music

Tuesday, November 15, 2011

NILAI DI SEBALIK ANGRY BIRDS


Aku seringkali tersenyum keseorangan mengingatkan 'ANGRY BIRDS' yang telah menjadi kegilaan anak-anakku dan kebanyakan kanak2 zaman sekarang.... Apalah yang seronoknya bermain dengan ANGRY BIRDS ni... Kanak2 zaman dulu sibuk bermain dengan elastik untuk mengelastik burung, tapi di zaman siber ini, kanak bermain elastik di iphone, android, ipad, ipod dan etc...bukan meng elastik burung, tapi burung2 tersebut menjadikan dirinya bahan atau bom untuk me membunuh babi-babi yang telah mencuri telur burung....alahai...


Namun, tahukah anda sebenarnya Angry birds dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah....

1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)

antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih?Yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri! yang putih pula?sanggup mengorbankan anaknya!.....itu bukanlah satu pengorbanan yang senang, menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad segala-galanya untuk mencapai satu matlamat yakni menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya... terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..."

(At-Taubah 9:110)



2) Amal Jamaie

Dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu



3) Tanzim (organisasi) yang tersusun

Tapi adakah mereka main langgar je sape yang serang dulu?Jawapannya tidak....
mereka sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza dan setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbeza jadi mereka susun sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu...

kenapa?

sebab Saidina Ali mengatakan

"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"



4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)

Bagaimana pula cara mereka susun siapa yang perlu pergi dulu dan siapa yang pergi kemudian?
Mereka menyusun dengan menilai bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu maka setiap orang yang mempunyai isti'ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya ....yang tahu potong kayu pergi serang kayu .....yang boleh hancurkan batu pergi hancurkan batu dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka untuk detect, apakah kelemahan musuh kita dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza bagaimanakah kita ingin menyusun strategi untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat


5) Taat

Sebagai qiyadah, perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan pasti tidak ada orang yang nak main dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh sekiranya qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas...



6) Ukhuwah

lastly, kena faham bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat...

itulah teras dan tunjang utama kekuatan mereka....mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya. Mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara seperti mana kita umat Islam bersaudara. Jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita daripada musuh yang nampak di dunia dan juga musuh yang tidak nampak yang menarik kita ke api neraka

kenapa?

sebab kita menyayangi saudara kita sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam tidak akan wujud game Angry Birds jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka, begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam malahan mustahil akan menang gerakan Islam jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam


"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat"

(An-Nasr 110:1-3)

sedarlah...

pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhuwwah dan kesatuan di kalangan umat Islam dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna
semua yang korang baca tadi adalah pengajaran daripada Angry Birds tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang...



Sekian...sehadar perkongsian ilmu.
Dipetik daripada Email sahabat dan laman web IluvIslam

Mudahan ada manfaatnya..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sudi-sudilah tinggalkan kenangan di sini. Moga Ukhuwwah berpanjangan..TQ

PERMATA HATIKU....