Monday, March 8, 2010

PEMILIK CINTAKU..


Suamiku,
Dilafaz lancar sebuah akad
Setulus hati mahar diberi
Terangkat sudah segala penyekat
Diriku kini kau miliki

Dalam keterharuan
Airmata ibu berguguran
Ayah sebak melepaskan
Puterinya kini kau jagakan

Suamiku,
Jika diriku diterima kerana kelebihan
Kau kan kecewa bila terlihat kekurangan
JIka diriku diterima kerana kecantikan
Kau kan bosan bila ia beransur hilang

Aduhai suamiku,
Jelaskanlah niat dan matlamat
menerimaku kerana agama
Barulah hidup beroleh berkat
Bahagia hingga ke syurga

Ketahuilah suamiku,
Kaulah pemilik cintaku
Setelah Allah dan Rasul
Suluhkanlah buatku
Jalan menuju yang satu

Suamiku,
Kita dua insan berbeza
Cita dan cinta yang sama
Jadilah dirimu sebenarnya
Terimalah diriku seadanya

Suamiku,
Asam garam rumahtangga
Khilaf dan salah pasti ada
Sama2lah berlapang dada
Pemula maaf paling mulia..

Telah usai membaca buku 'Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul' karya Fatimah Syarha di awal bulan Februari yang lepas. Sebuah bingkisan yang cukup menyentuh hati mengisahkan pencarian Cinta Qanaah yang mengenepikan cinta pada manusia sebelum waktunya dan akhirnya bertemu jodoh dengan seorang doktor yang alim...sekaligus menjadi doktor hatinya dunia dan akhirat...

Sedikit perasaan cemburu menghantui diri seusai membacanya.....:) Bukan kerana Qanaah mendapat suami yang baik.. tapi cemburu dengan kebolehan penulisnya menyusun kata menjadikan sebuah buku yang ringkas tapi berkesan... Itu memang kebolehannya. Cerita sebegini telah ku karang dalam memori ini sejak di awal perkahwinan dulu..tapi hanya tercatat rapi dalam kamus peribadi. Pernah terfikir untuk menulis buku tapi dek kerana kurang kebolehan dan ilmu maka terasalah malu... Ditambah dengan kesibukan yang kian meruncing maka niat hanya terkubur begitu sahaja..

Sekarang sedang membaca karya suaminya pula... 'Denyut Kasih Medik' yang telah dibeli melalui seorang sahabat dalam minggu lepas...



4 comments:

Husin Husaini said...

Slm k.wan..
apa kbr?
terima kasih info tentang buku ni..
sngt brmanfaat perkongsiaan ni..
InsyaAllah sy pun nk cr buku ni..

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Hmmm, good story. Too bad, now I read mostly educational stuff ... tp buku tu mcm informational gak kan? ... takpe la, dah dpt storynya :) Thanks.

BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila klik disini
Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
DISINI

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.

~masalifah~ said...

kak Wen,
Try la tulis buku. sy tunggu buku kak Wen :)

Boleh kontek Fauzul-smach'94 kalau berminat. Dia skrg di PTS, ada buat kursus penulisan.
Sy pernah attend kursusnya, ramai professional yg join, termasukla doktor dan engineer.

Kursusnya sy bg 5 star!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sudi-sudilah tinggalkan kenangan di sini. Moga Ukhuwwah berpanjangan..TQ

PERMATA HATIKU....