Sunday, January 6, 2013

HIDUP GEMBIRA DENGAN MEMBERI..



Memberi sesuatu yang baik, cantik dan bermanfaat adalah dituntut dalam Islam. Orang yang pemurah dikasihi Allah. Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya, tangan yang di atas (memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (penerima).
Untuk dikasihi Allah dan Rasulullah, kita perlu selalu memberi.

Mungkin timbul pertanyaan, apa yang saya hendak beri? Saya tidak punya wang yang banyak... bagaimana saya hendak memberi??

Pemberian bukanlah semata-mata hanya berupa wang. Jika yang dikatakan memberi itu hanya dengan wang atau harta, tentulah orang kaya sahaja yang boleh memberi. Itu tidak tepat...Sebenarnya kita dituntut menjadi seorang pemurah tidak kira orang kaya atau orang miskin. Tapi bagaimana?

Kita boleh memberi apa sahaja bentuk kelebihan yang ada pada kita. Boleh saja berupa wang ringgit atau memberi sumbangan tenaga, atau menyampaikan ilmu dan nasihat. Andainya semua itu tidak kita miliki, kita tetap juga masih boleh memberi... sekurang-kurangnya senyuman atau menggembirakan orang lain dengan mempamerkan wajah yang manis.

Paling tidak, kita boleh memberi sumbangan doa. memberi dalam senyap - mendoakan orang lain tanpa pengetahuannya, yang merupakan pemberian yang amat mudah..

Jika ditanya mana yang lebih menggembirakan, menerima hadiah atau memberi hadiah? Mungkin ramai yang akan menjawab menerima hadiah. Tetapi sebenarnya keadaan tidak selalu begitu.

tanya pada seorang ibu, apakah yang dirasainya ketika anak yang dikandungnya lahir? Dia telah memberi sehabis tenaga, bahkan seolah-olah memberi nyawa ketika melahirkan anaknya. sebaik sahaja tangisan anak bergema, hati ibulah yang paling gembira.

Tanyakan pula pada seorang ayah, apakah yang dirasainya ketika memberi hadiah kepada anaknya yangberjaya? Ya, anak yang menerima hadiah itu tentu berasa gembira, tetapi hati ayah yang memberinya lebih-lebih lagi gembira.

Rupa-rupanya memberi akan menggembirakan jika pemberian itu dilakukan dengan rasa kasih sayang. Dengan memberi, hati akan gembira. Syaratnya pemberian itu hendaklah disertai dengan rasa kasih sayang.

Jadi, sekiranya kita dalam keadaan bersedih atau tertekan, carilah seseorang dan berilah sesuatu kepadanya walau sekadar sekuntum senyuman. Nescaya hati kita akan kembali gembira. Insha-Allah!

Wallahua'lam ... mudahan bermanfaat untuk kita semua..


-petikan daripada NOTA FIKIR  untuk ZIKIR, Pahrol Mohd Juoi-

1 comment:

Biarlah rahsia said...

terima kasih di atas perkongsian yang baik...teruskan menulis Dr.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sudi-sudilah tinggalkan kenangan di sini. Moga Ukhuwwah berpanjangan..TQ

PERMATA HATIKU....