music

Tuesday, May 26, 2009

Bunga Orkid Kuning



Malam ni masa dihabiskan di hadapan BUNGA ORKID KUNING ni...Baru je beli di SSF Home Decor petang tadi. Maklumlah kelmarin baru dapat gaji maka minda mula berputar fikirkan sesuatu utk menghabiskan duit. Waktu lunch hour tadi ajak member yg pandai drive, faezahtul ke ssf semata-mata utk beli orkid utk hadiahkan kpd adik ipar yg baru naik rumah kat Paka, Terengganu. Pasti ada yg tertanya-tanya kenapa hadiahkan orkid tapi tidak benda lain...hmmm, sbbnya memang dalam kepala ni tengah inginkan bunga orkid tapi tidak ada kesempatan nak beli.Kebetulan pula adik ipar ni minatnya sama..Orang kata kalau hadiahkan sesuatu yg kita suka kepada seseorang, pasti penerima tersebut pun suka dan begitu gembira sekali...

Masalahnya di sini...hati si pemberi pulak akan tergugat...dilema mula menerjah..hehe..terasa sayang pulak nak bagi sebab cantik sangat. Dah elok dah letak kat atas kabinet tv rumah ku..nak terus beli 2 tadi harganya pun boleh tahan juga..
alahai...terpaksa pujuk hati..'bagila kat orang dulu..yang kita nanti beli yg lain'.Masalhnya,Mungkin tahun dpan kot..:) Lagipun tak sangka bunga yg aku pilih hanya beberapa kuntum shj diberi sentuhan yg begitu menarik oleh florist kat situ mengikut gubahan citarasaku...

Yang pasti hari jumaat nanti BUNGA ORKID KUNING ni akan bertukar tangan. Walaupun sayang..itulah hakikatnya. Apa yang lebih penting...hati akan berbunga riang tatkala melihat adik begitu riang menerima hadiah orkid daripada kakaknya. Mudahan bertambah rezeki nanti... Sekadar berkongsi dilema perasaan..ikhlas tetap ikhlas..:) Wasssalam

Friday, April 3, 2009

SAMBUTAN HARI TUA....

Dalam minggu lepas, my deparment buat BIRTHDAY party for those yang lahir bulan jan-mac. So..I'm included.Dalam umur yang sebegini rasa malu pulak nak sambut Birthday. Maklumla..kalau buat party pun untuk raikan birthday anak2 je..birthday sendiri dah makin dilupakan.


Ini antara barisan finalist yang sambut hari tua masing2...hehe
Dari kiri..ZAKI, HAFIZ,DIANA,CIKYAH,KAK ZAN,SURIATI,WFAIZIAH(aku la ni..),SUHAILA,UMI


Acara memotong kek.. sebanyak 2 biji kek telah dikorbankan..


kek coklat...


Kek Blackcurrant..

Hmm..sesekali sambut birthday macam ni bagus jgk sebab yang paling penting kita sedar yang kita ni dah makin tua, bukannya budak2 lagi..
Marilah kita sama-sama mempertingkatkan amalan seiring dengan peningkatan usia kita.
Sekian dulu catatan ringkas kali ini..Ada kelapangan jumpa lagi.

Monday, December 1, 2008

Akhirnya dia pergi jua...Al-Fatihah..

Al-Fatihah buat arwah Noraini bt Ahmad,kakak iparku, pengidap kanser usus with liver metastasis (menular ke hati)yang telah menghembuskan nafas terakhir pada hari khamis malam jumaat yg lepas 28 Nov 2008. Dalam usia yg baru masuk 40 tahun, telah pergi meninggalkan anaknya 10 orang untuk dijaga oleh suaminya. Mudahan anak2 dan suaminya tabah dengan dugaan ini..

