Thursday, December 9, 2010

POST-MORTEM

Ramai yang bertanggapan negatif terhadap 'post-mortem' atau bedah siasat yang dijalankan oleh Doktor. Tidak kurang yang terus melabelkan bahawa perlakuan ini 'zalim' tanpa cuba mempelajari lebih mendalam tentang tujuan dan kebaikan yang diperolehi melalui post-mortem. Malah ada yang mendakwa tindakan ini sungguh tidak berperikemanusiaan dan tidak menghormati jenazah. Apakah perasaan doktor dan pihak polis yang terlibat dalam urusan post-mortem ini..? adakah mereka ini dikira sentiasa melakukan dosa kerana menzalimi mayat??

Ramai yang tidak menyedari betapa banyaknya persoalan yang telah menjadi tandatanya selama ini telah dihuraikan oleh post-mortem.. sejauh mana perjalanan sesuatu penyakit itu sehingga menyebabkan kematian juga telah dihuraikan oleh post-mortem, kematian mengejut yang membingungkan ahli keluarga juga berjaya dihuraikan oleh post-mortem, malah kaedah pencegahan dan tindakan terhadap sesuatu penyakit berjangkit yang menggerunkan juga telah diberi jawapannya oleh post-mortem. Jadi, post-mortem yang dijalankan terhadap si mati bukanlah utk saja2 atau suka2 melainkan satu mandat yang cukup besar bagi menghuraikan seribu persoalan....



Dr Abdul Aziz Khalifah al-Qassar (1999) dalam Hukm Tasyrlh al-Insan Baina as-Syari’ah wa al-Qamln telah membahagikan tujuan pembedahan ke atas mayat itu kepada tiga jenis iaitu:

i. At-tasyrih al-jina’iy iaitu pembedahan yang dilakukan bagi tujuan menyiasat sebab-sebab kematian dan mengenalpasti jenis kematian bagi menyingkap sebarang kesamaran terhadap kejadian tertentu sehingga terbukti kebenaran dan tertegak keadilan.

ii. At-tasyrih al-maradhiy iaitu pembedahan yang dilakukan terhadap mayat yang terkena penyakit. Pembedahan tersebut adalah untuk mengetahui secara mendalam kesan penyakit tersebut ke atas si mati, apakah ia merupakan penyakit berjangkit atau bukan. Dengan pembedahan tersebut pihak kerajaan boleh mengambil langkah pencegahan untuk menghalang wabak tersebut daripada merebak sehingga mengancam keselamatan dan keamanan masyarakat.

iii. At-tasyrih at-ta’limiy iaitu pembedahan yang dilakukan ke atas mayat-mayat manusia di bihk-bilik mayat fakulti- fakulti perubatan dengan bimbingan doktor-doktor di universiti. Tujuannya ialah untuk mengetahui secara praktikal dalam bentuk langsung dan ilmiah mengenai anggota-anggota badan dan fungsi-fungsinya yang nyata dan tidak nyata.

Kematian yang perlu bedah siasat

Selain bedah siasat mayat yang dibenarkan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, terdapat juga kematian yang perlu kepada bedah siasat mengikut peruntukan undang-undang dan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia yang selaras dengan kehendak syarak (dharuriyyat dan hajiyat) iaitu:

i. Kes kematian medicolegal
a. Semua kematian yang mendadak luar biasa, disyaki bukan kes- kes biasa, akibat perlakuan ganas seperti bunuh.
b. Kematian mendadak biasa tetapi tidak diketahui sebab kematian dari segi perubatan.
c. Kematian akibat kemalangan menggunakan kenderaan.
d. Kematian di tempat kerja; kemalangan, penyakit dan keracunan di tempat kerja.
e. Kematian akibat keracunan. (e.g. alcohol intoxication, coal gas, insecticides, barbiturates etc).
f. Kematian akibat bunuh diri.
g. Kematian akibat penggunaan gas-gas perubatan semasa pembedahan, prosedur penyiasatan perubatan, peralatan dan teknologi yang digunakan oleh hospital/klinik dan sebagainya.
h. Kematian akibat kemalangan di rumahhospital/ institusi/tempat umum.
i. Kematian akibat kecuaian pegawai dan kakitangan hospital/klinik seperti kecuaian menggunakan prosedur perubatan, peralatan,ubat, rawatan dan sebagainya.
j. Kematian tahanan polis, tahanan re m a n, banduan di kem-kem tahanan.
k. Kematian di Institusi Mental, rumah sakit jiwa dan lain-lain.
l. Kematian bayi baru lahir yang dijumpai.
m. Kematian kanak-kanak akibatan kelemasan (suffocation) nafas.
n. Kematian berkaitan anak-anak angkat.
o. Sebarang kematian akibat kebakaran dan letupan.
p. Mati lemas.
q. Sebarang kematian di luar kawasan kediaman seperti di tepi jalan, dalam sungai, perairan dan sebagainya, di mana kediaman si mati tidak diketahui.
r. Kematian akibat dari bahan-bahan kimia dan radiasi perindustrian seperti toksid, asid, radioaktif dan sebagainya.

ii. Kes Kematian Clinical
a. Kematian akibat penyakit berjangkit seperti Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk (SARS), AiDS, Anthraks, Japanese Encephalitis (JE) dan seumpamanya.
b. Kematian di wad yang diketahui sebabnya tetapi memerlukan maklumat lebih lanjut mengenai sebab kematian.
c. Kematian ibu semasa mengandung (maternal death).

- seseorang telah dijumpai mati lemas dalam sungai... benarkah dia mati lemas atau mungkin juga mati dibunuh dengan apa jua cara dan akhirnya dicampakkan ke sungai....?? Kemungkinan ini hanya terjawab dengan post-mortem...

Wallahu'alam.. mudahan ada manfaatnya.

2 comments:

Jacknaim said...

nice artikel.. sy share kan kat facebook deh

mamaAm said...

tok sukonyo post mortem....bau sajo migraine doh.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sudi-sudilah tinggalkan kenangan di sini. Moga Ukhuwwah berpanjangan..TQ

PERMATA HATIKU....