music

Tuesday, March 30, 2010

MANISNYA DI HARI LAHIR 33



Pada 28 Mac 2010, genaplah umurku 33 tahun. Umur yang bukan lagi boleh dikategorikan sebagai muda remaja..:) Terasa masa berlalu begitu pantas sekali. Pejam celik sudahpun berada pada usia begini. Rasanya baru sahaja meninggalkan alam persekolahan...

Tahun ini merupakan kali ke-10 aku meraikan birthday bersama orang tersayang yang bergelar suami. Maknanya sudah 10 tahun jugalah usia perkahwinan kami.. namun, tahun ini merupakan tahun yang amat gembira dalam hidupku dalam konteks birthday celebration... Apa tidaknya, tidak pernahku menerima kejutan sebegini. Seorang florist telah membawa sejambak bunga ros merah ke Jabatanku dan mencari Dr Wan Faiziah untuk menerima jambangan bunga istimewa daripada orang yang tersayang.. heboh satu department... rasa malu pun ada, terharu pun ada.. dan yang paling ketara rasa bertuah kerana dikurniakan seorang suami yang menghargai dan menyayangi diri ini.. Inilah kali pertama aku menerima jambangan bunga di hari lahirku.. bagi orang yang sudah biasa menerimanya mungkin ia sudah menduga dan tiadalah kejutannya.. tapi bagi yang tak biasa, ia adalah diluar jangkaan. Itulah nikmatnya..

Bukan itu sahaja, sesampai sahaja di rumah, aku dihadiahi handbag baru jenama VERN berwarna hitam. Katanya, " handbag yang mama ada agak kecil, berat dan hampir putus sudah talinya... Abang belikan handbag yang ada poket kiri dan kanan agar tak tercari-cari handphone atau kunci dan yang paling penting boleh selitkan pampers anak.." Alhamdulillah... terasa syukur sangat kerana sekurang-kurang suami sudah pandai membeli sesuatu mengikut citarasa dan pandangannya. Of course aku terlalu gembira menerima sesuatu pilihan seseorang walaupun kekadang tidak selari dengan citarasaku. Aku suka dengan apa jua pemberian orang kerana yang pasti ada kelainannya..


Petangnya, suami bawak balik kek pula yang tertulis di atasnya SELAMAT HARI LAHIR MAMA. Bersorakla anak-anakku kerana terlalu excited melihat kek tersebut.. Aduh abang..siapalah yang nak habiskan kek yang agak besar nih.... Disebabkan kat rumah terlalu banyak makanan yang dibeli di JOM HEBOH sehari sebelum tu, maka abang menjemput anak-anak buah untuk datang meraikan mini birthday celebration ini. Dengan bihun goreng, pelbagai junk food such as mister potato, jacker, mamee, double decker dan dutch lady milk perisa strawberry yang merupakan penaja2 utama yang didapati dari gerai JOM HEBOH ni maka jadilah majlis hari lahir tanpa dirancang yang begitu manis untuk diingati...:)

TERIMA KASIH SUAMI DAN ANAK-ANAKKU, AHMAD LUTFILHADI DAN AHMAD BAIHAQI KERANA MEMAHAMI DAN MENYAYANGI DIRI INI SEADANYA...

12 comments:

Unknown said...

Happy belated birthday wan! Walaupun kakchik dah tulis mesej di FB tapi rasa mesti juga datang baca pengalaman birthday wan yang menarik ni. Tahniah ya sb Hasyairi pandai menghargai wan sbg isteri. Bangga kakchik mempunyai junior macam dia. Kakchik pun belum pernah dapat birthday surprise bentuk barangan ni. Tentu seronok sangat kan.

NORAIN said...

selamat 'belated' hari lahir kak wan...semoga sentiasa dlm peliharaan n kasih sayang Allah...moga bahagia bersama keluarga tercinta dunia akhirat insyaallah :)

Nadiah Sidek said...

happy belated birthday kak! sekali-sekala dpt surprise mmg seronok tmbh2 dr org tersayang :)

Ros Illiyyuun said...

Happy belated birthday...semoga diberkati usia...Ameen.

Kak Han said...

Tahniah Wan!Happy belated birthday!Suka Kak Han dengar cerita Wan ni...romantik habis Yie tu ya..hehehe.Alhamdulillah...moga hidup Wan dipenuhi dengan rahmah,mawaddah,kasih sayang dari Allah..ameen..

Anonymous said...

so sweet bila sesekali dpt kejutan. oghe pun x rajin lg dpt bunga time birthday... masa konvo dulu jah skali, tu pun sbb kena paksa... hahaha

mamalubna said...

Happy belated birthday kak wan... mg bahagia hingga ke Syurga :)

wfaiziah said...

Jazakumullahu khairan kathiira..
Amiin..
Mudahan doa kalian semua dimakbulkan Allah hendaknya. Setiap orang ada kelebihan masing2. Ada yang bersifat kurang romantisnya tapi kelebihannya di tempat lain. yang penting apa jua cara yang ditunjukkan niatnya utk membahagiakan kita dan menghargai kita sebagai isteri dan ibu kepada anak-anaknya..:)

Havlu-Dantel said...

Hapy birthday.
I add you to my links.
Goodby

Damitri said...

Salam Dr Wan,,

Sorry agak bz sekarang ni...hepi belated birthday...semoga panjang umur dan dimurahkan rezki..

ummu said...

Salam Dr Wan
happy belated birthday
Moga usia bertambah dalam redhaNya.

sangat best kejutan zauj doktor,alhamdulillah,begitulah indahnya cinta dalam cintaNya...

Jacknaim said...

salam...
Wah.. romantik sungguh abg yie ni rupanya.. kena g menuntut ilmu bahagia rumah tangga ni..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sudi-sudilah tinggalkan kenangan di sini. Moga Ukhuwwah berpanjangan..TQ

PERMATA HATIKU....