music

Wednesday, February 24, 2010

Belajar Dari Para Wali

Entri ini dilabelkan sebagai 'Aku dan Buku'. Ada sebab tertentu yang membuatkan diri ini terpanggil untuk mencipta satu lagi label yang baru dalam blog ini. Tujuan utama adalah untuk memotivasikan diri ini membaca buku2 ilmiah atau buku-buku yang lain selain daripada buku akademik semata. Sudah agak lama aku meminggirkan hobi ini sejak punyai anak dengan alasan tiada masa. Jika ingin diikutkan tiada masa, memang kita tidak akan punya masa kerana masa sentiasa bergerak pantas..dan akan rugilah bagi sesiapa yang mengabaikan masanya...

Entri pertama tentang aku dan buku ini dimulai dengan buku 'BELAJAR DARI PARA WALI', hasil tulisan Wan Ji Wan Husin dan telah diberi pandangan sisi oleh TGNA kita. Alhamdulilah aku telah membacanya hampir ke penghujung.Ia telah memuatkan 28 kisah kehidupan para Wali Allah yang telah diceritakan semula oleh para Solihin yang pernah bersama mereka dalam beberapa situasi dan telah dicatat serta disimpan rapi untuk dijadikan khazanah ilmu yang berharga bagi mereka yang mengejar keredhaan Allah..

Kisah hidup para wali adalah manifestasi sebuah harapan yang diletak di atas hamparan kisah insan2 gemilang yang pernah dilahirkan oleh tamadun keinsanan. Mengukur prestasi mereka bukanlah melalui ukuran zahir. Buku ini membicarakan bagaimana nilai dunia ini dari kaca mata para wali. Bukan membicarakan soal pertumbuhan ekonomi, taraf hidup insaf bertaraf dunia atau hal-hal yang seumpama dengannya.Ia ditampilkan untuk dijadikan piawaian bagi mengukur maksud hidup dan nilai hidup...

Sekurang-kurangnya dapat mengalih minda seketika tentang keperluan mengingati ALLAH s.w.t sebagaimana denyutan nadi yang berdenyut... kerana sesungguhnya Allah s.w.t sebenarnya tidak mengizinkan hambaNya melupakanNya walaupun sesaat.... Wallahu'alam.

Mudahan ada manfaatnya.

2 comments:

Khaulah Al-Azwar said...

Salam K.Wan,,
Alhamdulillah dan terima kasih..perkongsian yang bermanfaat,saya pun nak cari buku ni...dan dapat juga beroleh sesuatu drpd buku ini...InsyaAllah...

kin hashim said...

betul tu wan, kalau diikutkan masa yg free, memang tadok langsung! kena pandai2 celah masa la kan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sudi-sudilah tinggalkan kenangan di sini. Moga Ukhuwwah berpanjangan..TQ

PERMATA HATIKU....