegakkan agamaMu di muka bumi.."

Monday, June 27, 2011

Wudhu' Yang Sempurna & Solat Yang Khusyuk

Tugasan pertamaku selaku Jawatankuasa Unit kerohanian Kelab Akademik & Kebajikan Patologi, USM(KAKP USM) adalah menerbitkan risalah sebagai tazkirah bulanan. Sebaik sahaja tamat Exam tempohari, sebah risalah edisi pertama telah berjaya diedarkan kepada semua ahli Kelab. Tajuk Wudhuk dan solat telah dipilih memandangkan ia adala perkara asas yang dilakukan berulang-ulang setiap hari..Artikel seperti di bawah..


Wudhuk sempurna..


Sekurang-kurangnya kita mengambil wudhuk 5 kali dalam sehari. Dengan wudhuk yang sempurna InsyaAllah akan menimbulkan kekhusyukan kepada solat seterusnya memberi kesan yang baik dalam kehidupan seharian. Hayatilah setiap perlakuan dalam wudhuk kita...
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak dan janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Penjelasannya:
1. Setiap hari kita sering bercakap perkara yang tak berfaedah
2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala
6. Setiap hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll
7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.



Solat Yg Khusyuk...

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?". Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air.

Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :

1. 1 1. Bertaubat

2. 2. Menyesali dosa yang telah dilakukan

3. Tidak tergila-gilakan dunia

4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')

5. Tinggalkan sifat berbangga

6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. Meninggalkan sifat dengki.

" Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik." "Setiap bacaan dan doa dalam solat, aku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. "

Wallahua'lam.. mudahan dapat dijadikan iktibar.

Wednesday, June 22, 2011

Ilmu & Keyakinan..


Hari-hari yang dilalui selepas lulus exam master ternyata lebih mendebarkan..
Kalau dulu lebih kepada tekanan untuk menghadapi peperiksaan tapi kali ini terasa tekanan bila digelarkan sebagai pathologist (Pakar Patologi). Pelbagai perasaan wujud.. Dengan segala kekurangan yang ada, baik dari segi ilmu, pengalaman atau keyakinan..bagaimana untuk menjadi seorang pathologist...? Aduhai.. terasa hidup makin tertekan. Rupanya exam hanya satu simbol atau prasyarat sahaja... inilah peperiksaan yang sebenarnya.. This is beginning of my life untuk memikul tanggungjawab yang jauh lebih berat daripada menjadi seorang master student!


Walau apapun, aku hanya mampu berdoa agar Allah Taala mempermudahkan segala urusanku. Bukan takut kerana tiada ilmu tapi sebenarnya kurang keyakinan untuk ke hadapan... Itulah kelemahan orang-orang melayu jika dibandingkan dengan kaum lain. Ada yang nampak begitu 'confident' walaupun tiada ilmu, tapi kita...? keyakinan yang kurang menyebabkan kita jadi takut..

Kini aku sedang menantikan kelahiran anak ke-3 ku.. Mudahan kelahiran anak ini lebih membahagiakan hari-hari depanku.. 'Ya Allah, kurniakanlah anak yang sihat dan sempurna dan permudahkankanlah proses kelahiran ini..amin.."

Tuesday, January 25, 2011

RINDU & PENGORBANAN

Hidup berjauhan dengan anak-anak dan suami selama 2 bulan adalah perkara yang agak sukar untuk ditempuhi oleh seorang yang bergelar ibu. Beberapa minggu sebelum ku berpergian..macam-macam mimpi buruk telah hadir dalam diri. Seminggu sebelum berpisah, hati terasa sayu setiap kali memandang wajah anak2.. kesian dengan budak-budak kecil 3 dan 4 tahun ini, terpaksa ditinggalkan mama buat sementara waktu demi mencari ilmu buat bekalan diri sebelum diri ini bergelar 'Doktor Pakar'. Aku telah maklum dengan kehendak universiti yang mensyaratkan untuk posting forensic di luar selama 4 bulan dan perlu menimba pengalaman di hospital2 lain sepanjang pengajian dalam 'Anatomik Patologi'. Aku menyahut seruan ini dan menganggap ini sebagai cabaran dalam kerjayaku... Kuredahi semuanya walaupun ia agak pahit.. Cuma satu yang aku harapkan Ya Allah....Permudahkanlah aku dalam proses pembelajaran ilmu ini dan jadikanlah kejayaan itu milik aku dalam peperiksaaan yang bakal menjelma.. Inginku hadiahkan kejayaan ini buat mereka yang telah banyak berkorban... mereka tentunya kedua anak2 kesayanganku, suami yang sentiasa kurindui dan juga kedua ibubapa + mentua.


Kini, 2 bulan hampir berlalu..lebih kurang 3 hari lagi aku akan kembali berada di syurgaku.. yakni rumahku, bersama anak2 dan suami tercinta. Dan sedikit waktu lagi aku akan menghadapi peperiksaan final yang menentukan aku layak bergelar doktor pakar atau tidak.. Doa tetap doa namun aku redha dengan segala ketentuannya. Sesungguhnya Dia Maha mengetahui..

Dan...semua orang tahu bahawa rindu itu anugerah Allah.. Mudahan sedikit pengorbanan ini membuahkan hasil yang baik buat semua. Tolong doakan kejayaanku...

p/s: Bye..i have to continue my study.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sudi-sudilah tinggalkan kenangan di sini. Moga Ukhuwwah berpanjangan..TQ

PERMATA HATIKU....