music

Monday, December 1, 2008

Akhirnya dia pergi jua...Al-Fatihah..

Al-Fatihah buat arwah Noraini bt Ahmad,kakak iparku, pengidap kanser usus with liver metastasis (menular ke hati)yang telah menghembuskan nafas terakhir pada hari khamis malam jumaat yg lepas 28 Nov 2008. Dalam usia yg baru masuk 40 tahun, telah pergi meninggalkan anaknya 10 orang untuk dijaga oleh suaminya. Mudahan anak2 dan suaminya tabah dengan dugaan ini..

Apa yang telah menyentuh hatiku...waktu nazak seorang ibu bibirnya tetap menyebut nama anak2nya diselang-seli dengan kalimah Allah. Walaupun keadaan dirinya separa sedar di ambang maut...namun bibir masih menyebut nama anak2 seolah-olah meninggalkan pesanan walaupun sukar untuk difahami. Bermula dengan anaknya yang sulung Liyana(18), Hafiz(17), Sazana(15), Amira(13), helmi(12),fatihah(10), Arif(9), Haziq(7), Hazim(6) dan wafi(3). Apakan daya..masa hidupnya dihabiskan untuk membesarkan anak2, berkorban apa sahaja untuk anak2..sentiasa fikirkan keperluan anak2..ibarat sanggup biarkan diri kelaparan asalkan anak2 cukup makan pakainya...itulah lumrah seorang ibu..

Berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul....Apa yang aku harapkan agar Allah S.W.T memberi kesihatan dan ketabahan kepada abangku Wan Ahmad dalam mengharungi liku kehidupan ini kerana sekarang dialah ayah dan dialah ibu kepada anak2nya.. ALFATIHAH...

Wednesday, October 15, 2008

KEMATIAN BEGITU DEKAT..Alfatihah buat Monaliza..

Pada mulanya aku enggan menulis kerana my dissertation proposal belum siap lagi.. namun sejak Kebelakangan ini, terlalu banyak perkara yang telah membuatkan aku terkedu, yang telah menyentak diriku dari mimpi, untuk bangkit berfikir dan mengingati Allah S.W.T.

Kalau dulu, para doktor diajar tentang cancer epidemiology...mostly affected those > 50 year old...terasa diri ini selamat dan jauh dari penyakit...namun hakikat sebenarnya yang berlaku di arus kemodenan ini tidaklah begitu..carcinogen is everywhere, orang muda begitu ramai mengidap kanser yang biasanya dihidapi oleh golongan separuh abad..

1) 13 syawal/oct...aku dikejutkan dgn berita kematian rakan sekelas sewaktu di matrix usm di STAR. Innalillah..sedih dan Hiba bila kubaca coretan fendiosman . Dengan umur yang begitu muda telah dihidapi penyakit cancer cervix stage 4 yang telah menular ke ovary, kidney and lungs.. Mudahan rohnya ditempatkan bersama para solihin dan mudahan suami dan keluarganya tabah dengan dugaan ini.


Arwah Monaliza Hamzah..memang seorang yang baik,lemah lembut pertuturannya dengan suara yang serak2 basah dan tak pernah berkasar apatah lagi menyakitkan hati orang lain..Alfatihah..

2)Itu kisah seorang kawan...ada lagi kisah bahana cancer termasuklah ahli keluargaku sendiri. kakak iparku..Noraini Ahmad..Dalam umur yang baru melangkah 39 tahun (tahun lepas) beliau disahkan mengidap colonic cancer (Kanser usus), yang akhirnya terpaksa dibedah untuk dibuang separuh daripada ususnya dan diberi rawatan chemotherapy sebanyak 12 cycle.dan kini barahnya telah merebak ke hati..beliau kini semakin cengkung dan cengkung dan kurus kering..dari sehari ke sehari kuperhatikan keadaannya makin lemah.Apa yang menyedihkan aku..ANAK2.. apakah nasib 10 orang anaknya, yang sulung baru di matrix dan yang bongsu 3 tahun..abangku bertungkus lumus bekerja di welding dan dalam masa yang sama terpaksa menguruskan anak2..Sesungguhnya tiada lagi rawatan untuk penyakit kanser apabila sudah mencapai ke tahap yang serius..hanya DOA,traditional treatment, ikhtiar, kekuatan, semangat, dan sokongan ahli keluarga yang diperlukan..Dengan pertolongan Allah, nothing is impossible dan sesuatu yang miracle boleh berubah dengan doa..

