music

Tuesday, December 29, 2009

Ketika dulu..

Gambar ini telah ditag oleh seorang kawan, Roslina Omar dalam FB. Gambar ini mengingatkanku suatu ketika dahulu, semasa berada di Medical School, USM Kubang Kerian, Kelantan. Kenapa ambik Medic ya?? hmm..Soalan cepu emas yang sangat relevan, yang sering ditanya dalam interview. Macam2 jawapan yang keluar...adakah jawapan tersebut benar2 lahir dari hati atau sekadar rekaan untuk menyentuh hati si interviewer??..entahlah..even me, masih tak pasti kenapa ambik medic. Whatever...I'm very happy and grateful to become a doctor.

For me, belajar Medic ni tak adalah susah sangat cuma kena ada sedikit kerajinan...kalau tak rajin, tak kiralah intelligent macamana pun seseorang itu tak semestinya dia akan berjaya..The keyword is 'hardworking'. Kena rajin pergi ward, clerk patient, ikut ward round and see a lot of cases because the best textbook for medical student is patient.

Tup tap tup tap..5 tahun sudahpun berlalu...gambar kat atas ni diambil pada Malam Graduasi in April 2002, setelah tamat peperiksaan Final (ke-3 berdiri dari kiri). Alhamdulillah...akhirnya berjaya menjadi seorang doktor. Sungguh cepat masa berlalu. Walaupun 5 tahun agak panjang sepanjang pengajian tapi rupanya itu bukanlah pembelajaran yang sebenar-benarnya... The real learning proses started while being a houseman...ya..bila dah mula kerja. waktu itulah bermulanya pempelajaran yang real dan sangat bernilai..facing the real situation...silap percaturan boleh'membunuh'! nauzubillah...Itulah yang membuatkan diri ini sentiasa bergantung harap padaNya agar dikurniakan 'strong gut feeling' dan diarahkan segala perlakuan dan tindakan dengan mengaplikasikan segala pengetahuan asas yang telah dipelajari sebelum ini bagi tujuan menyelamatkan pesakit...

Kini proses pembelajaran bermula lagi..kali ini pengajian Postgraduate or Master in Histopathology (anatomik Pathology). It takes about 4 years untuk bergelar seorang doktor pakar... Cabaran dulu dan kini amatlah berbeza. Dulu lain dan sekarang lain... kalau nak tahu bezanya, saya seru kepada semua rakan2 blog...Jom sambung belajar!!! :) Salam Ukhuwwah..

Friday, December 25, 2009

Istimewa Muharram

Gambar kartun islamik, diambil dari laman IluvIslam.com

Sebagai peringatan untuk semua...hari ahad 27 Disember nanti adalah hari merupakan hari Asyura (10 Muharram)..apa yang istimewa tentang Muharram??

Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.

Peristiwa-peristiwa penting:
1. 1 Muharram – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharram – Dinamakan juga hari “Asyura” pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharram juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurnkan hujan
16. Allah menjadikan ‘Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan alam
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
20. Nabi Isa diangkat ke langit

Diantara amalan yang disunatkan dalam bulan Muharaam iaitu:
1. Berpuasa.
Maksud Hadis: barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan
Muharram pahalanya seumpama berpusasa 30 tahun.
Maksud Hadis:Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam
bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah
tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X



14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram )

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Wallhua'lam..mudahan bermanfaat.

Tuesday, December 15, 2009

Indahnya Berkeluarga Besar..

Aku berasal dari keluarga yang besar. 11 saudara dan aku anak yang ke-9. Punyai 5 abang, 3 kakak dan 2 adik. Semuanya dah berkeluarga dan masing2 punyai anak..paling sikit 2 orang anak, yakni akulah tu.. adik yang bongsu pun dah nak masuk 3 anak. Emak berumur 69 tahun dan arwah ayah (kami panggil Apak, singkatan dari Bapak) telah meninggalkan kami semua 2 tahun yang lepas Mei 2007 dalam usia 74 tahun...Moga rohnya berada bersama para Solihin. Anak-anak buah pun dah ramai yang kawin..

Kali ini kami menghadiri majlis perkahwinan anak saudara yang ke berapa yer,tak berapa pasti... bertemu jodoh dengan orang Seremban, Negeri Sembilan. Rombongan kami lebih kurang 15 buah kereta semuanya. Memang ramai...penuh satu dewan! Meriah betul... Yang ambik gambar kat atas tu hanya yang berminat sahaja.. sebenarnya ramai lagi.

