Kali ini kami menghadiri majlis perkahwinan anak saudara yang ke berapa yer,tak berapa pasti... bertemu jodoh dengan orang Seremban, Negeri Sembilan. Rombongan kami lebih kurang 15 buah kereta semuanya. Memang ramai...penuh satu dewan! Meriah betul... Yang ambik gambar kat atas tu hanya yang berminat sahaja.. sebenarnya ramai lagi.
Memandangkan keluarga kami sebuah keluarga yang besar, maka tercetuslah idea untuk menubuhkan kelab yang telah diberi nama kelab' ar-Rahman' bersempena nama arwah Apak yang telah pergi meninggalkan kami semua. Kelab ini bertujuan untuk membuat lawatan tahunan dan juga kelab kebajikan keluarga. Yuran yang dikenakan adalah Rm10 sebulan bagi setiap keluarga dan jumlahnya Rm120 setahun. Kami mempunyai 20 keluarga...adik-beradik 11 dan 8 lagi anak saudara yang telah berkahwin. Maka jumlah yuran tahun ini RM 2ooo lebih. Hmm...apa yang telah kami buat???
Memandangkan tahun ini kami semua perlu ke Seremban untuk menghantar pengantin lelaki bg majlis perkahwinan, maka Sambutan Hari keluarga diadakan di Port Dickson pada 5 Dis 09., sehari sebelum majlis perkahwinan. Dalam 2 minggu yang lepas jer...Hmm memang meriah. Pelbagai sukaneka diadakan utk kanak2 dan pasangan suami isteri. Dalam masa yang sama diadakan barbeque dan makan-makan. Belah malamnya diadakan persembahan yang mana setiap keluarga wajib mengadakan persembahan masing2. Banyakla bakat2 terpendam yang boleh disaksikan...Yang paling best adalah lakonan purba komedi oleh anak yatim 10 beradik yang telah dinobatkan sebagai Juara Persembahan. Acara lain yang adalah pertukaran hadiah misteri. Memang betul2 misteri la hadiah2 yang dapat tu sbb semuanya yang tak disangka ... yang dapat Limau barli Raksasa pun ada..

Sekian dulu cerita kali ini...sekadar berkongsi... Best jugak anak ramai.. Terasa kemeriahannya bila semua dah besar nanti.
4 comments:
Besarnya family k.wan :D buat rombongan cik kiah best tuh! hehe
Tumpang bahagia tengok keluarga kak wan ni :) Smg terus ceria.
keluarga beloh mok saya pun buat konsep ni jugok... tujuannya supaya boleh kenal sepupu sepapat. maklum la masing duduk jauh2 blako. saya suka idea hadiah misteri tu...
wow..meriahnya family Dr Wan ni
Post a Comment