3)Pada pagi syawal yang lepas..abangku telah menerima anak saudara baru kerana kakak iparnya telah melahirkan seorang bayi comel.Oleh kerana bayinya tak cukup bulan, terpaksalah dimasukkan ke dalam NICU. Ibunya dibenarkan pulang untuk berhari raya..pada petang 2 syawal (8 mlm) aku dikejutkan dengan berita kematiannya..bukan baby, tetapi mothernya yang baru hari ke 2 melahirkan anak..Sekali lagi aku terkesima. Dengan umur yang baru mencecah 33 tahun, anak 3 orang..yang sedihnya anak kecilnya masih dalam NICU yang amat memerlukan sokongan ibunya utk terus melihat dunia fana ini. Pada malam itu juga aku terus bergegas ke rumahnya di Jalan Tok Uban Pasir Mas.....Sesampainya aku di sana,aku begitu sebak melihat ibu arwah yang berlinangan air mata sehingga tidak boleh berkata-kata kerana terkejut dgn kematian anaknya yang jauh lebih muda daripadanya. Bertambah hiba apabila aku melihat anak arwah yang darjah 2 itu mengesat air mata berada di sisi arwah. aku berkesempatan membacakan yassin disisi arwah..kubuka kain putih yang menutup arwah utk menatap wajahnya...SUBHANALLAH...wajahnya tersenyum manis umpama sedang tidur, begitu manis sekali, bersih dan tenang...lantas ku teringat malam tersebut malam jumaat(hari khamis, mlm jumaat) dan matinya adalah mati kerana melahirkan...matinya tiada hisab...mudah-mudahan rohnya berada bersama orang2 soleh yang matinya tidak dihisab..

Sekian dulu coretanku...semoga kita semua sama-sama mengingati mati...sesungguhnya mati itu begitu dekat

Monday, October 6, 2008

SUATU HARI DI HARI RAYA

Seusai menunaikan solat sunat aidilfitri.. kami bermaaf-maafan sesama ahli keluarga, seterusnya menjamah hidangan hari raya... Perkara yang tak boleh ditinggalkan setiap tahun adalah bergambar bersama ahli keluarga. Tahun ini warna tema adalah biru...my favourite colour.

Baihaqi (adik) dan Lutfilhadi (abang) sibuk duk kira duit raya

Bergambar bersama Tok Bah dan Tok Ma

Bersama mak tercinta pada petang hari raya pertama


Bergambar kenangan bersama kawan lama SMACH, Ayu (2 dari kiri) semasa open house dirumahku pada hari raya ke-4


Bersama kawan sekolah rendah, Aishah...semasa open house di rumahnya, pada hari raya ke-2


Alhamdulillah..Hari Raya telah berlalu dengan memberi seribu makna dalam hidupku. Mudah-mudahan akan bertemu lagi dengan Ramadhan dan Syawal tahun hadapan. InsyaAllah..

Saturday, September 27, 2008

Eid Mubarak 1429 H

Kad Raya sebagai pengganti diri buat semua sahabat2ku dan juga tetamuku yang sudi berkunjung di laman ini.




SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN
DARIPADA KAMI SEKELUARGA...wfaiziah,mhashairi,lutfilhadi,baihaqi

Sunday, September 21, 2008

Thank you Friends...

Persahabatan merupakan satu anugerah yang istimewa terhadap kita semua. Dengan persahabatan InsyaAllah akan terhakis segala sifat mementingkan diri dan sekaligus melatih diri memahami dan mendalami perasaan orang lain...persahabatn bukan sahaja wujud di alam nyata bahkan di alam BLOGGER....terima kasih sahabat2ku sekalian dengan pemberian hadiah2 ini..tunggulah hadiah drpd saya pula yer..