Inilah gambar pengantinnya..Pengantin lelaki, Wan Ahmad Khairul (my nephew) dan pengantin perempuan, Rosmawati. Moga bahagia dunia dan akhirat..
Bergambar di perkarangan masjid sebelum majlis akad nikah..

Memandangkan keluarga kami sebuah keluarga yang besar, maka tercetuslah idea untuk menubuhkan kelab yang telah diberi nama kelab' ar-Rahman' bersempena nama arwah Apak yang telah pergi meninggalkan kami semua. Kelab ini bertujuan untuk membuat lawatan tahunan dan juga kelab kebajikan keluarga. Yuran yang dikenakan adalah Rm10 sebulan bagi setiap keluarga dan jumlahnya Rm120 setahun. Kami mempunyai 20 keluarga...adik-beradik 11 dan 8 lagi anak saudara yang telah berkahwin. Maka jumlah yuran tahun ini RM 2ooo lebih. Hmm...apa yang telah kami buat???

Memandangkan tahun ini kami semua perlu ke Seremban untuk menghantar pengantin lelaki bg majlis perkahwinan, maka Sambutan Hari keluarga diadakan di Port Dickson pada 5 Dis 09., sehari sebelum majlis perkahwinan. Dalam 2 minggu yang lepas jer...Hmm memang meriah. Pelbagai sukaneka diadakan utk kanak2 dan pasangan suami isteri. Dalam masa yang sama diadakan barbeque dan makan-makan. Belah malamnya diadakan persembahan yang mana setiap keluarga wajib mengadakan persembahan masing2. Banyakla bakat2 terpendam yang boleh disaksikan...Yang paling best adalah lakonan purba komedi oleh anak yatim 10 beradik yang telah dinobatkan sebagai Juara Persembahan. Acara lain yang adalah pertukaran hadiah misteri. Memang betul2 misteri la hadiah2 yang dapat tu sbb semuanya yang tak disangka ... yang dapat Limau barli Raksasa pun ada..

Acara mandi kolam...

Acara boling kelapa berpasangan dan remaja

Acara belon bersambut...paling kelakar sebab ramai yang belonnya pecah dan tersimbah airnya ke muka..
Acara rebut gula-gula kanak...
Yamg paling best bagi pria-pria...naik banana boat ronda pulau...:)

Sekian dulu cerita kali ini...sekadar berkongsi... Best jugak anak ramai.. Terasa kemeriahannya bila semua dah besar nanti.

Friday, December 11, 2009

Akhirnya kumiliki...

Dalam Entri yang lalu bertajuk 'aku dan buku, apa nak buat" telahku ceritakan berkenaan dengan sebuah buku yang hilang dan terpaksa aku mencari ganti buku tersebut untuk dipulangkan pada library..

Disebabkan buku ini sudah out of print and not available in market, terpaksalah aku order dari Amazon. Tapi sayangnya banyak item dari amazon yang cannot shipping to Malaysia.... dengan bantuan seorang hamba Allah bernama Faridah melalui emailnya yang berbunyi seperti di bawah...

Salam Doktor



Sekadar ingin membantu. Doktor boleh cuba perkhidmatan vsHub -Virtual Shopping Hub Concierge Service . Mereka akan menolong membeli buku tersebut dari Amazon.Com. Cuba doktor masuk laman web tersebut.


Faridah (4 nov 09)


Pada mulanya terasa ragu-ragu untuk mencuba perkhidmatan yang berpusat di Singapura ini tapi Alhamdulillah, begitu baik servisnya dan akhirnya kumiliki buku ini...


Terasa begitu gembira ketika membuka parcel kerana buku tersebut begitu cantik seperti belum pernah dipakai. Walhal buku terpakai jer yang harganya hanya 8USD. Murah kan?...Hmmm bila dicampur2 dengan harga shipping apatah lagi menggunakan perkidmatan org tengah maka melambunglah harga nya beratus-ratus..

Happy kerana usaha berhasil tapi sedih la sbb hanya boleh memiliki untuk sehari dua sahaja kerana terpaksa diberi kepada library :( Alangkah baiknya andai jadi pemilik kekal...

Ahh..hatipun berbisik...segala apa yang dimiliki di dunia inipun bukannya kekal...hanya dipinjamkan buat sementara waktu sahaja. Sampai masanya harus dipulangkan kembali kepada pemilik abadi.. jangan disangka harta benda, rumah yang besar, kereta mewah dan anak-anak yang comel milik kita selamanya. Bahkan duniapun FANA apatah lagi isinya...

Terima kasih juga kepada kak Ina (ummuhusna) dan suami yang sudi menawarkan bantuan untuk tolong belikan buku ini. Mudahan segala kebaikan kalian dibalas dengan kebaikan dan Rahmat daripada Allah S.W.T.

