music

Wednesday, June 22, 2011

Ilmu & Keyakinan..


Hari-hari yang dilalui selepas lulus exam master ternyata lebih mendebarkan..
Kalau dulu lebih kepada tekanan untuk menghadapi peperiksaan tapi kali ini terasa tekanan bila digelarkan sebagai pathologist (Pakar Patologi). Pelbagai perasaan wujud.. Dengan segala kekurangan yang ada, baik dari segi ilmu, pengalaman atau keyakinan..bagaimana untuk menjadi seorang pathologist...? Aduhai.. terasa hidup makin tertekan. Rupanya exam hanya satu simbol atau prasyarat sahaja... inilah peperiksaan yang sebenarnya.. This is beginning of my life untuk memikul tanggungjawab yang jauh lebih berat daripada menjadi seorang master student!


Walau apapun, aku hanya mampu berdoa agar Allah Taala mempermudahkan segala urusanku. Bukan takut kerana tiada ilmu tapi sebenarnya kurang keyakinan untuk ke hadapan... Itulah kelemahan orang-orang melayu jika dibandingkan dengan kaum lain. Ada yang nampak begitu 'confident' walaupun tiada ilmu, tapi kita...? keyakinan yang kurang menyebabkan kita jadi takut..

Kini aku sedang menantikan kelahiran anak ke-3 ku.. Mudahan kelahiran anak ini lebih membahagiakan hari-hari depanku.. 'Ya Allah, kurniakanlah anak yang sihat dan sempurna dan permudahkankanlah proses kelahiran ini..amin.."

2 comments:

Klinik Ummi said...

Tahniah Wan!Dah jadi specialist rupanya Wan.Kak Han tumpang gembira.Lagilah gembiranya dapat tahu yg Wan akan melahirkan zuriat ke-3 tak lama lagi!Tahniah sekali lagi dik.'Ya Allah, kurniakanlah anak yang sihat dan sempurna buat sahabiahku ini dan permudahkankanlah proses kelahirannya ya Allah..amin.."

ibuaiman said...

Salam..tahniah Kak..akhirnya berjaya bergelar Pathologist...:)...alhamdulillah....
akak posting kat hosp mana?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sudi-sudilah tinggalkan kenangan di sini. Moga Ukhuwwah berpanjangan..TQ

PERMATA HATIKU....