Wednesday, November 4, 2009

Aku dan buku...Apa nak buat?

Fikiran makin mengusut.
Sangkaku dapat selesai dengan mudah...tapi ternyata agak sukar.
Perkara sudah terjadi apalah yang nak dikesalkan lagi.
Memang tersurat yang segalanya harus ku tanggung sendiri..

Sejak tahun lepas, aku dan 2 rakan di Jabatn terpaksa mengambil alih meminjam buku-buku library untuk kegunaan di Jabatan.Buku2 tersebut dibahagi antara kami bertiga dan kami pinjam atas nama kami. Setiap kali nak renew kami terpaksa menolak 1 troli yang dipenuhi buku untuk ke library (about 35-40 books). Mungkin ada yang terfikir..mengapa perlu pinjam banyak sangat? Sebabnya..semua buku tersebut begitu penting dalam hidup kami sebagai rujukan sebelum menentukan diagnosa seseorang pesakit. Cuba kira berapa organ yang kita ada?? So..setiap organ akan terdapat beberapa buah buku yang hanya menceritakan tentang penyakit yang melibatkan organ tersebut sahaja dengan begitu terperinci sekali..for example..Pathology of The Skin, got a few books with different authors, as well as other books..Brain,kidney, soft tissue, gynae,liver, breast,bone, cytology, atlas dan macam2 lagi yang tak tersebut rasanya.

Nak dijadikan cerita, pada awal tahun ini salah satu buku yang berada dalam list namaku telah hilang. Tak tahulah hamba Allah yang mana telah mengambilnya..? Kukira buku ini hilang selepas jabatan kami diserang oleh 20 pelajar master 1st year..Telah aku iklankan kehilangan buku ini namun tiada pulak yang memulangkannya sampailah saat ini..Aku dah laporkan pada pihak library, alternativenya...terpaksalah aku gantikan dengan buku yang baru..

Well..masalahnya, dah kutanya beberapa local bookstores, buku ini dah tiada stock. Even dah contact publisher..buku ini dah out of print! Kalau nak jugak kena 'walk in ' lagi ke setiap bookstore...sekiranya bernasib baik, mgkin ada buku lama yang tak terjual. But it is not possible for me..What should i do then? Cari lagi buku ni dalam Amazon...dah siap order walaupun tak penah order dari amazon...tapi all my orders kena reject sbb katanya cannot shipping to your destination...

Hmmm....inilah buku yang aku maksudkan itu..


Terasa amat sedih bila nak kongsi masalah dengan seseorang, sekadar ingin bertanyakan pendapatnya tentang langkah seterusnya yang patut kuambil...tapi sebaliknya dimarahi pula..Hmm nampaknya terpaksalah selesaikan sendiri selagi terdaya... Rasanya langkah terakhirku, tarpaksalah aku mengadap librarian sekali lagi dan keluarkan wang biasiswa untuk bayar kepada library. Bayarannya memang berganda-ganda lebih mahal daripada harga buku kerana dikira sebagai denda..terpaksalah kot.....Ada lagi ke cara lain?

3 comments:

Ummu Husna said...

Salam,

Wan.. bagaimana perkembangan buku yang hilang tu ?

Maaf kerana lambat memberikan respond terhadap masalah Wan ni. Kak Ina tumpang simpati dan ingin membantu sekadar yang termampu Kak Ina dan Ustaz berikan.

Jika Wan berikan kebenaran, Kak Ina dan Ustaz akan order dari amazon ( Salam,

Wan.. bagaimana perkembangan buku yang hilang tu ?

Maaf kerana lambat memberikan respond terhadap masalah Wan ni. Kak Ina tumpang simpati dan ingin membantu sekadar yang termampu Kak Ina dan Ustaz berikan.

Jika Wan berikan kebenaran, Kak Ina dan Ustaz akan order dari amazon ( http://www.amazon.co.uk/s/ref=nb_ss?url=search-alias%3Dstripbooks&field-keywords=curran%27s+atlas+of+histopathology ) dan akan pos pada Wan di Malaysia.

Harap Wan dapat respond ye. Semoga Allah memudahkan :)

wfaiziah said...

TQ atas kprihatinan K Ina dan Ustaz.Wan cuba dulu guna agency org tgh antara US dan Malaysia ni dulu recommended by someone. harap semuanya ok. TQVM kak Ina..

Ummu Husna said...

Ok, Wan. Tak ada masalah. Kalau masih belum selesai juga, bagitau lah ye :)

Kak Ina doakan semuanya berjalan lancar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sudi-sudilah tinggalkan kenangan di sini. Moga Ukhuwwah berpanjangan..TQ

PERMATA HATIKU....