music

Tuesday, March 30, 2010

MANISNYA DI HARI LAHIR 33



Pada 28 Mac 2010, genaplah umurku 33 tahun. Umur yang bukan lagi boleh dikategorikan sebagai muda remaja..:) Terasa masa berlalu begitu pantas sekali. Pejam celik sudahpun berada pada usia begini. Rasanya baru sahaja meninggalkan alam persekolahan...

Tahun ini merupakan kali ke-10 aku meraikan birthday bersama orang tersayang yang bergelar suami. Maknanya sudah 10 tahun jugalah usia perkahwinan kami.. namun, tahun ini merupakan tahun yang amat gembira dalam hidupku dalam konteks birthday celebration... Apa tidaknya, tidak pernahku menerima kejutan sebegini. Seorang florist telah membawa sejambak bunga ros merah ke Jabatanku dan mencari Dr Wan Faiziah untuk menerima jambangan bunga istimewa daripada orang yang tersayang.. heboh satu department... rasa malu pun ada, terharu pun ada.. dan yang paling ketara rasa bertuah kerana dikurniakan seorang suami yang menghargai dan menyayangi diri ini.. Inilah kali pertama aku menerima jambangan bunga di hari lahirku.. bagi orang yang sudah biasa menerimanya mungkin ia sudah menduga dan tiadalah kejutannya.. tapi bagi yang tak biasa, ia adalah diluar jangkaan. Itulah nikmatnya..

Bukan itu sahaja, sesampai sahaja di rumah, aku dihadiahi handbag baru jenama VERN berwarna hitam. Katanya, " handbag yang mama ada agak kecil, berat dan hampir putus sudah talinya... Abang belikan handbag yang ada poket kiri dan kanan agar tak tercari-cari handphone atau kunci dan yang paling penting boleh selitkan pampers anak.." Alhamdulillah... terasa syukur sangat kerana sekurang-kurang suami sudah pandai membeli sesuatu mengikut citarasa dan pandangannya. Of course aku terlalu gembira menerima sesuatu pilihan seseorang walaupun kekadang tidak selari dengan citarasaku. Aku suka dengan apa jua pemberian orang kerana yang pasti ada kelainannya..


Petangnya, suami bawak balik kek pula yang tertulis di atasnya SELAMAT HARI LAHIR MAMA. Bersorakla anak-anakku kerana terlalu excited melihat kek tersebut.. Aduh abang..siapalah yang nak habiskan kek yang agak besar nih.... Disebabkan kat rumah terlalu banyak makanan yang dibeli di JOM HEBOH sehari sebelum tu, maka abang menjemput anak-anak buah untuk datang meraikan mini birthday celebration ini. Dengan bihun goreng, pelbagai junk food such as mister potato, jacker, mamee, double decker dan dutch lady milk perisa strawberry yang merupakan penaja2 utama yang didapati dari gerai JOM HEBOH ni maka jadilah majlis hari lahir tanpa dirancang yang begitu manis untuk diingati...:)

TERIMA KASIH SUAMI DAN ANAK-ANAKKU, AHMAD LUTFILHADI DAN AHMAD BAIHAQI KERANA MEMAHAMI DAN MENYAYANGI DIRI INI SEADANYA...

Monday, March 8, 2010

PEMILIK CINTAKU..


Suamiku,
Dilafaz lancar sebuah akad
Setulus hati mahar diberi
Terangkat sudah segala penyekat
Diriku kini kau miliki

Dalam keterharuan
Airmata ibu berguguran
Ayah sebak melepaskan
Puterinya kini kau jagakan

Suamiku,
Jika diriku diterima kerana kelebihan
Kau kan kecewa bila terlihat kekurangan
JIka diriku diterima kerana kecantikan
Kau kan bosan bila ia beransur hilang

Aduhai suamiku,
Jelaskanlah niat dan matlamat
menerimaku kerana agama
Barulah hidup beroleh berkat
Bahagia hingga ke syurga

Ketahuilah suamiku,
Kaulah pemilik cintaku
Setelah Allah dan Rasul
Suluhkanlah buatku
Jalan menuju yang satu

Suamiku,
Kita dua insan berbeza
Cita dan cinta yang sama
Jadilah dirimu sebenarnya
Terimalah diriku seadanya

Suamiku,
Asam garam rumahtangga
Khilaf dan salah pasti ada
Sama2lah berlapang dada
Pemula maaf paling mulia..

Telah usai membaca buku 'Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul' karya Fatimah Syarha di awal bulan Februari yang lepas. Sebuah bingkisan yang cukup menyentuh hati mengisahkan pencarian Cinta Qanaah yang mengenepikan cinta pada manusia sebelum waktunya dan akhirnya bertemu jodoh dengan seorang doktor yang alim...sekaligus menjadi doktor hatinya dunia dan akhirat...

Sedikit perasaan cemburu menghantui diri seusai membacanya.....:) Bukan kerana Qanaah mendapat suami yang baik.. tapi cemburu dengan kebolehan penulisnya menyusun kata menjadikan sebuah buku yang ringkas tapi berkesan... Itu memang kebolehannya. Cerita sebegini telah ku karang dalam memori ini sejak di awal perkahwinan dulu..tapi hanya tercatat rapi dalam kamus peribadi. Pernah terfikir untuk menulis buku tapi dek kerana kurang kebolehan dan ilmu maka terasalah malu... Ditambah dengan kesibukan yang kian meruncing maka niat hanya terkubur begitu sahaja..

Sekarang sedang membaca karya suaminya pula... 'Denyut Kasih Medik' yang telah dibeli melalui seorang sahabat dalam minggu lepas...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sudi-sudilah tinggalkan kenangan di sini. Moga Ukhuwwah berpanjangan..TQ

PERMATA HATIKU....