Terima kasih Kin dan Tirana...semoga persahabatan ini berkekalan...
Selamat meneruskan ibadat puasa...semoga 10 malam terakhir ini dapat mencetuskan revolusi baru dalam arena ibadat kita... wassalam

Saturday, September 13, 2008

I LOVE YOUR BLOG...

Alhamdulillah... Syukur ke Hadhirat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk menulis di ruangan ini, mudah-mudahan dengan sedikit masa yang dikorbankan ini memberi seribu erti dalam mengukuhkan ukhuwwah sesama insan..

Thank you Kin kerana setia memberikan hadiah demi hadiah... I like it very much..terharu pun ada kerana blog yang teramat ringkas dan simple ini telah diziarahi oleh sahabat2ku..


I LOVE YOUR BLOG... Inginku kongsikan hadiah ini bersama dengan sahabat2 mayaku, mudah-mudahan dengan sedikit hadiah yang dikongsikan ini can make your life more beautiful...hadiah ini kutujukan kepada...

Yus - my junior, exsmach yang begitu spoting!
Kfaez - my collegue, yang sentiasa busy..
Kngah - my niece.. selamat belajar..
Kmutiar - my senior exsmach... tapi dia dah lupa, aku cuba sekali lagi, harap2 dia sudi..hehe.

Bye...

Friday, September 5, 2008

ISTMEWANYA WANITA...

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata.
"..i letih la..dahlewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendamlepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masaktadi...
check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu airmasak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..
nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kain lap je lah...tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...


nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang,towel...towel kecik utk selsema...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...oksettle... ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asyik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 beg coklat...


cek sume 6poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yangtertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hanginje...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...manaflyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nantilupa..ok settle...Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata naktido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis laktu...adoi..gosok gigi...smayang...pakai toner...pakai treatment cream...naklawa and maintain punya pasal lah ni...nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..


checkbaju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemutdah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskanbaju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...oksettle..dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk kebilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok,siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun taktutup.. ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umahku...bukak lampu luar..ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyaknya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah ...


ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...takbagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli laskali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam nieh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha,ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerjabesok...
pg kul 9.30 ade meeting..ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkanmata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatandari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangatni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola puntakde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agakdah....So?....apa yang peliknya..??Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...


SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....
tu yang tak boleh nak mati cepat tu...
Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah...setiap wanita adalahistemewa dengan cara mereka sendiri...Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untukkeperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...
HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!!--
"

Ya ALLAH, hanya Engkau Maha Mengetahui apa yang hambaMu perlukan. Hamba menyerahkan segalanya ke dalam tanganMu."


~Dipetik dari emel yang dikirimkan oleh saudari ernie Haslina Nawawi ~


Saya suka sangat cerita kat atas tu sebab ia betul2 memahami kaum wanita...semoga apa yang kita lakukan dalam kehidupan seharian adalah Lillahi Taala...dan tunggulah ganjarannya di Sana nanti..bye!

Saturday, August 30, 2008

A beautiful day..

A blind boy sat on the steps of a building with a hat by his feet. He held up a sign which said: 'I am blind, please help.' There were only a few coins in the hat.

A man was walking by. He took a few coins from his pocket and dropped them into the hat. He then took the sign, turned it around, and wrote some words. He put the sign back so that everyone who walked by would see the new words.

Soon the hat began to fill up. A lot more people were giving money to the blind boy. That afternoon the man who had changed the sign came to see how things were. The boy recognized his footsteps and asked, 'Were you the one who changed my sign this morning? What did you write?

The man said, 'I only wrote the truth. I said what you said but in a different way.' What he had written was: 'Today is a beautiful day and I cannot see it.' Do you think the first sign and the second sign were saying the same thing? Of course both signs told people the boy was blind. But the first sign simply said the boy was blind. The second sign told people they were so lucky that they were not blind. Should we be surprised that the second sign was more effective?


Moral of the Story: Be thankful for what you have. Be creative. Be innovative. Think differently and positively. Invite others towards good with wisdom. Live life with no excuse and love with no regrets. When life gives you a 100 reasons to cry, show life that you have 1000 reasons to smile.
Face your past without regret. Handle your present with confidence. Prepare for the future without fear. Keep the faith and drop the fear.

