music

Monday, June 27, 2011

Wudhu' Yang Sempurna & Solat Yang Khusyuk

Tugasan pertamaku selaku Jawatankuasa Unit kerohanian Kelab Akademik & Kebajikan Patologi, USM(KAKP USM) adalah menerbitkan risalah sebagai tazkirah bulanan. Sebaik sahaja tamat Exam tempohari, sebah risalah edisi pertama telah berjaya diedarkan kepada semua ahli Kelab. Tajuk Wudhuk dan solat telah dipilih memandangkan ia adala perkara asas yang dilakukan berulang-ulang setiap hari..Artikel seperti di bawah..


Wudhuk sempurna..


Sekurang-kurangnya kita mengambil wudhuk 5 kali dalam sehari. Dengan wudhuk yang sempurna InsyaAllah akan menimbulkan kekhusyukan kepada solat seterusnya memberi kesan yang baik dalam kehidupan seharian. Hayatilah setiap perlakuan dalam wudhuk kita...
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak dan janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Penjelasannya:
1. Setiap hari kita sering bercakap perkara yang tak berfaedah
2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala
6. Setiap hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll
7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.



Solat Yg Khusyuk...

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?". Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air.

Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :

1. 1 1. Bertaubat

2. 2. Menyesali dosa yang telah dilakukan

3. Tidak tergila-gilakan dunia

4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')

5. Tinggalkan sifat berbangga

6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. Meninggalkan sifat dengki.

" Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik." "Setiap bacaan dan doa dalam solat, aku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. "

Wallahua'lam.. mudahan dapat dijadikan iktibar.

Wednesday, June 22, 2011

Ilmu & Keyakinan..


Hari-hari yang dilalui selepas lulus exam master ternyata lebih mendebarkan..
Kalau dulu lebih kepada tekanan untuk menghadapi peperiksaan tapi kali ini terasa tekanan bila digelarkan sebagai pathologist (Pakar Patologi). Pelbagai perasaan wujud.. Dengan segala kekurangan yang ada, baik dari segi ilmu, pengalaman atau keyakinan..bagaimana untuk menjadi seorang pathologist...? Aduhai.. terasa hidup makin tertekan. Rupanya exam hanya satu simbol atau prasyarat sahaja... inilah peperiksaan yang sebenarnya.. This is beginning of my life untuk memikul tanggungjawab yang jauh lebih berat daripada menjadi seorang master student!


Walau apapun, aku hanya mampu berdoa agar Allah Taala mempermudahkan segala urusanku. Bukan takut kerana tiada ilmu tapi sebenarnya kurang keyakinan untuk ke hadapan... Itulah kelemahan orang-orang melayu jika dibandingkan dengan kaum lain. Ada yang nampak begitu 'confident' walaupun tiada ilmu, tapi kita...? keyakinan yang kurang menyebabkan kita jadi takut..

Kini aku sedang menantikan kelahiran anak ke-3 ku.. Mudahan kelahiran anak ini lebih membahagiakan hari-hari depanku.. 'Ya Allah, kurniakanlah anak yang sihat dan sempurna dan permudahkankanlah proses kelahiran ini..amin.."

Tuesday, January 25, 2011

RINDU & PENGORBANAN

Hidup berjauhan dengan anak-anak dan suami selama 2 bulan adalah perkara yang agak sukar untuk ditempuhi oleh seorang yang bergelar ibu. Beberapa minggu sebelum ku berpergian..macam-macam mimpi buruk telah hadir dalam diri. Seminggu sebelum berpisah, hati terasa sayu setiap kali memandang wajah anak2.. kesian dengan budak-budak kecil 3 dan 4 tahun ini, terpaksa ditinggalkan mama buat sementara waktu demi mencari ilmu buat bekalan diri sebelum diri ini bergelar 'Doktor Pakar'. Aku telah maklum dengan kehendak universiti yang mensyaratkan untuk posting forensic di luar selama 4 bulan dan perlu menimba pengalaman di hospital2 lain sepanjang pengajian dalam 'Anatomik Patologi'. Aku menyahut seruan ini dan menganggap ini sebagai cabaran dalam kerjayaku... Kuredahi semuanya walaupun ia agak pahit.. Cuma satu yang aku harapkan Ya Allah....Permudahkanlah aku dalam proses pembelajaran ilmu ini dan jadikanlah kejayaan itu milik aku dalam peperiksaaan yang bakal menjelma.. Inginku hadiahkan kejayaan ini buat mereka yang telah banyak berkorban... mereka tentunya kedua anak2 kesayanganku, suami yang sentiasa kurindui dan juga kedua ibubapa + mentua.