Monday, November 30, 2009

Cerita KORBAN 09 dan kalimah ALLAH dalam daging..

Alhamdulillah...Sepanjang 3 hari raya korban ni matahari bersinar memancarkan cahayanya seolah-olah musim tengkujuh telahpun berlalu. Bolehlah acara penyembelihan korban dan ziarah dilakukan dengan baik sekali.... tapi hari masuk je hari ke-4 hujan mula menyimbahi bumi..apapun syukur dengan nikmat Allah s.w.t kurniakan .... tanpa Allah siapalah kita, hanya menumpang di bumiNya.

Terasa ingin kongsikan sedikit gambar yang telah dirakam sepanjang acara korban dirumahku:
Gambar 1: bersama ahli keluarga sambil menunggu pengambil bahagian dalam korban sebnyak 7 bahagian, yakni 7 orang utk seekor lembu. Perancangan awal korban akan dilakukan sebaik sahaja selesai sembahyang raya tapi akhirnya lewat juga sbb salah seorang pengambil bahagian lewat datang....hmm adat manusia. Nak kenalkan..duduk 3 dari kiri adalah ibu penulis dan duduk paling kanan adalah ibu Nurul, gold2rich. Kami sebenarnya berjiran..

Gambar2: jarang2 dirakam oleh kebanyakan orang...saat jual-beli. Penjual melafazkan akad jualnya dan disambut dengan lafaz membeli 1 bahagian daripada 7 bahagian lembu dengan jumlah harga yang telah dipersetujui.. sebenarnya penjual dan wakil penyembelih lembu korban ni adalah abang kandung kita sendiri...

Gambar3 : Saat lembu direbahkan...agak susah juga. Memerlukan teknik yang betul dan tenaga lelaki2 perkasa untuk menarik tali yang diikat pada kaki lembu.. sebanyak 2 ekor lembu talahpun direbahkan.

Gambar4 : Dengan lafaz Bismillah...lembu ini selamat dikorbankan. Alhamdulillah..bertuah lembu ini kerana telah terpilih menjadi lembu korban. Di saat melihat darah yang mengalir...sekali lagi niat dilafazkan dalam hati...Mudahan korban ini diterima disisi Allah s.w.t dan moga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah utk menjalani ibadah korban lagi pada tahun depan..

Gambar 5: Sewaktu kami memotong daging untuk digoreng, tetiba kalimah ALLAH muncul. SUBHANALLAH... kalimah ini terbentuk daripada lapisan urat dalam daging dan bukannya dibuat-buat.. Ingatlah ALLAH di mana sahaja kita berada kerana ALLAH berada di mana-mana..

Wallah'alam.... Mudahan perkongsian ini bermanfaat.

Sunday, November 22, 2009

DOKTOR & PATOLOGY...

Bidang kedoktoran merupakan satu bidang yang mempunyai skop yang agak luas. Ramai yang berpendapat DOKTOR perubatan atau'Tabibun' (bahasa arab) pasti kerjanya merawat pesakit. Ya.. tugas hakikinya adalah merawat pesakit dan setiap yang bergelar Doktor seharusnya mampu mengenalpasti penyakit dan memberi rawatan asas kepada pesakit. Namun sekiranya seseorang itu kurang meminati untuk berada di klinik atau di wad bagi merawat pesakit sepenuh masa atau mempunyai masalah untuk bekerja di atas panggilan pada waktu malam (on call), maka bolehlah memilih bidang-bidang perubatan yang tidak melibatkan pesakit secara langsung seperti bidang PATOLOGI, PERUBATAN MASYARAKAT (Public Health), PENDIDIKAN PERUBATAN (medical education) dan ada beberapa bidang lagi yang mungkin tidak disebutkan di sini...



PATOLOGI bermaksud study of diseases atau Kaji penyakit. Bidang PATOLOGI pula akan dibahagikan kepada beberapa unit yang berlainan seperti HISTOPATHOLOY (kaji tisu), HAEMATOLOGY (kaji darah), CHEMICAL PATHOLOGY (kaji kimia), MICROBIOLOGY (kaji kuman) dan IMMUNOLOGY (kaji sistem imun badan). Hmmm banyak betul logi nya...

Kenapa Tuan Rumah memilih bidang HISTOPATHOLOGY?