Great men say, "Life has to be an incessant process of repair and reconstruction, of discarding evil and developing goodness.... In the journey of life, if you want to travel without fear, you must have the ticket of a good conscience."

The most beautiful thing is to see a person smiling... And even more beautiful is, knowing that you are the reason behind it!!!

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM...

Sebaran Cinta..

Cantik frame bunga nih 'SPREAD THE LURV AWARD'... sungguh terharu menerimanya.
Terima kasih kepada kin kerana hadiahkan kepada saya.Elok rasanya saya gantung jadi penghias rumah maya ni.
Rumah realiti dah banyak frame.. tak muat dinding dah..


Terima kasih kin...moga ukhuwwah berpanjangan dan selamat berpuasa..

Thursday, August 28, 2008

jawapan survey..

Untuk tidak mengecewakan Kin.. saya akan jawablah survey tag dia ni ha..
Ada markah ke ni??

1) What is the most important thing in your life?
A : keluarga

2) What is the last thing that you bought with your own money?
A : semua benda duit sendiri....baru kejap tadi gi beli nasi.

3) Where do you wish to get married?
A : Dulu berangan nak kawin kat rumah macam dalam drama2 tuh.. tapi rumah tak muat, so kawin kat masjid berdekatan je..

4) How old do you think you will be permanently owned by your love?
A: forever

5) Are you in love?
A : Yes! setiap saat duk teringat kat anak2 kat rumah..kira in love lah tu..

6) Where was the last restaurant you had dinner?
A : De bayam restoren..kat jalan bayam..makan nasi ulam ngan budu

7) Name the latest book that you bought?
A: buku Surgical pathology, Ackerman..baru sampai semalam..harga dekat ngan 1000..terpaksa beli, demi ilmu:(

8)What is your full name?
A : macam yg tertera kat blog

9) Do you prefer your mother or father?
A : dgn ikhlas...mesti mother, paling dekat dihati

10) Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.
A: Bakal anak permpuan ...InsyaAllah..

11) Christina or Britney?
A : sorry..dua2 tak kenal

12) Do you do your own laundry?
A : sejak ada maid ni...dia ler yg buat.

13) The most exciting place you want to go?
A: bestnyer kalau berpeluang keliling kaabah lagi

14) Hugs or kisses?
A; dua2 buleh..

15) Point out 5 things about the person who tagged you.
A : 1. pandai
2. cool
3. kreatif
4. isteri solehah
5. ibu mithali

16)8 things I am passionate about:
A: 1. pakaian (kain pasang, tudung..)
2. hiasan rumah
3. gelang dan accessory
4. pakaian anak
5.kereta
6. handphone
7.laman rumah
8. of course my new blog...

17)8 things I say too often:
A: 1.hello.. (jawab call)
2. Assalamualaikum (jawab call + jmpa org)
3. ok..
4.papa! (panggil papa)
5.Lutfi!
6.Ebi!
7. Mina!
8. mmmm..

18)4 books I’ve read recently:
A: terlampau banyak... cheewah.. tapi belek2 je, tak ada yg baca habis!

19)8 songs I could listen to over and over again:
A : All nursery song...nak kena tuleh ke? byk sangat...London bridge, twinkle little star, ten littlen indian boys, are you sleeping, old mcdonald,once i caught a fish alive, ABC, hickory dickory dock,mary had alittle lamb...cukup dah kot 8.

20)8 things I learned last year:
A: 1) belajar jadi mama anak dua
2 )belajar punyai maid didik maid
3)belajar untuk seat for exam in post grad life..tak sama ngan undergrad rupanya
4)belajar bgmana mghadapi kehilangan org kesayangan (Alfatihah untuk ayah saya..)
5)belajar bwk kete sendiri
6)belajar buat nasi ayam
7)blaja buat puding
8)blaja terima kenyataan... apa2 sajelah.. yg dah berlaku sepnjag tahun lepas.

people to tag (ikut ler berapa orang deh..)

mutiarazura

kakngah

raihan

kfaez

yusn


~ maap ler kawan2 yg terkena tag ni, harap dapat jawab dengan seikhlas hati...

