Tuesday, May 18, 2010

Pesan Arwah..

Gambar arwah bapaku pada zaman mudanya. Gambar ini telah ditag oleh adik dalam facebook. Sebak terasa hati ini apabila ingatan kembali menerawang mengingati detik-detik waktu bersamanya. Arwah telah pergi menemui Ilahi pada bulan Mei 2007..kini genap 3 tahun pemergiannya. Kepada pengunjung blog ini...sudilah kiranya sedekahkan al-fatihah buat arwah bapaku...WAN ABDUL RAHMAN WAN NAWANG. Mudahan rohnya ditempatkan bersama para solihin. Arwah dalam hayat hidupnya sentiasa memikirkan tentang orang lain lebih dari memikirkan tentang dirinya. Beliau telah mengharungi kehidupan yang agak sukar...tiada harta benda yang ditinggalkan melainkan harta yang begitu berharga yakni 11 orang anak.Menyara anak seramai 11 orang dengan hasil gajinya sebagai tukang perabut RM3 sehari bukan perkara yang mudah... Pergi pagi dan balik petang dengan mengayuh basikal tuanya..
Gambar ini telah diambil di underwater world, Langkawi pada tahun 2003. Alhamdulillah...sempat juga aku membawa arwah jalan-jalan di utara Semenanjung sewaktu bekerja di Kangar suatu masa dahulu. Masih terbayang kegembiraan di wajah arwah bapaku tatkala menaiki Feri.. pertama kali mungkin...

Sempat juga arwah melihat anaknya yang ini berjaya walaupun aku tak sempat membahagiakan dia dengan dengan hasil kejayaan ini. Tak sempat memberi kemewahan padanya yang sebelum ini bertungkus lumus menyara persekolahan kami semua... Aku sering kehabisan wang semasa belajar di sekolah dahulu..terpaksalah mengikat perut pada waktu rehat, walau tiada telefon untuk beritahu keadaan aku ini tapi gerak hati bapa memang kuat tatkala anaknya berada dalam kesusahan. Pastinya dia datang menaiki bas semata-mata untuk hulurkan wang sebanyak Rm20-30 untuk kegunaan selama sebulan. Terima kasih ayahanda...

Fikiran pada zaman budak-budak dulu memang jauh berbeza.. terasa alangkah bagusnya andai aku dapat menikamati kesenangan sebaimana kawan-kawanku. Boleh menikmati nasi di kantin setiap hari, boleh membeli apa sahaja barang keperluan di koperasi.. Tapi bila umur meningkat dewasa baru ku sedar apa yang dirasai dan dialami itu merupakan satu pengalaman yang indah yang mendorong diri untuk terus maju bukan sahja di dunia bahkan akhirat jua...

Satu perkara pesan arwah yang tidak akan kulupakan... " sentiasalah bantu orang yang dalam kesusahan...kesenangan yang diberikan adalah ujian semata. Bantu dan tolong sesiapa sahaja, terutama sekali adik beradik sendiri. Utamakan ahli keluarga dan adik beradik kita.. bantu mereka dengan apa yang kita mampu...kesusahan mereka adalah kesusahan kita...kesusahan mereka juga adalah ujian untuk kita...bantu mereka, kemudian bantu orang lain..."

Baiklah...Akan aku ingat pesanan ini sepanjang hayat ini. Mudahah hidup ini diberkati-Nya....
berbahagialah ayahanda di syurga sana...Amin..

1 comment:

ummu said...

Salam Sis WFaiza;
al-fatihah buat arwah bapa sis...WAN ABDUL RAHMAN WAN NAWANG. Mudahan rohnya ditempatkan bersama para solihin.amin,amin ya rabbal alamin.

Alhamdulillah 11 oang anak arwah sudah berjaya semua. saya tumpang bangga dan terharu.

Pasti arwah pun dahulu bahagia melihat anak2 berjaya.

Entry sis ini membuatkan sya teringin berkongsi tentang bapa saya.Saya dahulu, bapa mahu sangat saya ambil bdg agama, maka sebab itu bapa tidak mahu saya mengambil bidang kedoktoran meski pelbagai hujah saya kemukan apa rasional saya ingin mengambil bidang kedoktrn. namun demi kasih pada bapa,saya turutkan kehendak bapa meski tidak ke timur tengah,saya ambil jurusan yang bapa minat. kasih bapa saya, kan saya ingati sampai bila-bila...maaf ya sis,saya berkongsi rasa hati dan pengalaman bersama bapa di blog sis ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sudi-sudilah tinggalkan kenangan di sini. Moga Ukhuwwah berpanjangan..TQ

PERMATA HATIKU....