Bidang ini juga dikenali sebagai Anatomik Pathology ataupun surgical pathology kerana ia amat berkait rapat dengan surgery (pembedahan). Sebarang organ, tisu atau cecair yang dikeluarkan atau diambil daripada badan seseorang pesakit akan dihantar ke makmal kaji tisu untuk diproses dan dianalisis oleh doktor pakar dalam bidang ini. Contohnya pembedahan dijalankan terhadap seseorang untuk mengeluarkan ketumbuhan yang tidak ketahui puncanya. Maka ketumbuhan tersebut akan di hantar ke Makmal Histopatology untuk diproses dan dianalisa oleh pathologist. Pathologist kemudiannya akan report nama penyakit, jenis apa dan tahap /peringkat penyakitnya bagi membolehkan doktor di wad memilih rawatan yang terbaik mengikut diagnosis yang diberikan.

Contoh ke 2..Apabila seseorang didapati mempunyai ketulan misalnya di payudara (breast lump), maka doktor di Patology akan buat FNAC ke atas pesakit tersebut dengan cara memasukkan jarum yang halus pada ketulan tersebut dan sedikit sel akan diambil untuk kajian. Keputusan ujian ini menentukan sama ada pesakit akan dibedah ataupun tidak.



Contoh ke-3, apabila seseorang wanita menjalani ujian pap smear di mana2 klinik, maka sampel tersebut akan di hantar ke makmal patology untuk di analisa oleh patologist.


Pap smear dilakukan dengan memasukkan speculum ke dalam faraj dan sedikit sel akan di ambil di bahagian serviks untuk mengesan tanda2 awal penyakit barah pangkal rahim.

Seterusnya..inilah contoh bentuk atau morphology sel yang dianalisa oleh patologist untuk menentukan penyakit seseorang...


Lihatlah....betapa indahnya ciptaan Allah s.w.t...
Inilah bentuk-bentuk sel yang diperolehi daripada pap smear. Berdasarkan bentuk sel inilah kami akan tentukan samada pesakit ini normal, ASCUS, LGSIL, ASC-H, HGSIL or Cervical CANCER.

Sekadar perkongsian ilmu. Tiada kerjaya yang tidak menarik....semuanya indah-indah belaka. malah tukang sapu sekalipun sekiranya mereka arif dalam bidang mereka dan sentiasa maju ke hadapan untuk perbaiki mutu penyapuan mereka, maka mereka juga patut kita hormati. Tiada istilah siapa yang lebih penting kerana kita masing2 punya peranan tersendiri. Wallahua'lam.


Tuesday, November 17, 2009

Jumpa kawan lama

Tak sangka dapat jumpa kawan lama di alam maya pula...
Banyak jugak kebaikan menjadi blogger ni. Selain berkongsi ilmu dan maklumat dapat juga menyambung hubungan silaturrahim yang telah lama terputus. Alhamdulillah..setiap perkara andai dimanfaatkan sebaiknya pasti membuahkan hasil ke arah kebaikan.

kepada Faten Ainun , terima kasih kerana sudi singgah di sini dan meninggalkan jejak untuk dijejaki semula. Adalah menjadi satu kegembiraan bagi setiap pemilik rumah maya apabila rumahnya diziarahi. Apatah lagi bila diziarahi seorang kawan lama..:) Bertegur sapa, bertanya khabar dan menziarahi satu sama lain adalah amalan mulia yang memang digalakkan dalam Islam.


Tertarik dengan foto sekolah rendah dalam blog Faten...
Dapatla mengimbau kembali zaman kanak-kanak dulu, zaman masih berhingus...Foto ini juga telah ditag oleh kawan lama Yusni Yusof dalam Facebook. Rasanya elok jugak kalau diabadikan kenangan ini dalam blog pula..

Foto 1 ni gambar darjah 4 merah di Sekolah Kebangsaan Machang, Kelantan. aku duduk di sebelah guru yang paling tinggi. Ketara sangat perbezaan kami dan nampak sangatlah aku ni tersangat rendah...:)

Foto 2 pula semasa darjah 6. aku duduk sebelah ngan Faten sebab kami ni golongan yang tak cukup panjang..heheh. Yang paling ujung sebelah kanan tu lah faten. Senang je nak kenal...cari yang paling kecil dan comel..dialah tu..yang punya ramai peminat!


Ada 1001 kenangan di balik gambar2 kat atas nih...ada yang manis, pahit, tragis dan macam2 lagi..pengalaman inilah yang telah membawa aku ke tahap ini...belajar dari kesusahan dulu. Sekiranya ada kelapangan nanti, akanku titipkan setiap kenangan itu dilayar ini... Wassalam. Sehingga berjumpa lagi di entri yang lain..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sudi-sudilah tinggalkan kenangan di sini. Moga Ukhuwwah berpanjangan..TQ

PERMATA HATIKU....