Monday, November 9, 2009

Mental atau 'Gila'??

Sejak kebelakangan ini rakan2 sekerja berada dalam keadaan agak ketakutan...takut peristiwa berulang lagi. Topik perbualan dalam kalangan staf rata-ratanya berkisar tentang perkara yang sama. Tentang kejadian minggu lepas...

Seorang staf yang mengidap 'schizophrenia' telah mengamuk, meraung-raung dan mengejar salah seorang staf yang lain menyebabkan staf yang dikejar ini berlari sekuat hati sambil berteriak meminta tolong. Alahai kesiannya..Para pelawat yang tak tahu apa2 hanya terlopong kehairanan. Siapa yg mereka perlu tolong..? Orang yang dikejar atau yang mengejar?

Penyakit mental atau 'gila' boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja. Malah golongan profesional pun tidak terkecuali.Apakah tindakan yang harus dibuat? Nak diberhentikan kerja rasanya bukan alasan memandangkan golongan ini masih boleh menggunakan kepakaran yang mereka ada dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari tatkala berada dalam keadaan normal. Mereka ini akan bekerja seperti manusia normal yang lain selagi mana tiada faktor2 yang mengganggu emosi mereka dan juga selagi mereka patuh (compliant) dgn pengambilan 'antipsychotic' yg mampu menolong menstabilkan kecelaruan pemikiran mereka.



Apakah yang menyebabkan golongan ini mengamuk atau bercakap seorang diri? Tanda-tanda ini menunjukkan mereka mengalami 'psychosis'. sedikit info tentang psikosis..

Psikosis:

Mereka yang mengalami penyakit psikosis mengalami perubahan yang amat ketara di dalam pemikiran, perasaan dan tingkah laku mereka. Kewarasan mereka juga terjejas Penderita akan berasa keliru dengan mengalami suara-suara ghaib berkomunikasi dengan mereka. Ia dikenali sebagai halusinasi. Mereka juga mempunyai kepercayaan pelik yang tidak dikongsi oleh orang lain dan menyebabkan reaksi melampau dari pesakit berkenaan. Ia dipanggil delusi. Antara contoh delusi ialah - ada orang mahu menganiaya atau berbuat jahat kepada mereka menyebabkan mereka bertindak menyerang orang yang disyakinya secara membahayakan

Mereka mungkin bercakap dengan merapu / mengarut; berkelakuan aneh seperti bercakap seorang, ketawa atau marah dengan tiada bersebab.
Contoh psikosis yang sering dialami adalah:

1)Schizophrenia :
+ Antara ciri utama ialah: halusinasi; delusi; kecelaruan pemikiran, kecelaruan pertuturan dan tingkah laku. Prestasi kerja mereka juga merosot dengan ketara.

2)Kecelaruan manik-depresif (bipolar):
+ Penyakit ini mengakibatkan mereka mengalami perubahan ketara dari segi emosi. Mereka sering hilang kawalan dan menjadi terlalu gembira (fasa manik) atau terlalu sedih (fasa kemurungan).

Apa yang menyebabkan berlakunya penyakit mental?

Penyebabnya tidak diketahui dengan tepat. Kajian masih dijalankan untuk memperincikan punca sebenar penyakit ini. Namun terdapat beberapa faktor yang menyumbang terjadinya penyakit mental.

  1. Faktor genetik/ keturunan:
    • Ahli di dalam keluarga yang mempunyai sejarah penyakit mental berisiko lebih tinggi berbanding populasi yang tiada sejarah penyakit berkenaan.

  2. Gangguan bahan kimia dalam otak:
    • Bila bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik gejala penyakit mental akan muncul. Sebagai contohnya:
      • Schizophrenia: Penghasilan dopamin secara berlebihan
      • Kemurungan: Paras serotonin terlalu rendah
      • Mania: Paras serotonin meningkat secara melampau
      • Kebimbangan: terdapat gangguan di dalam pengeluaran dan fungsi noradrenalin

  3. Jangkitan virus:
      • Mengikut kajian ada penyakit akibat jangkitan virus telah dikaitkan dengan kemunculan penyakit mental.

  4. Sejarah hidup yang getir:
      • Sebagai contoh: mengalami proses kelahiran yang sukar, kehilangan ibu bapa semasa kecil, terlalu banyak mengalami cabaran hidup yang sukar

  5. Keadaan sosio-ekonomi yang rendah:
      • Faktor kemiskinan, tiada kemudahan asas atau keganasan di dalam masyarakat boleh meningkatkan masalah penyakit mental.

Wallahua'lam. Mudahan diri kita, keluarga dan keturunan kita dihindari dari mengidap penyakit ini. Nauzubillah..

3 comments:

Damitri said...

salam Dr Wan,

Staf department mana ni.Pato ke??

wfaiziah said...

Damitri, saya tengah attachment kat KB ni selama sebulan. Buat Cyto. Jadi kisah ini bukan berlaku di USM :)

DIARI PKGMEN said...

TQ Dr.Mengikut satu kajian yang dibuat pada tahun 2005 ke atas 2000 responden,tempat pertama manusia yang paling dipercayai ialah Doktor.Tahniah.Yang ke dua cikgu.dan yang terakhir ialah.........................................................................................ahli politik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sudi-sudilah tinggalkan kenangan di sini. Moga Ukhuwwah berpanjangan..TQ

PERMATA HATIKU....