music

Monday, January 25, 2010

Hati berbicara...


Diri sendiri sudah mula bosan melihat laman blog sendiri dengan entri yang sama...
Hanya mampu merenung tanpa perasaan...
Bukannya tak buka blog...
setiap kali cek email inbox semestinya akan melawat rumah mayaku ini...
Tapi masih tiada hati untuk menulis..
Bukannya tiada entri menarik dari rakan-rakan blogger...
Tapi masih tiada hati untuk berziarah...
Tidak bermaksud untuk bersara dari alam blogger...
Tapi fikiran masih sarat dan agak tercedera...
Ku fikir dan ku renung hikmat di sebalik kejadian...
Jawapannya tetap sama...
Mungkin ujian utuk keluargaku..
Ya Allah Ar-Rahman yang Maha Pengasih...
Kenapa wujud manusia-manusia yang bersifat kejam...?
Usah dipersoal kejadian Tuhan...
Jawapannya tetap sama..
Mungkin dugaan ALLAH melalui manusia itu...
Segalanya berputar pada paksi yang sama...
Apa yang berlaku kerana kasih sayang Allah pada hambaNya jua..
Agar hambaNya lebih dekat padaNya...
Habis? apakah kesudahannya...?
Sabar dan sabar...
Doa dan doa..
Itulah tugas seorang hamba...
selaku insan yang lemah..



3 comments:

Khaulah Al-Azwar said...

salam k.wan,nape sedih je bunyinya...sabarlah akak..setiap insan akan diduga oleh Allah...apabila kita ingat kita yang paling tidak bernasib baik di dunia ini,ingatlah masih ada lagi insan yang lebih malang daripada kita..ujian Allah tidak sia2,ada hikmahnya..sama2lah kita fikirkan..ku jua bukan insan terbaik,tapi ingatan dan muhasabah bersama...slm permisi...

Anonymous said...

anak wan sakit ggapo? sabar bbanyok deh...

kin hashim said...

nape wan? apa2 pun, semoga wan sentiasa tabah..saya tau, wan memang seorg yg tabah!saya pun buat masa sekrg ni mood berblogging makin kurang jugak nih... pun tak berniat nak bersara, bagi masa lagi, mungkin nanti semangat tu datang balik! hehhe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sudi-sudilah tinggalkan kenangan di sini. Moga Ukhuwwah berpanjangan..TQ

PERMATA HATIKU....