Tuesday, May 4, 2010

Kongsi Kabinet

Makin hari semakin banyak pinggan mangkuk yang perlu dimasukkan ke dalam kabinet. Almari hiasan yang ada sudah sarat dengan muatannya. Maka tercetuslah idea untuk tambah satu lagi kabinet di ruang makan agar barang-barang kesayanganku dapat disimpan di tempat yang sepatutnya. Pada awal April kabinet ini telah siap dibina setelah 2 minggu tempahan dibuat melalui handphone tauke Indah Pakar Perabut yang didapati daripada seorang sahabat..
Warna koko gelap menjadi pilihan agar sama dengan warna almari hiasan kat sebelahnya. Ada juga pendapat yang mencadangkan agar aku menambah almari hiasan 1 lagi yang boleh didapati di mana-mana kedai perabut...mungkin lebih jimat..bukannya tak setuju tapi aku lebih suka mengoptimumkan penggunaan ruang.. dengan adanya kabinet ni, maka ruang di atas kabinet bawah ni bolehla diletakkan air minuman, gelas ataupun makanan ringan tatkala mengadakan jamuan..
Inilah almari hiasan yang telah sarat dengan muatan. Semua pinggan mangkuk ni bukan pameran semata tapi sentiasa digunakan...maklumlah kami ni berkeluarga besar. Setiap kali adik beradik atau sedara mara datang ziarah, pasti kami akan berjamu selera... tak kira lah masak sendiri ke, atau makanan tunjuk-tunjuk, tempah-tempah ke, tapi jamuan tetap menjadi...orang kata tetamu datang membawa rahmat, jadi apa salahnya sediakan juadah makanan sebagai berterima kasih dengan rahmat yang dibawa ke rumah ini...
kabinet dapur ni telahpun berumur hampir setahun... bahagian bawah tu telah tersedia ada semasa membeli rumah ini. Cuma bahagian atas dan dapur sahaja yang kami tambah. Warna brown ni just follow warna kabinet bawah. Lagipun warna ni memang warna kegemaranku..so apa salahnya.. kain bidai pada bahagian kanan ni pun berwarna brown..nampak orangy sebab cahaya. Bidai ni ditempah dari Paka.

Sekadar berkongsi untuk sahabat maya yang mempunyai minat yang sama dalam mendekorasi rumah. InsyaAllah andai ada kelapangan nanti, label dekorasi rumah akan sentiasa diupdate..
Mudahan ada manfaatnya.. wallahua'lam.

5 comments:

anis said...

setuju tu kongsi pengalaman pasal hiasan dalaman, kelik nnt pun saya nok buat kabinet jugok... keno koho2 survey la ni

fa10 said...

oppss... faten yg bg kat atas, tersalah nickname pulok

wfaiziah said...

faten...faten...
mcmna la boleh tersalah nama..? :)

ummu said...

salam sis wan
TQ sis sudi berkongsi deco kabinet dapur ni.kalau ibu saya baca, mesti dia suka.saya je tak fikir lagi ttg deco sebab kami tinggal di kuarters.

tentang blog saya itu,sebenarnya suami saya yang tolong buatkan.ia pecahan kepada website utama on9 shopping kami.Blog tu menggunakan wordpress. tapi website utama guna joomla.apa yang saya tahu,kita kena pilih webhosting yang menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang baik.
saya tak pandai nak buat sis.saya cuma tukang taip entry dan publish.cuba sis tanya dengan suami saya ya,saya ada beri emailnya di shoutbox sis.terima kasih kerana sudi bertanya dengan saya.

Ibnu Saif said...

cantekkk... suka susunan kabinet dapur tuh.... de ciri2 eropah ckit..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sudi-sudilah tinggalkan kenangan di sini. Moga Ukhuwwah berpanjangan..TQ

PERMATA HATIKU....