Kini, 2 bulan hampir berlalu..lebih kurang 3 hari lagi aku akan kembali berada di syurgaku.. yakni rumahku, bersama anak2 dan suami tercinta. Dan sedikit waktu lagi aku akan menghadapi peperiksaan final yang menentukan aku layak bergelar doktor pakar atau tidak.. Doa tetap doa namun aku redha dengan segala ketentuannya. Sesungguhnya Dia Maha mengetahui..

Dan...semua orang tahu bahawa rindu itu anugerah Allah.. Mudahan sedikit pengorbanan ini membuahkan hasil yang baik buat semua. Tolong doakan kejayaanku...

p/s: Bye..i have to continue my study.. :)

Tuesday, December 14, 2010

MAHA MELIHAT...


Seiring waktu berlalu tangis tawa di nafasku
Hitam putih di hidupku jalani takdirku
Tiada satu tersembunyi, tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi Engkaulah saksinya

Kau yang Maha Mendengar
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertobat
Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Pemyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bergantung

Yang dicinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penih dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali hapus semua pedih
Andai mungkin aku bisa, kembali ulang segalanya
Tapi hidup takkan bisa meski dengan air mata


-semoga terhibur...

i like this song - Opick & Amanda

Thursday, December 9, 2010

POST-MORTEM

Ramai yang bertanggapan negatif terhadap 'post-mortem' atau bedah siasat yang dijalankan oleh Doktor. Tidak kurang yang terus melabelkan bahawa perlakuan ini 'zalim' tanpa cuba mempelajari lebih mendalam tentang tujuan dan kebaikan yang diperolehi melalui post-mortem. Malah ada yang mendakwa tindakan ini sungguh tidak berperikemanusiaan dan tidak menghormati jenazah. Apakah perasaan doktor dan pihak polis yang terlibat dalam urusan post-mortem ini..? adakah mereka ini dikira sentiasa melakukan dosa kerana menzalimi mayat??

Ramai yang tidak menyedari betapa banyaknya persoalan yang telah menjadi tandatanya selama ini telah dihuraikan oleh post-mortem.. sejauh mana perjalanan sesuatu penyakit itu sehingga menyebabkan kematian juga telah dihuraikan oleh post-mortem, kematian mengejut yang membingungkan ahli keluarga juga berjaya dihuraikan oleh post-mortem, malah kaedah pencegahan dan tindakan terhadap sesuatu penyakit berjangkit yang menggerunkan juga telah diberi jawapannya oleh post-mortem. Jadi, post-mortem yang dijalankan terhadap si mati bukanlah utk saja2 atau suka2 melainkan satu mandat yang cukup besar bagi menghuraikan seribu persoalan....



Dr Abdul Aziz Khalifah al-Qassar (1999) dalam Hukm Tasyrlh al-Insan Baina as-Syari’ah wa al-Qamln telah membahagikan tujuan pembedahan ke atas mayat itu kepada tiga jenis iaitu:

i. At-tasyrih al-jina’iy iaitu pembedahan yang dilakukan bagi tujuan menyiasat sebab-sebab kematian dan mengenalpasti jenis kematian bagi menyingkap sebarang kesamaran terhadap kejadian tertentu sehingga terbukti kebenaran dan tertegak keadilan.

ii. At-tasyrih al-maradhiy iaitu pembedahan yang dilakukan terhadap mayat yang terkena penyakit. Pembedahan tersebut adalah untuk mengetahui secara mendalam kesan penyakit tersebut ke atas si mati, apakah ia merupakan penyakit berjangkit atau bukan. Dengan pembedahan tersebut pihak kerajaan boleh mengambil langkah pencegahan untuk menghalang wabak tersebut daripada merebak sehingga mengancam keselamatan dan keamanan masyarakat.

iii. At-tasyrih at-ta’limiy iaitu pembedahan yang dilakukan ke atas mayat-mayat manusia di bihk-bilik mayat fakulti- fakulti perubatan dengan bimbingan doktor-doktor di universiti. Tujuannya ialah untuk mengetahui secara praktikal dalam bentuk langsung dan ilmiah mengenai anggota-anggota badan dan fungsi-fungsinya yang nyata dan tidak nyata.