Apa yang telah menyentuh hatiku...waktu nazak seorang ibu bibirnya tetap menyebut nama anak2nya diselang-seli dengan kalimah Allah. Walaupun keadaan dirinya separa sedar di ambang maut...namun bibir masih menyebut nama anak2 seolah-olah meninggalkan pesanan walaupun sukar untuk difahami. Bermula dengan anaknya yang sulung Liyana(18), Hafiz(17), Sazana(15), Amira(13), helmi(12),fatihah(10), Arif(9), Haziq(7), Hazim(6) dan wafi(3). Apakan daya..masa hidupnya dihabiskan untuk membesarkan anak2, berkorban apa sahaja untuk anak2..sentiasa fikirkan keperluan anak2..ibarat sanggup biarkan diri kelaparan asalkan anak2 cukup makan pakainya...itulah lumrah seorang ibu..

Berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul....Apa yang aku harapkan agar Allah S.W.T memberi kesihatan dan ketabahan kepada abangku Wan Ahmad dalam mengharungi liku kehidupan ini kerana sekarang dialah ayah dan dialah ibu kepada anak2nya.. ALFATIHAH...

Wednesday, October 15, 2008

KEMATIAN BEGITU DEKAT..Alfatihah buat Monaliza..

Pada mulanya aku enggan menulis kerana my dissertation proposal belum siap lagi.. namun sejak Kebelakangan ini, terlalu banyak perkara yang telah membuatkan aku terkedu, yang telah menyentak diriku dari mimpi, untuk bangkit berfikir dan mengingati Allah S.W.T.

Kalau dulu, para doktor diajar tentang cancer epidemiology...mostly affected those > 50 year old...terasa diri ini selamat dan jauh dari penyakit...namun hakikat sebenarnya yang berlaku di arus kemodenan ini tidaklah begitu..carcinogen is everywhere, orang muda begitu ramai mengidap kanser yang biasanya dihidapi oleh golongan separuh abad..

1) 13 syawal/oct...aku dikejutkan dgn berita kematian rakan sekelas sewaktu di matrix usm di STAR. Innalillah..sedih dan Hiba bila kubaca coretan fendiosman . Dengan umur yang begitu muda telah dihidapi penyakit cancer cervix stage 4 yang telah menular ke ovary, kidney and lungs.. Mudahan rohnya ditempatkan bersama para solihin dan mudahan suami dan keluarganya tabah dengan dugaan ini.


Arwah Monaliza Hamzah..memang seorang yang baik,lemah lembut pertuturannya dengan suara yang serak2 basah dan tak pernah berkasar apatah lagi menyakitkan hati orang lain..Alfatihah..

2)Itu kisah seorang kawan...ada lagi kisah bahana cancer termasuklah ahli keluargaku sendiri. kakak iparku..Noraini Ahmad..Dalam umur yang baru melangkah 39 tahun (tahun lepas) beliau disahkan mengidap colonic cancer (Kanser usus), yang akhirnya terpaksa dibedah untuk dibuang separuh daripada ususnya dan diberi rawatan chemotherapy sebanyak 12 cycle.dan kini barahnya telah merebak ke hati..beliau kini semakin cengkung dan cengkung dan kurus kering..dari sehari ke sehari kuperhatikan keadaannya makin lemah.Apa yang menyedihkan aku..ANAK2.. apakah nasib 10 orang anaknya, yang sulung baru di matrix dan yang bongsu 3 tahun..abangku bertungkus lumus bekerja di welding dan dalam masa yang sama terpaksa menguruskan anak2..Sesungguhnya tiada lagi rawatan untuk penyakit kanser apabila sudah mencapai ke tahap yang serius..hanya DOA,traditional treatment, ikhtiar, kekuatan, semangat, dan sokongan ahli keluarga yang diperlukan..Dengan pertolongan Allah, nothing is impossible dan sesuatu yang miracle boleh berubah dengan doa..

