music

Wednesday, October 28, 2009

EGM...



Tertarik dengan pandangan seorang sahabat tentang kemelut isu terkini...

Ketika Nabi dan S Abu Bakar berbeza pendapat dengan S Umar, maka Allah swt menurunkan firman Nya dalam tempoh yang singkat dan keputusan drp Allah lah yang di pakai kerana itulah keputusan yang tertinggi. Keputusan drp Allah itu sudah tentulah tidak kena dengan keputusan drp salah satu pihak dan mengena pula dengan satu pihak yang lain. Dalam kes Nabi, S Abu Bakar dan S Umar berbeza pendapat tentang tawanan Badar. Maka keputusan Allah Swt adalah berhampiran dengan pendapat S Umar.

Adakah Nabi dan S Abu Bakar merasa dipinggirkan oleh S Umar atau mereka cepat-cepat bertaubat dan berpihak kepada S Umar? Adakah Umar pula merasa bangga kerana pendapatnya di terima Allah, justeru dia hendak mengambil alih tempat Nabi atau S Abu Bakar, atau dia pun cepat-cepat juga bertaubat dan merapatkan saf pimpinan?

Kembali kepada isu di dalam Pas..
Mujahid Yusuf Rawa berpendapat isu dalaman Pas adalah serius dan ia perlu diselesaikan secara berorganisasi. Tidak lagi boleh sekadar jumpa, peluk-peluk dan ambil gambar, kemudian katakan isu sudah selesai.Untuk menyelesaikan isu Pas secara berorganisasi, maka kita perlu kepada keputusan tertinggi yang berautoriti.

Semasa di zaman Nabi, keputusan tertinggi adalah firman Allah. Firman Allah dalam isu tawanan Badar adalah jelas tidak memihak kepada Nabi Saw tetapi Nabi tidak menyembunyikan ayat itu, sebaliknya membacanya dengan jelas dan para sahabat menghafalnya sampailah ke zaman kita hari ini....Pada zaman Pas hari ini keputusan tertinggi yang patut diberi taat dan wala' adalah keputusan muktamar. Jelas di dalam perlembagaan parti menyatakan bahawa keputusan tertinggi yang patut diberi taat dan wala' adalah keputusan muktamar.

Presiden dan Mursyidul Am pun wajib taat kepada keputusan muktamar. Atas sebab itulah maka Mursyidul Am mencadangkan supaya ahli dan pimpinan Pas kembali kepada keputusan tertinggi yang wajib diberi taat dan wala', iaitu keputusan muktamar, justeru beliau mencadangkan muktamar khaslah. Apa keputusan muktamar khaslah? kita belum tahu sebab belum buat. Kalau keputusan muktamar Khaslah menetapkan bahawa Mursyidul Am telah mengganggu JKuasa tertinggi Pas di dalam menjalankan tugas mereka dan beliau wajar mendiamkan diri, maka itulah yang patut ditaati dan diberi wala'. Nik Aziz kena taat itu, kerana itulah keputusan tertinggi.

Sebab itu TGNA kata, muktamar Khaslah itu penting untuk menentukan nak ikut mana satu? Bukan isunya nak pecat Presiden atau nak pecat Timbalan Presiden atau nak pecat Hassan Ali. etapi adalah untuk menentukan halatuju sebenar parti supaya jelas. Kalau muktamar khaslah itu telah menetapkan halatuju dgn tegas tetapi masih mengekalkan Pre, T.Pre dan Hassan Ali, maka kita taatlah. Tetapi mereka juga kena taat kepada keputusan menetapkan halatuju parti. Kalau mereka masih `lok lek', maka JK disiplin kena ambil tindakan tegas. Sebab Nabi sendiri bila Allah beri keputusan yang tidak memihak kepada pendapat Nabi, maka Nabi dengan tegas patuh kepada keputusan itu.


Tidak timbul soal hendak mengheboh-hebohkan cerai isteri di balai raya kerana ini adalah proses untuk mencari keputusan `tertinggi' bagi meletakkan `taat dan wala'. Sedang Nabi sendiri tidak menyembunyikan fakta bahawa baginda pernah ditegur oleh Allah swt sendiri.


Tidak timbul juga soal menggunakan blog untuk menegur, kerana isu ini adalah isu yang patut diketahui oleh sekalian ahli-ahli Pas semuanya, dan kita patut mempelajarinya dengan penuh teliti supaya dapat membantu membuat keputusan tertinggi itu.


Persoalannya adalah??? KENAPA ragu-ragu untuk mendapatkan mandat bagi memperoleh Keputusan Tertinggi itu? Soal takut media kerajaan memanipulasi berita tidak akan timbul jikalau kita beri penerangan yang jelas kepada ahli dan penyokong.. Soalnya apakah penerangan jelas yang kita dah beri kepada penyokong tatkala ribuan blog mengata macam-macam kepada halatuju keliru pimpinan Pas?

-ghazali-al-

Sekadar berkongsi idea sahabat yang kukira agak bernas dan rasional...
renung-renungkanlah... Wallua'lam



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sudi-sudilah tinggalkan kenangan di sini. Moga Ukhuwwah berpanjangan..TQ

PERMATA HATIKU....