Kematian yang perlu bedah siasat

Selain bedah siasat mayat yang dibenarkan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, terdapat juga kematian yang perlu kepada bedah siasat mengikut peruntukan undang-undang dan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia yang selaras dengan kehendak syarak (dharuriyyat dan hajiyat) iaitu:

i. Kes kematian medicolegal
a. Semua kematian yang mendadak luar biasa, disyaki bukan kes- kes biasa, akibat perlakuan ganas seperti bunuh.
b. Kematian mendadak biasa tetapi tidak diketahui sebab kematian dari segi perubatan.
c. Kematian akibat kemalangan menggunakan kenderaan.
d. Kematian di tempat kerja; kemalangan, penyakit dan keracunan di tempat kerja.
e. Kematian akibat keracunan. (e.g. alcohol intoxication, coal gas, insecticides, barbiturates etc).
f. Kematian akibat bunuh diri.
g. Kematian akibat penggunaan gas-gas perubatan semasa pembedahan, prosedur penyiasatan perubatan, peralatan dan teknologi yang digunakan oleh hospital/klinik dan sebagainya.
h. Kematian akibat kemalangan di rumahhospital/ institusi/tempat umum.
i. Kematian akibat kecuaian pegawai dan kakitangan hospital/klinik seperti kecuaian menggunakan prosedur perubatan, peralatan,ubat, rawatan dan sebagainya.
j. Kematian tahanan polis, tahanan re m a n, banduan di kem-kem tahanan.
k. Kematian di Institusi Mental, rumah sakit jiwa dan lain-lain.
l. Kematian bayi baru lahir yang dijumpai.
m. Kematian kanak-kanak akibatan kelemasan (suffocation) nafas.
n. Kematian berkaitan anak-anak angkat.
o. Sebarang kematian akibat kebakaran dan letupan.
p. Mati lemas.
q. Sebarang kematian di luar kawasan kediaman seperti di tepi jalan, dalam sungai, perairan dan sebagainya, di mana kediaman si mati tidak diketahui.
r. Kematian akibat dari bahan-bahan kimia dan radiasi perindustrian seperti toksid, asid, radioaktif dan sebagainya.

ii. Kes Kematian Clinical
a. Kematian akibat penyakit berjangkit seperti Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk (SARS), AiDS, Anthraks, Japanese Encephalitis (JE) dan seumpamanya.
b. Kematian di wad yang diketahui sebabnya tetapi memerlukan maklumat lebih lanjut mengenai sebab kematian.
c. Kematian ibu semasa mengandung (maternal death).

- seseorang telah dijumpai mati lemas dalam sungai... benarkah dia mati lemas atau mungkin juga mati dibunuh dengan apa jua cara dan akhirnya dicampakkan ke sungai....?? Kemungkinan ini hanya terjawab dengan post-mortem...

Wallahu'alam.. mudahan ada manfaatnya.

Sunday, November 14, 2010

Gratitude & Eid al-Adha



A day that begins with gratitude is a day that you'll be able to fill with positive progress.

When you're sincerely appreciative of where you are and what you have,

you'll greatly expand your own possibilities.
Begin with a thankful thought.

And connect yourself with the abundance that is all around you.
There is always something for which you can be sincerely thankful.

And the simple act of being thankful ignites a productive momentum in your world.



By focusing your thoughts on the positive aspects of your life,

you cause their influence to grow.

Be grateful, and your gratitude happily creates even more

things in your life for which you can be grateful.



The appreciation for what you have gives more value to all that you are.

The blessings you enjoy are blessings precisely because you see them as such.
Tap into the great reservoir of real value that is already available to you.

Live with gratitude, and you'll create even more reasons to be thankful.

~Ralph Marston~



HAPPY EIDUL ADHA.. may our sacrifes be rewarded...

Wednesday, October 20, 2010

20/10/2010 ~ ketulusan Hatiku buatmu..

Hari ini, 20/10/2010..genaplah 10 tahun usia perkahwinanku. Alhamdulillah... sedikit bingkisan buat suamiku sebagai persembahan rasa, lambang kasih sayangku padamu...


Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yg kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku


Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu
Selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yg kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku


Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
Oooo



I Love you..
Mudahan kebahagian dunia dan akhirat itu milik kita..
Menjadi suami isteri di dunia dan di akhirat.. Amin..

p/s: Cinta hakiki adalah milik yang Esa.. hanya cinta Allah cinta yg abadi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sudi-sudilah tinggalkan kenangan di sini. Moga Ukhuwwah berpanjangan..TQ

PERMATA HATIKU....