Hidup berjauhan dengan anak-anak dan suami selama 2 bulan adalah perkara yang agak sukar untuk ditempuhi oleh seorang yang bergelar ibu. Beberapa minggu sebelum ku berpergian..macam-macam mimpi buruk telah hadir dalam diri. Seminggu sebelum berpisah, hati terasa sayu setiap kali memandang wajah anak2.. kesian dengan budak-budak kecil 3 dan 4 tahun ini, terpaksa ditinggalkan mama buat sementara waktu demi mencari ilmu buat bekalan diri sebelum diri ini bergelar 'Doktor Pakar'. Aku telah maklum dengan kehendak universiti yang mensyaratkan untuk posting forensic di luar selama 4 bulan dan perlu menimba pengalaman di hospital2 lain sepanjang pengajian dalam 'Anatomik Patologi'. Aku menyahut seruan ini dan menganggap ini sebagai cabaran dalam kerjayaku... Kuredahi semuanya walaupun ia agak pahit.. Cuma satu yang aku harapkan Ya Allah....Permudahkanlah aku dalam proses pembelajaran ilmu ini dan jadikanlah kejayaan itu milik aku dalam peperiksaaan yang bakal menjelma.. Inginku hadiahkan kejayaan ini buat mereka yang telah banyak berkorban... mereka tentunya kedua anak2 kesayanganku, suami yang sentiasa kurindui dan juga kedua ibubapa + mentua.
Kini, 2 bulan hampir berlalu..lebih kurang 3 hari lagi aku akan kembali berada di syurgaku.. yakni rumahku, bersama anak2 dan suami tercinta. Dan sedikit waktu lagi aku akan menghadapi peperiksaan final yang menentukan aku layak bergelar doktor pakar atau tidak.. Doa tetap doa namun aku redha dengan segala ketentuannya. Sesungguhnya Dia Maha mengetahui..
Dan...semua orang tahu bahawa rindu itu anugerah Allah.. Mudahan sedikit pengorbanan ini membuahkan hasil yang baik buat semua. Tolong doakan kejayaanku...
p/s: Bye..i have to continue my study.. :)
Dan...semua orang tahu bahawa rindu itu anugerah Allah.. Mudahan sedikit pengorbanan ini membuahkan hasil yang baik buat semua. Tolong doakan kejayaanku...
p/s: Bye..i have to continue my study.. :)
4 comments:
Moga dikurniakan kejayaan yang cemerlang, dik.InsyaAllah segala pengorbanan,pasti ada ganjarannya di sisi Allah....
Insya Allah dipermudahkan................
Moga berjaya dan dimudahkan oleh Allah...Insya-Allah
Tak boleh imagine kena tinggal anak2..betul2 kena kuat dan tabah kan...btw..Good Luck wan
Post a Comment