SELAMAT BERPUASA!

Monday, August 25, 2008

Gelang Kristal Gubahan Ita

Gelang kristal untuk kaum ibu menjamu mata dan bergaya di hari raya nanti..


warna merah hati..cantik gak..

ni gelang raya saya nanti..

gelang donat namanye..

ni gelang bentuk love.. saya dah ada warna hijau putih..

ni gelang bentuk bulat..

Untuk maklumat lanjut silalah berkunjung ke blogspot Ita kat my link..

Gelang Kristal Gubahan Ita

Gelang kristal koleksi Ita (my sister) untuk kaum ibu menjamu mata dan bergaya di hari raya..

warna merah..boleh tahan cantik..





Hadiah dari Kin..

Salam Ramadhan buat teman2 yang mengenali..
Saya nak kongsikan hadiah berupa sepinggan kurma daripada sahabat saya, kin .
jemputla... sesapa saje yang bertandang ke sini.



SELAMAT MENYAMBUT RAMDHAN AL-MUBARAK
SEMOGA SEGALA AMALAN DIKIRA IBADAT
YANG BERLIPAT GANDA PAHALANYA
DI SISI ALLAH S.W.T..

Saturday, August 16, 2008

putera 1 dan 2..

Sebenarnya tak tahu nak arrange gambar2 ni macamana. setiap kali add image even after the sentence tapi image tetap duduk kat atas..

Semua image jadi bercampur...

Oklah....kat bawah ni gambar AHMAD BAIHAQI, putera ke-2 kami.











Rasanya tadi saya dah terposkan surat kosong.....maklumlah budak2 baru belajar. Ha..sambungan cerita saya pasal anak2 saya. Yang sulung AHMAD LUTFILHADI dah makin besar ....Gambar2 kat bawah ni semuanya wajah2 lutfi terkini.


Genap umur lutfi setahun 4 bulan, saya lahirkan pulak anak ke-2 namanya AHMAD BAIHAQI pada 6/7/07. Sekarang baru pandai jalan...tengah duk kemaruk jalan macam orang mabuk...Alhamdulillah... Tak sangka orang yang susah dapat anak macam saya ni akhirnya dapat 2 orang dengan jarak yang begitu dekat...

For those yang masih belum dapat anak... harap jangan cepat berputus asa. Usaha dan usaha lagi... bagi saya usaha yng paling berkesan asdalah berkunjung ke RUmah ALLAH... Doa depan KAABAH..InsyaAllah dimakbulkan...

Rasanya cukuplah dulu cerita pasal keluarga saya... next time saya akan share something yang lebih berfaedah, InsyaAllah...

Friday, August 15, 2008

Jom! nak share cerita

This is my first time blogging. Banyak yang belum tahu.. mungkin tak berapa menarik la... Dah sekian lama niat di hati nak adakan blog sendiri tapi takut sebab tak berapa mahir IT. Bila dah cuba rupanya tak ade lah payah sangat. Terima kasih kepada kawan yg berikan tunjuk ajar (kak faezhussain) dan terima kasih jugak kepada kawan yang dah sekian lama ada blog sendiri yang telah berikan peranrangsang untuk saya utk create blog ni.. (kin_hashim). At least dengan adanya blog ni... dapat ler tatap kembali wajah2 kami yang dah makin tua...

Untuk langkah pertama ni, saya nak poskan gambar putera sulung kami..namanya AHMAD LUTFILHADI..






telah sekian lama kami duk tunggu2... dekat 6 tahun berkahwin baru dapat..ALHAMDULILLAH...syukur sangat. Dah macam2 ikhtiar kami usahakan akhirnya dapatlah anugerah ini. Ini antara wajah2 dia yang ada dlm kom ini...


Tapi sekarang dah makin besar... dah 2 tahun 4 bulan... wajah pun dah berubah... nanti saya poskan gambar2 terkini dalam episod akan datang...bersama2 ngan putera ke-2.. Cerita saya akan bersambung.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sudi-sudilah tinggalkan kenangan di sini. Moga Ukhuwwah berpanjangan..TQ

PERMATA HATIKU....