3)Pada pagi syawal yang lepas..abangku telah menerima anak saudara baru kerana kakak iparnya telah melahirkan seorang bayi comel.Oleh kerana bayinya tak cukup bulan, terpaksalah dimasukkan ke dalam NICU. Ibunya dibenarkan pulang untuk berhari raya..pada petang 2 syawal (8 mlm) aku dikejutkan dengan berita kematiannya..bukan baby, tetapi mothernya yang baru hari ke 2 melahirkan anak..Sekali lagi aku terkesima. Dengan umur yang baru mencecah 33 tahun, anak 3 orang..yang sedihnya anak kecilnya masih dalam NICU yang amat memerlukan sokongan ibunya utk terus melihat dunia fana ini. Pada malam itu juga aku terus bergegas ke rumahnya di Jalan Tok Uban Pasir Mas.....Sesampainya aku di sana,aku begitu sebak melihat ibu arwah yang berlinangan air mata sehingga tidak boleh berkata-kata kerana terkejut dgn kematian anaknya yang jauh lebih muda daripadanya. Bertambah hiba apabila aku melihat anak arwah yang darjah 2 itu mengesat air mata berada di sisi arwah. aku berkesempatan membacakan yassin disisi arwah..kubuka kain putih yang menutup arwah utk menatap wajahnya...SUBHANALLAH...wajahnya tersenyum manis umpama sedang tidur, begitu manis sekali, bersih dan tenang...lantas ku teringat malam tersebut malam jumaat(hari khamis, mlm jumaat) dan matinya adalah mati kerana melahirkan...matinya tiada hisab...mudah-mudahan rohnya berada bersama orang2 soleh yang matinya tidak dihisab..

Sekian dulu coretanku...semoga kita semua sama-sama mengingati mati...sesungguhnya mati itu begitu dekat

Monday, October 6, 2008

SUATU HARI DI HARI RAYA

Seusai menunaikan solat sunat aidilfitri.. kami bermaaf-maafan sesama ahli keluarga, seterusnya menjamah hidangan hari raya... Perkara yang tak boleh ditinggalkan setiap tahun adalah bergambar bersama ahli keluarga. Tahun ini warna tema adalah biru...my favourite colour.

Baihaqi (adik) dan Lutfilhadi (abang) sibuk duk kira duit raya

Bergambar bersama Tok Bah dan Tok Ma

Bersama mak tercinta pada petang hari raya pertama


Bergambar kenangan bersama kawan lama SMACH, Ayu (2 dari kiri) semasa open house dirumahku pada hari raya ke-4


Bersama kawan sekolah rendah, Aishah...semasa open house di rumahnya, pada hari raya ke-2


Alhamdulillah..Hari Raya telah berlalu dengan memberi seribu makna dalam hidupku. Mudah-mudahan akan bertemu lagi dengan Ramadhan dan Syawal tahun hadapan. InsyaAllah..

Saturday, September 27, 2008

Eid Mubarak 1429 H

Kad Raya sebagai pengganti diri buat semua sahabat2ku dan juga tetamuku yang sudi berkunjung di laman ini.




SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN
DARIPADA KAMI SEKELUARGA...wfaiziah,mhashairi,lutfilhadi,baihaqi

Sunday, September 21, 2008

Thank you Friends...

Persahabatan merupakan satu anugerah yang istimewa terhadap kita semua. Dengan persahabatan InsyaAllah akan terhakis segala sifat mementingkan diri dan sekaligus melatih diri memahami dan mendalami perasaan orang lain...persahabatn bukan sahaja wujud di alam nyata bahkan di alam BLOGGER....terima kasih sahabat2ku sekalian dengan pemberian hadiah2 ini..tunggulah hadiah drpd saya pula yer..




Terima kasih Kin dan Tirana...semoga persahabatan ini berkekalan...
Selamat meneruskan ibadat puasa...semoga 10 malam terakhir ini dapat mencetuskan revolusi baru dalam arena ibadat kita... wassalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sudi-sudilah tinggalkan kenangan di sini. Moga Ukhuwwah berpanjangan..TQ

PERMATA HATIKU....