music

Sunday, February 7, 2010

HILANG 2 ANAK, DENGGI DAN UJIAN


Di saat diri sedang bersedih dengan ujian kecil yang menimpa ahli keluarga.. tiba2 dikejutkan pula dengan berita sedih dari seorang teman sekolah lama. Ya Allah.. berat sungguh ujian yang ditanggung oleh saudara kita, Nik Shamrul Zaimi dan ahli keluarganya kerana kehilangan 2 orang anak perempuan dalam masa 2 hari berturut-turut. Anak keduanya yang berumur 4 tahun telah meninggal dunia pagi kelmarin kerana demam denggi berdarah...dan awal pagi tadi, dalam masa kurang 24 jam, dia telah kehilangan seorang lagi anak ke-3nya yang berumur 2 tahun setengah kerana mengalami masalah yang sama..

Berat mata memandang, berat telinga yang mendengar, bertambah-tambah berat orang yang menanggung. walau berat macamana sekalipun hati mesti redha kerana setiap milik kita hanyalah pinjaman semata. Tiada yang kekal dan tiada yang abadi melainkan ALLAH s.w.t. Yang pergi biarkan pergi... cuma marilah kita sama2 doakan agar saudara kita ini diberikan kekuatan oleh Allah S.w.t untuk meneruskan kehidupan tanpa ke-2 orang anak yang begitu dikasihinya. Didoakan juga agar isterinya yang masih berada dalam pantang diberikan kekuatan dan dijauhkan daripada kemurungan yang keterlaluan kerana bimbang memudharatkan diri dan anak yang masih kecil...

kepada semua..sedikit info about Denggi :

Dengue shock syndrome (DSS), also mistakenly referred to as dengue hemorrhagic fever (DHF), is characterized by dengue fever's symptoms of abdominal pain, hemorrhage, with the addition of circulatory collapse. Dengue hemorrhagic fever starts unexpectedly with extreme fevers, headache, sore throat, cough, nausea and vomiting. Dengue shock syndrome is the most severe case of dengue fever. The shock occurs after two to six days of symptoms, followed by collapse, weak pulse, and blueness around the mouth. Symptoms also include: easy bruising, blood spots, bleeding gums and nosebleeds. Dengue shock syndrome can be fatal. The mortality rate ranges from 6 to 30 percent, most commonly in children.

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.


Musnahkan tempat pembiakan nyamuk

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:


1)Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.

2)Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.
3)Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga

'Mudahan kita tergolong dalam golongan orang-orang yang bersabar dan berIMAN'
Segalanya dari ALLAH dan kembalinya jua kepada ALLAH...

3 comments:

jibeng said...

sedih la dgr.anak2 semua baya2 anak sendiri tu, isk sedih betul

Nadiah Sidek said...

akak..saya ada baca dlm status facebook sorg abg tu (abg khairur)...cerita pasal ni la. tak sangka akak pun kawan ayah arwah. walaupun nadiah tak kenal diorang, sedih rasanya..mudah2an keluarga arwah 2 beradik tu tabah hadapi ujian..

ibuaiman said...

assalamualaikum...salam perkenalan...mmg sedih sgt dgr cerita ini...denggi kalau tidak dirawat dari peringkat awal mmg blh membawa komplikasi sebegini...

akak dah habis ke belajar patho kat usm?

kalau sudi datanglah jenguk blog saya kat www.klinik-ibuaiman.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sudi-sudilah tinggalkan kenangan di sini. Moga Ukhuwwah berpanjangan..TQ

PERMATA HATIKU....