Wednesday, October 15, 2008

KEMATIAN BEGITU DEKAT..Alfatihah buat Monaliza..

Pada mulanya aku enggan menulis kerana my dissertation proposal belum siap lagi.. namun sejak Kebelakangan ini, terlalu banyak perkara yang telah membuatkan aku terkedu, yang telah menyentak diriku dari mimpi, untuk bangkit berfikir dan mengingati Allah S.W.T.

Kalau dulu, para doktor diajar tentang cancer epidemiology...mostly affected those > 50 year old...terasa diri ini selamat dan jauh dari penyakit...namun hakikat sebenarnya yang berlaku di arus kemodenan ini tidaklah begitu..carcinogen is everywhere, orang muda begitu ramai mengidap kanser yang biasanya dihidapi oleh golongan separuh abad..

1) 13 syawal/oct...aku dikejutkan dgn berita kematian rakan sekelas sewaktu di matrix usm di STAR. Innalillah..sedih dan Hiba bila kubaca coretan fendiosman . Dengan umur yang begitu muda telah dihidapi penyakit cancer cervix stage 4 yang telah menular ke ovary, kidney and lungs.. Mudahan rohnya ditempatkan bersama para solihin dan mudahan suami dan keluarganya tabah dengan dugaan ini.


Arwah Monaliza Hamzah..memang seorang yang baik,lemah lembut pertuturannya dengan suara yang serak2 basah dan tak pernah berkasar apatah lagi menyakitkan hati orang lain..Alfatihah..

2)Itu kisah seorang kawan...ada lagi kisah bahana cancer termasuklah ahli keluargaku sendiri. kakak iparku..Noraini Ahmad..Dalam umur yang baru melangkah 39 tahun (tahun lepas) beliau disahkan mengidap colonic cancer (Kanser usus), yang akhirnya terpaksa dibedah untuk dibuang separuh daripada ususnya dan diberi rawatan chemotherapy sebanyak 12 cycle.dan kini barahnya telah merebak ke hati..beliau kini semakin cengkung dan cengkung dan kurus kering..dari sehari ke sehari kuperhatikan keadaannya makin lemah.Apa yang menyedihkan aku..ANAK2.. apakah nasib 10 orang anaknya, yang sulung baru di matrix dan yang bongsu 3 tahun..abangku bertungkus lumus bekerja di welding dan dalam masa yang sama terpaksa menguruskan anak2..Sesungguhnya tiada lagi rawatan untuk penyakit kanser apabila sudah mencapai ke tahap yang serius..hanya DOA,traditional treatment, ikhtiar, kekuatan, semangat, dan sokongan ahli keluarga yang diperlukan..Dengan pertolongan Allah, nothing is impossible dan sesuatu yang miracle boleh berubah dengan doa..

3)Pada pagi syawal yang lepas..abangku telah menerima anak saudara baru kerana kakak iparnya telah melahirkan seorang bayi comel.Oleh kerana bayinya tak cukup bulan, terpaksalah dimasukkan ke dalam NICU. Ibunya dibenarkan pulang untuk berhari raya..pada petang 2 syawal (8 mlm) aku dikejutkan dengan berita kematiannya..bukan baby, tetapi mothernya yang baru hari ke 2 melahirkan anak..Sekali lagi aku terkesima. Dengan umur yang baru mencecah 33 tahun, anak 3 orang..yang sedihnya anak kecilnya masih dalam NICU yang amat memerlukan sokongan ibunya utk terus melihat dunia fana ini. Pada malam itu juga aku terus bergegas ke rumahnya di Jalan Tok Uban Pasir Mas.....Sesampainya aku di sana,aku begitu sebak melihat ibu arwah yang berlinangan air mata sehingga tidak boleh berkata-kata kerana terkejut dgn kematian anaknya yang jauh lebih muda daripadanya. Bertambah hiba apabila aku melihat anak arwah yang darjah 2 itu mengesat air mata berada di sisi arwah. aku berkesempatan membacakan yassin disisi arwah..kubuka kain putih yang menutup arwah utk menatap wajahnya...SUBHANALLAH...wajahnya tersenyum manis umpama sedang tidur, begitu manis sekali, bersih dan tenang...lantas ku teringat malam tersebut malam jumaat(hari khamis, mlm jumaat) dan matinya adalah mati kerana melahirkan...matinya tiada hisab...mudah-mudahan rohnya berada bersama orang2 soleh yang matinya tidak dihisab..

Sekian dulu coretanku...semoga kita semua sama-sama mengingati mati...sesungguhnya mati itu begitu dekat

8 comments:

Tirana said...

Semoga Allah merahmati roh mereka yang telah pergi mendahului kita. Ameen

kin hashim said...

wan, apa cause of death kakak ipar abg wan tuh? maternal death ni satu isu besar... teringat dulu, bila ada kes maternal death, siap la kena panggil meeting bbrapa kali!!

YuS~N3 said...

sedihnya..kesian baby tu..taks empat kenal mak dia..semog Allah mencucuri rahmat ke atas mereka semua..

A f f e n d i O s m a n said...

monaliza was a PTD officer, attached to Jabatan Perangkaan Negara.

she married to an army officer last year. no child.

KakChik said...

Semoga Allah rahmati mereka semua. Kematian datang memanggil tidak pernah kenal usia dan ketikanya. Moga Allah permudahkan dan muliakan kematian kita.

Ahmad Suhaimi Halim said...

Ketika mencari maklumat penyakit kanser aku terjumpa blog ini. Tulisan wan menyentuh perasaanku, semoga allah merahmati roh mereka. Aku juga tidak terkecuali sering terkejut dengan kematian rakan-rakan isteriku yang sama-sama menjalani rawatan pesakit kanser. Setiap kali isteriku memaklumkan kembali rakannya menghadap allah aku akan terkedu. Aku semakin sayang isteriku kini.

Ira said...

Al-fatihah buat mona. Saya mmg tidak mengenali arwah. Tapi, itulah hakikat hidup...saya pun penghidap kanser...hanya Allah mengetahui segala-galanya.

papa bear mama duck said...

Semoga Arwah Monaliza ditempatkan bersama-sama para solehin. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang, ku mohon padaMu, Ya Allah, Ampuni lah segala dosa-dosa Arwah Monaliza semasa hayatnya. Cucurilah Rahmat Mu keatas Rohnya, Ya Allah. Amin

Aku memang rapat dengan arwah. Setiap hari tak pernah jemu aku mendoakan arwah dan menghadiahkan Al Fatihah kepada arwah.

Memang benar, arwah semasa hayatnya seorang yang lemah lembut dan berbudi bahasa. Tutur katanya sangat lembut, senyumannya cukup menawan dan manis.

Aku merinduimu, sayang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sudi-sudilah tinggalkan kenangan di sini. Moga Ukhuwwah berpanjangan..TQ

PERMATA HATIKU....