Saturday, April 17, 2010

LEBIH LETIH TAPI MENDAMAIKAN...

Bermula 2 April 2010, kehidapan kami berubah kerana ketiadaan pembantu rumah. Pembantu rumah yang dulunya agak 'OK' namun tiba-tiba bertukar perangainya apabila terlalu 'homesick'. Sudah hampir 3 tahun dia bersama kami... Ingin pulang dengan alasan mahu menyelesaikan masalah besar dalam keluarga yang telah membuatkan jiwanya kacau. Wallahua'lam...Sangkaku sempatlah tunggu sampai suami selesai exam..

Anak yang ke-2 belum lagi masuk 3 tahun tapi terpaksa masuk belajar sekelas dengan abangnya yang berumur 4 tahun...Dalam masa 2 minggu Baihaqi dilatih untuk ke sekolah. Pada hari pertama, jiwa keibuan berirama syahdu bila melihat anak menangis teresak-esak, lari hingga terhantuk di kerusi kerana enggan ditinggalkan di preschool...

Hati mama mesti tabah..pelbagai pujukan dan ganjaran telah diberi dari sehari ke sehari... Consequently, hampir setiap hari mereka dibawa ke "Ten Ten" depan HUSM. Itulah permintaan mereka...hampir semua mainan di Ten Ten telah mereka miliki. Pekerja-pekerja ten-Ten pun sudah kenal dan mesra dengan Lutfi dan Baihaqi..:)


Inilah mereka di hari lahir Abangnya yang ke-4. Sambut birthday abang tapi semua hadiah yang abangnya dapat adik yang bolot. Semua jadi kepunyaan adik...abang terpaksa meminta izin adik untuk bermain.

Apabila anak-anak sudahpun mengadaptasikan diri masing2 dengan persekolah, kehidupan menjadi semakin damai walaupun letih yang amat... Kerja2 rumah yang tiada kesudahan ini tidak perlu diceritakan satu persatu kerana setiap ibu memang arif dengan perkara ini. Terpaksa korbankan masa rehat sendiri untuk settle segala keperluan keluarga. Namun apa yang ingin dihighlightkan di sini, kehidupan menjadi semakin indah...tiada orang lain dalam keluarga, suami bebas di rumah sendiri, anak-anak tiada pengaruh lain selain kita, tiada pandangan-pandangan yang menyakitkan mata, anak semakin mendengar kata, perbelanjaan bertambah jimat, kekerapan ke kedai untuk membeli keperluan berkurangan dan penggunaan elektrik juga semakin jimat... Alhamdulillah...ada hikmahnya. semua itu sampingan sahaja, tapi Apa yang lebih penting hati lebih tenang dan damai.


Kek hari Lahir Lutfilhadi yang ke 4. 'Harapan Mama...dengan peningkatan umur anakku ini dapatlah mengurangkan sikit ragamnya tatkala nak ke sekolah setiap pagi...'Ya Allah, Hanya Allah yang tahu betapa ia menguji kesabaran seorang ibu setiap kali menyiapkan anak-anak ke sekolah. Baru 2 anak, tapi disebabkan ragam yang berlainan, telah mengambil masa lebih 1 jam utk menyiapkan mereka ke sekolah. Hampir setiap hari mama lewat ke tempat kerja...:(


Gambar laksa & laksam ni telah diupload ke blog dalam minggu lepas tapi tak berkesempatan nak memulis tentangnya. Jamuan laksa dibuat sempena majlis solat Hajat dan doa selamat untuk suami yang akan menduduki peperiksaan pada minggu depan. Laksa dan laksam lemak memang synonim dengan masyarakat Kelantan. Makanan ini memang sntiasa dirindui oleh orang-orang kelantan yang berada di perantauan... Dijemput rakan blogger untuk menikmati Laksa ini...memang best sangat!

DOAKAN AGAR KEHIDUPAN KAMI SEKELUARGA DIBERKATI ALLAH. DOAKAN JUGA SUAMI LULUS EXAM AGAR BEBANAN KERJA MAMA BOLEH DIKONGSI..

2 comments:

Hamizah said...

saya memang rimas ada orang lain kat rumah..xbebas

qaseh mas said...

salam Dr wan

begitulah pembantu ni.kita tak dapat nak teka hati budinya.saya pernah dapat pembantu yanga da masalah jiwa,susah betul nak handle bila dia buat perangai pelik,bimbang nak tinggalkan anak yg masa tu bayi lagi dengannya.pembantu jiran dan jiran memberitahu kelainan sikapnya dan kepelikannya dalam melayani anak saya apabila kami bekerja.

alhamdulillah,Dr,3 tahun tu agak lama juga tu...kalau tiada pembantu, memang kita rasa suatu ketenangan yang lain sangat jika dibandingkan semasa ada pembantu.cuma kepenatan tu berganda2 bila pembantu tiada.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sudi-sudilah tinggalkan kenangan di sini. Moga Ukhuwwah berpanjangan..TQ

PERMATA HATIKU....