music

Monday, December 1, 2008

Akhirnya dia pergi jua...Al-Fatihah..

Al-Fatihah buat arwah Noraini bt Ahmad,kakak iparku, pengidap kanser usus with liver metastasis (menular ke hati)yang telah menghembuskan nafas terakhir pada hari khamis malam jumaat yg lepas 28 Nov 2008. Dalam usia yg baru masuk 40 tahun, telah pergi meninggalkan anaknya 10 orang untuk dijaga oleh suaminya. Mudahan anak2 dan suaminya tabah dengan dugaan ini..

Apa yang telah menyentuh hatiku...waktu nazak seorang ibu bibirnya tetap menyebut nama anak2nya diselang-seli dengan kalimah Allah. Walaupun keadaan dirinya separa sedar di ambang maut...namun bibir masih menyebut nama anak2 seolah-olah meninggalkan pesanan walaupun sukar untuk difahami. Bermula dengan anaknya yang sulung Liyana(18), Hafiz(17), Sazana(15), Amira(13), helmi(12),fatihah(10), Arif(9), Haziq(7), Hazim(6) dan wafi(3). Apakan daya..masa hidupnya dihabiskan untuk membesarkan anak2, berkorban apa sahaja untuk anak2..sentiasa fikirkan keperluan anak2..ibarat sanggup biarkan diri kelaparan asalkan anak2 cukup makan pakainya...itulah lumrah seorang ibu..

Berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul....Apa yang aku harapkan agar Allah S.W.T memberi kesihatan dan ketabahan kepada abangku Wan Ahmad dalam mengharungi liku kehidupan ini kerana sekarang dialah ayah dan dialah ibu kepada anak2nya.. ALFATIHAH...

4 comments:

Unknown said...

Innalillahi wainna ilahi rajiun dan takziah Wan.

Hari ni KakChik pula kehilangan kawan. Berita kematiannya di muka depan Sinar Harian.

Semoga Allah tempatkan ruh mereka bersama ruh orang2 yang soleh.

Anonymous said...

Semoga roh kekanda k'wan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman, amin.Sedih sungguh yah baca entry ni, terbayang wajah anak2 yg masih perlukan kasih sayang ibu.Semoga K'wan &family tabah...

kin hashim said...

takziah untuk keluarga wan... semoga roh beliau bersama dgn org2 yg beriman di sisiNya..

Ku Keng said...

Al Fatihah. Saya jua baru kehilangan dua kawan akrab, serentak, akibat kanser.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sudi-sudilah tinggalkan kenangan di sini. Moga Ukhuwwah berpanjangan..TQ

PERMATA HATIKU....